tugas-gpk-skb20.html

Senarai Tugas Guru Penolong Kanan I (Kurikulum) 

Sekolah Kebangsaan Batu 20 BBA3007,

45800 Jeram Selangor DE.


[email protected]
Mukadimah 

 

Guru Penolong Kanan I (Pentadbiran) bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong I bertangungjawab mempertingkatkan Kurikulum, Disiplin, Kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

 

Bidang Tugas.

 

1.    Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.

2.    Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

3.    Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam Kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.

4.    Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.

5.    Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

6.    Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

 

Senarai Tugas

 

1.    Kurikulum.

1.1        Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan (jika ada), penggal dan lain-lain.

1.2        Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran berjalan lancar dan berkesan.

1.3        Membantu penyediaan pealatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.

1.4        Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.

1.5        Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sendaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka.

1.6        Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan Kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.

1.7        Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.

1.8        Menyelaras mengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.

1.9        Menyelaras segala jenis program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

1.10    Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.

1.11    Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.

 [email protected]

2     Pengurusan.

2.1        Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.

2.2        Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf sokongan.

2.3        Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat.

2.4        Membantu merancang takwim sekolah.

2.5        Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.

2.6        Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

2.7        Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.

2.8        Menyelaras semua jenis kutipan yuran.

2.9        Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

2.10    Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah.

2.11    Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.

 

3     Pembangunan Diri Pelajar.

3.1        Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan / keindahan dan kebersihan sekolah.

3.2        Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.

3.3        Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

 

4     Pembangunan Organisasi.

4.1        Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.

4.2        Mengadakan kursus / latihan untuk personal.

 5    Pembangunan kendiri (Personel Development).

5.1        Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

5.2        Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

5.3        Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).

5.4        Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.

5.5        Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.

5.6        Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

 

TamaT


Woop 1!

nor isna 12 Jul 2001
[email protected]
TAMAT

Hosted by www.Geocities.ws

1