tugas2-gpkhem.html
TUGAS-TUGAS GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.
MukadimahGuru Penolong Kanan II(HEM) bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan II bertangungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.
1. Bidang Tugas.
1.1 Menjalankan
tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong I.
1.2 Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3
Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan dan
pentadbiran Hal Ehwal Murid.
1.4 Membantu
Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai
sidang petang.
1.5 Membantu
Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
1.6 Membantu
Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas.
2.1 Disiplin
2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang
murni.
2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah
dikuatkuasakan.
2.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid
yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
2.1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan
murid.
2.1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.2
Bimbingan dan Kaunseling.
2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan
dan kaunseling.
2.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod Bimbingan dan
Kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
2.2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan
prestasi bagi murid-murid baru.
2.3
Kesihatan dan Kebajikan Murid.
2.3.1 Mengurus kemudahan rawatan murid.
2.3.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan
dengan sempurna seperti pengurusan kad 001/ 002, PKS1 /
PKS 2 dan kad tenaga asas.
2.3.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin
sekolah.
ADA LAGI !
nor isna 11 Jun 2001