| Menu
Utama |
Sejarah
Pada tanggal 8 Januari 1898,
bermulalah sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Beranang. Pada awalnya
hanya 80 orang murid sahaja yang belajar di sini. Sekolah Kebangsaan Beranang
pada awalnya dikenali dengan Sekolah Melayu Umum Laki-Laki Beranang. Hanya
pada tahun 1921 murid-murid perempuan telah mula mendapat pendidikan di
sekolah ini. Pada tahun 1930, sebuah bangunan baru telah dibina di tapak
Sekolah Kebangsaan Beranang sekarang. Bangunan ini telah dirasmikan pada
7 Disember 1930. Namun sekolah lama masih digunakan. Pada tahun 1941, apabila
bilangan murid-murid perempuan bertambah, sebuah sekolah untuk murid-murid
perempuan telah ditubuhkan. Tapaknya ialah di Pejabat Pos Beranang sekarang.
Sekolah ini dikenali dengan Sekolah Melayu Umum Perempuan Beranang. Namun
pada Julai 1969 kedua-dua buah sekolah ini digabungkan. Bangunan Sekolah
Umum Melayu Perempuan tidak digunakan lagi.
Jumlah murid-murid telah mencapai
seramai 500 orang pada masa itu.

|