02. JENIS PERTANDINGAN
- Kejohanan perseorangan terbuka.
2.1. Lelaki bawah 12 Tahun
2.2. Perempuan bawah 12 Tahun
03. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1. Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa ramai pemain
untuk kategori
Lelaki/Perempuan di bawah 12 tahun.
3.2. Borang penyertaan perlu dihantar kepada pihak Pengelola
Kejohanan sebelum _________
_________________. ( berserta yuran penyertaan )
3.3. Sebarang pertukaran nama pemain selepas senarai nama
dihantar hendaklah
dimaklumkan kepada pengelola kejohanan sekurang-kurangnya
sejam sebelum
pertandingan bermula.
3.4. Pertambahan bilangan peserta tidak dibenarkan selepas
senarai nama dihantar
3.5. Setiap pemain dikenakan yuran sebanyak RM 5.00.
3.6. Tarikh Kejohanan ialah pada ( sebarang
perubahan tarikh akan
dimaklumkan)
04. SISTEM PERTANDINGAN
4.1. Kejohanan perseorangan Lelaki dan Perempuan di jalankan
serentak
4.2. Kejohanan ini dijalankan mengikut sistem SWISS
4.3. Setiap pemain diberikan satu nombor pasangan
4.4. Pemain-pemain dari sekolah yang sama tidak diboleh
dipasangkan pada pusingan
pertama sahaja.
4.5. Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain
yang sama lebih
daripada sekali.
4.6. Bahagian Pengelola sahaja dibenarkan menambah seorang
pemain bagi mana-mana
kategori sekiranya jumlah penyertaan adalah ganjil (
mengelak BYE )
4.7. Pemain dikumpulkan mengikut jumlah mata permainan yang
sama
4.8. Pemasangan dimulakan dari kumpulan mata permainan yang
tertinggi dahulu dan
diikuti dengan kumpulan mata kedua tinggi dan seterusnya
4.9. Pelampung menurun diuntukkan kepada pemain yang mempunyai
nombor
permainan yang paling besar dalam kumpulan mata
permainan yang berkenaan
sekiranya tidak praktik kerana telah menjadi pelampung
BYE ia diuntukkan kepada
pemain yang nombor permainan yang kedua besar dan
seterusnya.
4.10. Pemasangan pemain pelampung hendaklah di selesaikan sebelum
pemasangan
pemain BYE dan pemasangan pemain-pemain dalam kumpulan
mata permainan
berkenaan di lakukan.
4.11. Setiap pemain hanya menjadi pemain pelampung untuk 1kali
sahaja,
4.12. Warna untuk pemain-pemain pusingan pertama
a. Warna mengikut undi
b. Pemain BYE di berikan 1 mata dan dianggap tidak mempunyai
warna
4.13. Warna pusingan seterusnya
a. Seseorang boleh diaturkan supaya bermain warna yang sama dua
kali berturut-turut melainkan di pusingan terakhir ianya boleh bermain warna
sama tiga kali berturut-turut.
b. Penyamaaan bilangan warna bermain bagi seseorang pemain
hendaklah di ambil kira kecuali pada pusingan terakhir sekali.
c. Pemain BYE boleh diaturkan supaya boleh bermain dengan
mana-mana jenis warna serta memenuhi syarat ( 4.13.b)
05. MASA PERMAINAN
- Masa permainan untuk setiap pemain ialah 40 minit. Permainan
akan di tamatkan oleh CHECK MATE atau satu bendera jam jatuh. Pemain yang
bendera jamnya jatuh dahulu dikira kalah dengan syarat bahawa lawannya masih ada
sekurang-kurangnya 1 PAWN atau 1 buah catur kuasa besar atau 2 buah catur kecil.
Jika syarat ini tidak di penuhi maka perlawanan di kira seri.
06. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
6.1. Pemberian mata
6.2. Mata permainan (game point) yang di peruntukkan kepada
seseorang pemain atas
perlawanan satu papan.
a. menang satu mata permainan
b. seri setengah mata permainan
c. kalah kosong mata permaian
6.3. Pemain BYE di beri satu mata permainan
6.4. Kejohanan Perseorangan;
a. Pemain yang mempunyai jumlah mata permainan paling banyak
adalah johan
b. Penentuan kedudukan bagi pemain yang memperolehi mata
permainan yang sama banyak adalah dengan uturan seperti berikut untuk pemutusan
seri;
I. Kumulatif II. Kumulatif – R1, R2 dan seterusnya III. Membuang
Undi
07. MENULIS PERGERAKAN
- Semua pemain tidak di wajibkan menulis pergerakan buah catur
tetapi pihak penganjur menggalakkan pemain menulis untuk mengelakkan sebarang
penipuan oleh pemain lawan.
( Rujuk lampiran A untuk menulis pergerakan atau lawat ke laman
Web sekolah )
08. PAKAIAN
- Pada masa bermain dalam pertandingan semua pemaian di kehendaki
memakai pakaian seragam sekolah. Seluar Jeans dan selipar tidak di benarkan dan
pakaian perempuan pula haruslah tertib.
09. TEMPAT PERTANDINGAN
- Bilik Gerakan SK Bukit Garam ( sebarang perubahan tempat akan
di maklumkan )
* Sebarang permasalahan mengenai sistem pertandingan dan
peraturan kejohanan sila berhubung dengan Pengerusi Pengelola Catur Daerah –
En. Al Hassim Hj. Attip
SK BUKIT GARAM, KINABATANGAN
089 – 562058 (p)
E-mail : [email protected]

SIMBOL-SIMBOL BUAH CATUR DALAM PENULISAN
PERGERAKAN