tugas-gpk-hem-skb20.html

Senarai Tugas Guru Penolong Kanan II (Hal Ehwal Murid) 

Sekolah Kebangsaan Batu 20 BBA3007,

45800 Jeram Selangor DE.



Mukadimah 

 

Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong II bertangungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

 

1.    Bidang Tugas.
        1.1    Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong I.
        1.2    Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
        1.3    Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran Hal  Ehwal Murid.
        1.4    Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.
        1.5    Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
        1.6    Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

 

2.    Senarai Tugas.


        2.1    Pembangunan diri pelajar / Disiplin
                2.1.1    Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
                2.1.2    Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.

                2.1.3    Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah

                2.1.4    Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid  

                            yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
                2.1.5    Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
                2.1.6    Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

        2.2    Bimbingan dan Kaunseling.
                2.2.1    Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
                2.2.2    Menyelaras dan menyediakan rekod Bimbingan dan
                            Kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
                2.2.3    Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

    2.2.4    Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan
                prestasi bagi murid-murid baru.

 

2.3        Program perlindungan pelajar.

2.3.1        Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.

2.3.2        Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

[email protected]

2.4        Kesihatan dan Kebajikan Murid.

2.4.1        Mengurus kemudahan rawatan murid.

2.4.2        Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.

2.4.3        Menguruskan kad 001/ 002, PKS1 & PKS2, Kad tenaga asas dan lain-lain.

2.4.4        Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin


2.5        Skim Pinjaman Buku Teks

2.5.1        Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks.

2.5.2        Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT (BOSS).

2.5.3        Menyediakan anggaran belanjauan bagi pengurusan.

 

2.6        Biasiswa dan bantuan.

2.6.1        Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.

2.6.2        Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan.

2.6.3        Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.

 

3              Pengurusan

3.1              Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran pelajar.

3.2              Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.

3.3              Menguruskan pertukaran pelajar.

3.4              Menyemak buku kedatangan harian pelajar sesi pagi.

3.5              Menguruskan surat akuan, sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.

3.6              Menyemak buku / kad kemajuan murid/pelajar / kad 001.

3.7              Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

3.8              Membantu merancang takwim sekolah.

 

4              Kokurikulum.

4.1  Sukan dan Permainan.

4.1.1        Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

4.1.2        Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

4.2  Kelab dan Persatuan.

4.2.1        Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

4.3  Unit Beruniform.

4.3.1        Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform.

4.3.2        Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.

 

5        Pembangunan Organisasi.

5.1  Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.

5.2  Mengadakan kursus / latihan untuk personal.

 

6        Pembangunan kendiri (Personel Development).

6.1  Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.

6.2  Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

6.3  Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).

6.4  Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.

6.5  Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.

6.6  Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

 

TAMAT

 

[email protected]


Woop!

nor isna 12 Jul 2001

Hosted by www.Geocities.ws

1