Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab melalui program-program dan latihan-latihan yang disusun secara bersepadu dan berterusan. Tanggungjawab yang diharapkan merangkumi diri sendiri, sekolah, ibu bapa, jiran dan masyarakat.
Menyediakan pendidikan bermutu yang mampu menyediakan kecemerlangan dan mampu lulus dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun.
Mendedahkan murid-murid kepada pelbagai media pendidikan dan mereka diberi peluang untuk memilih bahan-bahan yang dikehendaki supaya maju dalam bidang ilmu pilihannya.
Mendedahkan murid-murid kepada dunia teknologi maklumat dan dapat pengalaman dan mengamalkannya.
Sedaya upaya membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Merancang pelbagai program dan aktiviti supaya usaha pembasmian ini berkesan; dan
Menyediakan bakal murid
yang akan meninggalkan bangku sekolah mempunyai sikap positif terhadap
budaya ilmu membaca.
| Laman sebelum | Laman Induk | Laman berikut |