| Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1 telah ditubuhkan pada 4 Mei 1987. Waktu itu jumlah pelajarnya ialah seramai 29 orang, manakala guru adalah seramai 10 orang. Tahun berikutnya jumlah murid telah bertambah dengan begitu mendadak sekali iaitu seramai 600 orang dan bilangan gurunya ialah seramai 28 orang. Sebagai sebuah sekolah yang baru, sudah tentulah kemudahan pembelajaranya masih berkurangan. Jesteru itu, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru telah ditubuhkan pada 6 Mac 1988 bertujuan untuk membantu pihak sekolah bagi melengkapkan kemudahan-kemudahan pembelajaran murid. Kos awal pembinaan sekolah ini ialah sebanyak RM 934,459.00 di bawah Projek Rancangan Malaysia Kelima dengan melibatkan pembinaan 24 buah bilik darjah. Cadangan menambah lagi 18 buah bilik darjah lagi dengan anggaran kos sebanyak RM1,209,000.00 di bawah Rancangan Malaysia Kelima dari pinjaman Bank Dunia Ke 9 pada tahun 1987/88. Seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, untuk melahirakan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara maka lahirlah motto bagi sekolah ini iaitu : "BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL" |
![]() |
![]() |