tugas-gpk-ko-skb20.html
45800 Jeram Selangor DE.
Mukadimah
Guru Penolong Kanan III bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong III bertangungjawab mempertingkatkan Kokurikulum, Disiplin, Kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.
Bidang Tugas.
1.
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan
Guru Penolong II.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aktiviti / aspek pengurusan dan
pentadbiran Kokurikulum iaitu sukan / permainan, kelab / persatuan dan unit beruniform.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sidang petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Senarai Tugas
1. Kokurikulum.
1.1
Sukan dan permainan
1.1.1
Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan
di semua peringkat.
1.1.2
Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
1.1.3
Mengurus pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
1.1.4 Mengawal dab menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai
matlamatnya.
1.2
Kelab / Persatuan.
1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.
1.2.2
Memastikan pelaksanaan program kelab / persatuan berjalan mengikut jadual.
1.3
Unit Beruniform.
1.3.1
Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
1.3.2
Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
1.3.3
Memastikan pelaksanaan program Unit beruniform berjalan mengikut jadual.
2. Pengurusan.
2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggarab belanjawan pengurusan kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
2.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah / artikel sekolah.
2.5 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan / rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
2.6 Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
2.7 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.8 Mengenal pasti guru / pelajar yang erpotensi untuk maju dan mengadakan program khas untuk mereka.
3. Pembangunan Diri Pelajar.
3.1 Membantu merancang program pembangunan diri pelajar seperti perkhemahan tahunan, Hari Kokurikulum, Hari Kantin dan lain-lain.
4. Pembangunan Oeganisasi.
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.
5. Pembangunan Kendiri.
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3
Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
TamaT