SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20 BBA3007

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 bermula sebelum 15 hb. April, 1908 lagi iaitu bermula dari sekolah di Pasir Gorek, Pantai Jeram yang mana terdiri sebuah sekolah yang didirikan oleh kerajaan dikala itu. Pasir Gorek, di pantai Jeram terletak kira-kira 1.5 kilometer dari penempatan sekarang. Kemudian dengan adanya pembukaan tanah baru dan perpindahan, kampung ini dinamakan Kampong Baru Jeram. Dengan gotong-royong didirikan bangunan yang bertiangkan nibung dan beratapkan nipah untuk anak-anak mereka belajar.

Dengan daya usaha ketua orang-orang melayu iaitu Penghulu Mukim Jeram Almarhum Raja Saifullah mendesak Kerajaan British mendirikan satu bangunan yang sempurna, terlaksana dan digunakan, seterusnya dirasmikan sebagai sekolah dan dinamakan Sekolah Melayu Umum BBA3007. Ia dinamakan Sekolah Melayu Umum BBA3007 kerana mengambil sempena pancang jarak dari sekolah ini menghala ke Bandar Diraja Kelang jauhnya 20 batu (32 km).

Pada 15 hb April 1908, bangunan baru telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Jeram, Almarhum Raja Saifullah bersama-sama dengan Encik Ibrahim, Assistant Vice Teacher. Pada masa itulah bermulanya sejarah sekolah ini.
 

Keadaan Fizikal Sekolah.

Kini sekolah ini mempunyai kawasan seluas 4.75 ekar bersamaan 1.9 hektar dengan tujuh blok bangunan yang digunakan. Sementara di sekeliling kawasan sekolah ditanami pokok dan tumbuhan renek. Lukisan mural terdapat di dinding-dinding bangunan sekolah yang menampakan suasana indah dan ceria.

Pada tahun 1983 sekolah ini telah diperuntukan dengan sebuah bangunan baru “Blok C”. Mulai tahun 1985, bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun berikutnya. Pada tahun 1989, sekali lagi mengalami perubahan dengan pembinaan dua buah blok bangunan “Blok D” dan “Blok E” yang merupakan bangunan segera / gotong royong yang menelan belanja sekitar $50,000-00 sen. (Penggunaan simbol RM berkuatkuasa mulai  tahun 1992).

Pada akhir tahun 1994, pembinaan bangunan baru “Blok F” dimulakan dan awal tahun 1995 sekolah ini telah menempatkan bilik-bilik darjah dan Pusat Kegiatan Guru Jeram di tingkat atasnya. Sekali lagi bangunan baru dua tingkat dibina iaitu “Blok G” yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 1999. Bangunan ini menempatkan bilik darjah, bilik makmal sains dan bilik BOSS.

Mulai tahun 1991, seramai lebih 450 orang selama tiga tahun berturut-turut. Sekolah ini telah dinaik taraf ke gred “A” mulai tahun 1994 dengan enrolmen pelajar melebihi 450 orang. Kini, sekolah ini merupakan sebuah sekolah tersergam indah dengan kelengkapan sempurna termasuklah sebuah makmal komputer berhawa dingin multimedia pengajaran-pembelajaran berbantu komputer. Suasana pembelajaran yang tenteram, segar dan bersih maka pencapaian akademik dan kokurikulun dijangka akan terus meningkat.

Sebuah Lab PC02 [21 buah komputer interaktif - berinternet] sedang dalam pembinaan di tapak bangunan "Blok A". Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia. {Data Januari 2001}.
 

Analisis Bilangan Murid, Ibu Bapa dan Status Sosio-Ekonomi Pelajar.

Dengan empat belas buah kelas pembelajaran, sekolah ini mempunyai seramai (lima ratus empat puluh lima) 545 orang murid. (Dua ratus lapan puluh lapan) 288 orang terdiri daripada murid lelaki, manakala (dua ratus lima puluh tujuh) 257 orang adalah murid perempuan. Data pada 03 Julai, 2000.

Sumber:  1.  Buku Profil sekolah praktikum BBA3007, September 1994.
                2.  Peserta Praktikum NPQH K2/2000 IAB Julai 2000 SJKB20. Nor Isna
 
 


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA
Masihkah di hati anda !

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak ulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
 



 

FALSAFAH GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

 
Laman sebelum Laman Induk Laman berikut

 
 



Hosted by www.Geocities.ws

1