tokohmurid2001.html
Tokoh Murid 2001 - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah BBA3007
Anugerah tokoh murid laki-laki.
Mohd Firdaus bin Hj Mahani
- Dilahirkan pada tanggal 9 Januari 1989, merupakan anak ketiga pasangan Pn
Amnah bt Yusuf dan Hj Mahani b Masiran.
- Memulakan persekolahan di sekolah tadika KEMAS di Sg Plong, meneruskan
pelajaran Tahun 1 sehingga Tahun 6 di sekolah ini bersama ayahanda tersayang
sebagai pentadbir dan peneraju sekolah.
- Sentiasa menunjukkan prestasi tertinggi dalam pelajaran harian mahu pun
peperiksaan.
- Seorang yang sentiasa cergas dan suka mengambil bahagian dalam apa juga
aktiviti yang diadakan di sekolah.
- Bakat kepimpinan telah ditunjukkan semenjak awal lagi semenjak dilantik
menjadi pengawas di Tahun 3 lagi sehinggalah ke tahun ini (2001). Beliau
menjawat jawatan Ketua Pengawas merangkap Ketua Murid.
- Dalam unit kokurikulum pula, beliau menjadi Pengerusi persatuan Bulan Sabit
Merah dan telah menunjukkan prestasi cemerlang.
- Sering mewakili sekolah dalam acara kuiz dan pertandingan peringkat daerah.
Misalnya pada tahun ini beliau telah menjadi juara kuiz kesihatan peringkat
daerah.
- Seorang yang berbudi bahasa dan disenangi bukan sahaja dikalangan
rakan-rakan malah oleh semua guru.
- Diwaktu lapang, tidak suka membuang masa, selain membaca dan menolong
keluarga. Di rumah beliau suka mengisi masa dengan joran sebatang di belakang
rumah. Namun pelajaran tidak pernah diabaikan olehnya.
- Berhasrat ingin menjadi seorang doktor atau arkitek. Mudah-mudahan
termakbul. Kerajinan dan ketekunan berusaha beliau telah terbukti dalam
peperiksaan yang baru diumumkan semalam (6 Nov 2001) dengan pencapaian 5A.
Tahniah. Semoga usaha beliau akan terus berjaya.
- Atas segala ciri-ciri dan keperibadian yang istimewa ini, maka pihak sekolah
telah dengan suka hati menganugerahkan tokoh pelajar / murid pada tahun ini
kepada beliau. Beliau yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adik "Mohd
Firdaus bin Hj Mahani.
Komen web master: [Syabas dan tahniah di atas pencapaianmu].
Anugerah tokoh murid perempuan -
"Salimah bte Umar".
- Dilahirkan pada 4 Mei 1989 di hospital besar Kuala Lumpur merupakan anak
sulung daripada 5 orang adik beradik perempuan bagi pasangan ustazah Zaleha bt
Samsudin dan Ustaz Umar bin Abdul Hamid.
- Memulakan persekolahan di Taski ABIM Kuala Kubu dan menyambung
persekolahan di sekolah ini. Telah menjadi penolong ketua kelas semenjak awal
persekolahan lagi.
- Sentiasa menunjukkan sikap dan budi pekerti tinggi serta bersopan santun bukan
sahaja dikalangan guru malah pada rakan-rakan sebaya.
- Melaksanakan segala tugasan guru yang diberi dengan penuh tanggungjawab dan
telah menunjukkan prestasi yang mengejutkan dan menyejukan hati guru-gurunya.
- Tulisan yang cantik menjadi imej kerja yang tersusun dan beliau juga mempunyai
4 adik beradiknya di kalangan rakan-rakan di sekolah ini.
- Dibidang kokurikulum pula, bakat kepimpinan telah ditunjukkan apabila beliau
menjadi setiausaha kelab Bahasa dan Permainan bola jaring.
- Sering mewakili pihak sekolah dalam apa jua kegiatan pertandingan peringkat
daerah.
- Seorang murid yang jujur dan patuh apabila menjadi bendahari kelas dan
melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh.
- Kesungguhan dalam prestasi pelajaran memang bermula semenjak awal
menjejaki tahun 6 lagi sehinggalah beliau menduduki peperiksaan UPSR dan
memperolehi keputusan yang cemerlang di kalangan rakan-rakan perempuannya.
- Bercita-cita ingin menjadi seorang Pensyarah dan Tokoh Pendidik. Semoga
beliau akan terus berjaya.
- Atas segala ciri-ciri dan keperibadian yang teristimewa inilah, pihak sekolah telah
dengan suka hati menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Pelajar Perempuan
tahun 2001 ini kepada beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah adik "Salimah bte
Umar".
Komen web master: [Syabas dah tahniah di atas pencapaian beliau].
14 Feb 2001 Valentine Day / Wed 7.11.2001