
SEUNTAI BICARA
Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat
Allah S.W.T kena dengan limpah hidayat dan rahmat dariNya, maka kita
dapat menyiapkan Laman Web bagi sekolah kita.
Tidak lupa juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menyediakan
bahan-bahan untuk laman Web ini.Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh
daripada mereka mungkin laman Web ini tidak dapat direalisasikan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pihak
Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), PIBG Sekolah, Web Masters Sekolah dan
semua pihak yang telah banyak membantu dalam penyediaan laman Web sekolah
ini.
Tujuan laman Web ini diadakan adalah selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia supaya semua sekolah mesti menyediakan laman Web
sendiri untuk memudah dan mempercepatkan penyaluran maklumat daripada
Kementerian terus ke sekolah ataupun sebaliknya. Di samping itu juga
hasrat Kementerian Pendidikan supaya semua warga sekolah di seluruh
Malaysia supaya celik IT dapat direalisasikan dan seterusnya hasrat
pemimpin-pemimpin kita agar seluruh warga negara Malaysia celik IT akan
dapat dicapai dengan lebih cepat.
Akhir sekali, saya mengharapkan agar semua guru, semua murid, semua
ibubapa dan sesiapa sahaja akan dapat manafaat daripada laman Web ini
untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang sekolah ini
dan sebagai permulaan ke arah satu kecemerlangan yang lebih tinggi dalam
bidang IT