Murtad Dengan Perbuatan Dan Tinggalan
====================================

Murtad dengan perbuatan ialah melakukan perbuatan yang diharamkan
oleh Islam. Perbuatan ini boleh ditafsirkan sebagai sengaja atau
untuk menghina, mempersenda Islam atau degil atau takabbur. Contoh-
contoh perbuatan seperti ini ialah sengaja mengunjungi tokong lalu
menyembah berhala, meletakkan al-Quran dan buku-buku hadis di tempat
yang kotor seperti di dalam tandas atau di dalam longkang,
mempersenda isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah atau mempertikai
hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Selain itu, perbuatan
menghalalkan benda yang diharamkan oleh al-Quran dan al-Sunnah
seperti menghalalkan perzinaan dan meminum minuman keras.

Manakala tinggalan pula bermaksud: meninggalkan perkara-perkara yang
disuruh olah Allah Taala menerusi al-Quran dan al-Sunnah seperti
meninggalkan solat lima waktu sehari semalam, puasa, zakat dan haji
dengan menafikan bahawa perbuatan-perbuatan ini adalah wajib ataupun
mengatakan perbuatan meninggalkan tidak menjadi satu kesalahan.

a. Murtad Dengan Perkataan

Murtad kategori ini ialah mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan
kekufuran. Contohnaya ialah mengatakan bahawa Allah tidak wujud,
mengatakan Allah lebih daripada satu, mendakwa ada tuhan lain selain
daripada Allah. Ini dari segi Ketuhanan. Dari segi kenabian pula
ialah: mendakwa menjadi nabi, mengikut dan membenarkan orang yang
mengaku menjadi nabi dan mengengkari para nabi, menolak khabar yang
dibawa oleh nabi seperti menafikan sebahagian al-Quran, kewujudan
malaikat dan hari Kiamat. Selain itu mengengkari dan menafikan Islam
atau mengisytiharkan diri keluar daripada Islam juga disifatkan
sebagai sudah terkeluar daripada Islam.

b. Murtad Dengan I'tiqad

Murtad dengan I'tiqad ini boleh berlaku apabila seseorang itu
mempunyai I'tiqad yang bercanggan dengan Islam seperti mendakwa alam
ini terjadi dengan sendiri dan tidak mempunyai pencipta, beri'tiqad
bahawa al-Quran yang dibaca oleh orang-orang Islam pada hari ini
bukan datang daripada Allah, mendakwa bahawa Muhammad saw. bukanlah
pesuruh Allah dan mendakwa terdapat lagi Rasul selepas Rasulullah.

Namun begitu, perkara yang terlintas di hati semata-mata belum
dianggap terkeluar daripada Islam kecuali seseorang itu mengiklankan
secara nyata ataupun digambarkan kepercayaannya itu melalui tindakan.

c. Murtad Ketika Mabuk, Gila Ataupun Kanak-kanak Yang Belum Baligh

Di dalam hukum Islam, akal merupakan faktor penting di dalam
menentukan sesuatu hukum. Justeru, orang-orang gila atau mabuk atau
kanak-kanak yang belum baligh yang dianggap melakukan perbuatn-
perbuatan di atas tidak dianggap sebagai murtad.

d. Murtad Kerana Dipaksa

Ulama sependapat bahawa murtad tidak terjadi sekiranya seseorang itu
dipaksa murtad. (Lihat al-Zarqani, al-Hatab, al-Kasani, al-Syirazi, Ibn Hazem).

Allah Taala telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Kecuali
mereka yang dipaksa sedangkan hati mereka masih tenang dengan
keimanan.Namun, sesiapa yang merasa bahagia dengan kekafiran, maka ke
atas merakalah kemurkaan Allah (al-Nahl: 106).

Unsur Kedua: Berniat Jahat. Niat jahat merupakan salah satu unsur
yang penting di dalam menentukan Jenayah Murtad. Ini bermaksud bahawa
seseorang itu sedar niatnya untuk murtad dan sendiri tahu akibat
daripada perbuatannya itu. Imam al-Syafei mensyaratkan bahawa ada
niat jahat di samping melakukan perbuatan kufur (al-Ramli). Ini
bermaksud, setakat perbuatan sahaja tidak mencukupi untuk disabitkan
kesalahan murtad. Sebaliknya perlu juga ada niat jahatnya untuk
murtad. Pendapat ini ialah sama dengan pendapat Ibnu Hazem al-
Andalusi (Ibnu Hazem).

Namun begitu, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula memadai hanya
dengan perbuatan kufur tanpa disertai dengan niat jahat. Jenayah
Murtad boleh disabitkan kepada seseorang yang melakukan perbuatan
yang boleh dianggap terkeluar daripada Islam walaupun dia tidak
mempunyai niat jahat. Perbuatnnay itu boleh dianggap sebagai
menghina, memperlekeh dan mempersenda-sendakan hukum Allah (al-
Zarqani, Ibnu Abidin).

Dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa
seseorang itu boleh dianggap melakukan Jenayah Murtad sekiranya dia
bermain-main sekalipun dengan mengeluarkan kata-kata kufur (Ibn al-
Human, al-Bahuti).

Oleh :Sarah
http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=50314

myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
myMasjid merupakan laman yang dibiayai oleh ahli komuniti, sekiranya anda ingin menyumbang sila email [email protected].
Segala persoalan berbangkit berkenaan dengan email ini sila ajukan kepada penulis di Forum myMasjid.

mekasih: webmaster

Hosted by www.Geocities.ws

1