SETITIS TINTA
Assalamualakum w.b.t dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin sekolah dan Kru Information Technology Committee yang telah sekian lama bertungkus lumus dan bekerjasama bagi kecemerlangan SK Kulai.
Diharap kerjasama dan hubungan erat seperti ini dapat terus kekal demi kesejahteraan dan kemajuan SK Kulai di dalam membimbing para pelajar ke arah masa depan yang lebih cemerlang. |

HJ. MUHAMAD BIN SALIH
Guru Besar SK Kulai |
Kami warga SK Kulai sentiasa memikirkan cara-cara bagaimana untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkaliber. Tanpa rasa jemu dan penat walaupun cabaran terpaksa kami hadapi.
Dalam menangani cabaran pantas pada abad ini, kita perlu menyiapkan diri agar sentiasa sedia menghadapi cabaran. Kita harus mengiktiraf realiti disekeliling kita dan justeru itu harus terus belajar menyesuaikan dan membina diri menghadapi cabaran tersebut.
Justeru itu, usaha dan pendekatan yang berterusan perlu digembeling supaya peningkatan kualiti yang baik dari segi pengurusan, kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah akan dapat dipertingkatkan. Saya berharap dengan adanya laman web ini dapat memberikan suatu impak yang positif kepada sekolah. Semoga sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berakhlak mulia dan berjaya.
Para pelajar harus diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya untuk mendekatkan diri bagi menghayati dan memanfaati perkembangan teknologi maklumat masa kini untuk masa depan mereka. Penyediaan kemudahan seperti komputer dan perisian-perisiannya diharap dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
Negara memerlukan pemimpin masa depan yang berkaliber dan mampu berkomunikasi secara lisan atau tulisan dengan baik tetapi boleh bekerjasama dengan orang lain untuk menacapai matlamat yang dihasratkan. Usaha membina keterampilan kognitif dalam kalangan warga sekolah akan mewujudkan harapan bagi generasi masa depan dan menangani cabaran globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam kecemerlangkan sekolah ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan akan mendapat balasan Allah s.w.t jua.
Wassalam. Sekian, terima kasih.
HJ. MUHAMAD BIN SALIH
Guru Besar, SK Kulai. |