Pengertian Logo
Maksud Warna ;
Kuning
Warna yang melambangkan status sekolah setanding dengan sekolah-sekolah lain dan juga lambang kecemerlangan.
Hijau
Melambangkan Islam asas dalam semua aspek kehidupan.
Merah
Melambangkan semangat yang kental untuk maju kehadapan.
Pengertian Imej
Pena Dan Buku
Sebagai asas dalam pembelajaran
Sebagai membaca dan menulis.
Lambang Sebelah Kanan
Lambang aktiviti sukan
Melambangkan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan membentuk perkembangan diri (fizikal dan mental).
Lambang Sebelah Kiri
Lambang Sains & Teknologi
Melambangkan ushasa sama ada dari guru yang cuba memberi bakti kepada manusia atau kepada murid yang cuba memajukan diri demi mencerahkan masa depan.
Bentuk
Berasaskan bentuk bulat iaitu lambang kepada perjalanan hidup makhluk di alam ini yang diibarat sebagai roda. Setiap benda mempunyai pusingan hidup sendiri.
Bulat juga berasaskan bentuk muka bumi ini dan juga lain-lain planet dalam alam ini.
Bulat juga melambangkan sesuatu yang boleh bergerak ke semua arah. Ia tidak kaku dan pasif.
Typeface yang digunakan ialah sejenis Helvetica Ligh Condence.

Menu Utama
Hosted by www.Geocities.ws

1