sekapur-sireh.html

Sekapur Sireh - Guru Besar ke-15 BBA3007

Alamat hompej ini ialah http://www.geocities.com/skjb20

 

KATA-KATA ALUAN

Terima kasih kepada semua yang sedang melayari Laman Web ini. Saya doakan anda sentiasa dalam keadaan sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh-Nya.

    Dengan rasa sukacita dan berbesar hati saya mengalu-alukan kehadiran anda di laman web ini, Sekolah Kebangsaan Batu 20 Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Anda akan mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai sekolah di laman ini. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah; jauh sekali untuk dimegahkan. Segala yang dipaparkan adalah merupakan fakta dan kenyataan sekolah ini yang sentiasa dahagakan kemajuan terutama dalam bidang pendidikan dewasa ini.

    Sekolah Kebangsaan Batu 20 Jeram, sangat memandang berat akan peranan guru dalam pengurusan dan keberkesanan dalam pendidikan di sekolah. Kita juga berpendapat, kecermalangan pendidikan merupakan asas kepada kejayaan sesuatu bangsa. Justeru itu sekolah ini ingin muncul sebagai salah sebuah sekolah yang berkesan bukan sahaja dalam akademiknya, tetapi merangkumi juga dalam bidang-bidang lain terutama kokurikulum, persekitaran atau kecerian kawasannya. Bertitik tolak dari situ, saya percaya dengan keadaan kawasan sekolah yang ceria lagi kondusif, secara tidak langsung akan menjadi salah satu penyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di sesebuah sekolah itu.

    Sekolah ini sangat bernasib baik kerana mempunyai suasana yang mendorong kepada aspirasi kita untuk merealisasikan sekolah agar menjadi sebuah sekolah berkesan pada tahun-tahun mendatang. Pada tahun 2001 sekolah ini telah diperuntukan sebuah makmal komputer berinternet (jaringan internet) yang mana ianya merupakan satu suasana baru yang disediakan untuk anak didik kita menjelang abad ke-21 ini selaras dengan visi dan misi sekolah ini. Saya percaya dan penuh yakin, sekolah kita akan memperoleh kejayaan demi kejayaan atas kegemblingan semua tenaga dan pihak terlibat yang inginkan kejayaan dan pengetahuan untuk anak-anak mereka. Mengenai keputusan UPSR, sekolah kita masih memerlukan suntikan semangat bagi mendorong tiap-tiap pelajar di sekolah ini meniti kejayaan cemerlang.

    Terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah, 45000 Kuala Selangor, PIBG sekolah ini, dan Jawatankuasa Keselamatan dan Keamanan Kampung Jeram Batu 20 dan lain-lain badan atau orang perseorangan yang sentiasa membantu sama ada wang ringgit, tenaga, sokongan moral, material atau buah fikiran demi memajukan sekolah ini.
.

Akhir kata sekali lagi ucapan terima kasih dari saya kerana melayari laman web kami. Sila isi 'Buku Lawatan' yang disediakan. Gunakan kemudahan sebaik mungkin. Cut Apple-A.
.

"BERILMU, BERAMAL, BEREHSAN"
.

Salam hormat dari saya,
.

HJ MAHANI BIN MASIRAN

Guru Besar

-

Lencana SKB20J

-

-


-

Wajah ceria seorang pendidik berpandangan jauh ke hadapan.

 


 KECERIAAN SEKOLAH  |  HOME

Back ground sound wanita.mid
Sila e-mel kepada Webmaster SKB20 untuk sebarang komen atau pertanyaan. © 15 Jan 2001. 
Terakhir dikemaskini 16 Sep 2001 + Hak cipta Terpelihara SKB20 Jeram.

Hosted by www.Geocities.ws

1