logokpm.jpg (4368 bytes)

TAKWIM & PEKELILING KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAKWIM

PEKELILING PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PEKELILING PINDAAN SYARAT KELAYAKAN MEMINJAM BUKU TEKS

PEKELILING LARANGAN PENGLIBATAN DALAM POLITIK

PEKELILING PENGGUNAAN BUKU TEKS DAN LATIHAN

PEKELILING TERHADAP HUKUMAN PELAJAR SEKOLAH

PEKELILING PENYERTAAN PELAJAR DALAM SUKAN INDUK

PEKELILING KEGIATAN SELEPAS UPSR

MASA KBSR

TAKWIM

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2001

KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Perlis, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Mula Persekolahan Akhir Persekolahan Jumlah Hari
03.01.2001 19.01.2001 13 hari
Cuti

20.01.2001 hingga 28.01.2001

9 hari

29.01.2001 25.05.2001 85 hari
Cuti

26.05.2001 hingga 05.06.2001

11 hari
06.06.2001 06.09.2001 67 hari
Cuti

07.09.2001 hingga 18.09.2001

12 hari
19.09.2001 08.11.2001 37 hari
Cuti

09.11.2001 hingga 06.01.2002

59 hari
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti AM............... 202 hari

��������������� Jumlah Hari Cuti Penggal..................................91 hari

 BALIK KE ATAS
CUTI 2001
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 
Level 7 Block J Damansara Town Centre 
50604 KUALALUMPUR
 
						            Tel : 03-2586900
                                                             Fax : 03-2535150
 
KP(BS)8591/Jilid XV/(3) 
9 Mac1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat 
Pekeliling Kementerian Pandidikan 256: ``Buku Rekod Mengajar Guru� bertarikh 1 
Julai 1963.
2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat 
amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan 
pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Baku Rekod Mengajar Guru sehingga 
mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.
3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia 
dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua 
unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) rancangan  
Pelajaran Harian.  Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan 
kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang 
mutakhir.                
(i)    RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
        Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran 
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh  
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
(ii)   RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran  Tahunan  
yang  mengandungi  sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana 
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
 
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk 
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan 
sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak 
yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan 
Pelajaran Tahunan dan  Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik 
dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang 
diberi kuasa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, 
Guru Besar dan guru di negeri Y. Bhg. Dato� Datin/ Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
DATO� DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH 
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
 
 BALIK KE ATAS

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
 Office of the Director General of Education Malaysia
 PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 
 Level 7 Block J Damansara Town Centre
 50604 KUALA LUMPUR
              
                                                            Tel: 03-2586900
                                                          Fax :  03-2535150
    

KP(BS)8591/Jilid XV/(4) 
9 Mac 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1999 : 
Pindaan Syarat Kelayakan MeminjamBukuTeks 
Skim Pinjaman Buku.Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan pindaan 
syarat kelayakan meminjam buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di Sekolah 
Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), berkuatkuasa mulai 1 
Januari 1999. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1998 bertankh 1 April 1998 adalah 
dibatalkan.
2.  Dengan pindaan ini, syarat kelayakan meminjam buku teks SPBT di SK dan SMAR 
adalah seperti berikut:              
Murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan dan  Sekolah Menengah Agama Rakyat yang 
ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM1,500.00 ke bawah adalah layak 
menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggunggan.
3.   Syarat kelayakan meminjam buku teks SPBT dl sekolah-sekolah lain adalah 
seperti berikut:                                  
Murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan 
(Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah 
Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang ibu bapa atau penjaga 
mereka berpendapatan seperti dalam jadual adalah layak menerima pinjaman buku 
teks.
 
PENDAPATAN IBU BAPA
            ATAU PENJAGAKELAYAKAN MENDPAT PINJAMAN BUKU TEKS
            (i)   RM 700.00 ke bawah              Semua anak yang bersekolah 
                                                  diberi pinjaman
            (ii)  RM 701.00 hingga RM 800.00      Perbelanjaan membeli buku teks
                                                  bagi seorang anak yang bersekolah 
                                                  ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga,
                                                  anak-anak yang lain diberi pinjaman.
            (iii) RM 801.00 hingga RM 900.00      Perbelanjaan membeli buku teks bagi dua 
                                                  orang anak yang bersekolah ditanggung
                                                  oleh ibu bapa atau penjaga,
                                                  anak-anak yang lain diberi pinjaman.
            (iv) RM 901.00 hingga RM 1000.00     Perbelanjaan membeli buku teks bagi
                                                  tiga orang anak yang bersekolah 
                                                 ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, 
                                                 anak-anak yang lain diberi pinjaman.
             
 NOTA  Bagi (ii), (iii) dan (iv), Kementerian Pendidikan akan memberi pinjaman 
buku teks kepada anak-anak dalam darjah atau tingkatan yang lebih tinggi. Ibu 
bapa atau penjaga hendaklah menanggung perbelanjaan membeli buku teks bagi 
seorang atau dua orang atau tiga orang anak di darjah atau tingkatan yang 
terendah sekali.
 
4. Pemberian pinjaman buku teks SPBT adalah untuk warganegara Malaysia sahaja.
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua dan 
Guru Besar di         negeri  Y. Bhg. Dato�/ Datin/ Tuan/Puan.
Sekian.
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA�
 
DATO� DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH 
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
 
 BALIK KE ATAS
 
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Ofice of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR
             
KP(BS)8591/Jld.XV(5) 
11 Mel 1999
            
  
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Tuan,
 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1999:
Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
Staf Sokongan Dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti- Kerajaan
Kementerian Pendidikan telah berulangkali memperingatkan para pegawai serta staf 
sokongan supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan. 
Narnun demikian, Kementerian Pendidikan maslh menerima laporan, aduan dan bukti 
yang menunjukkan bahawa terdapat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. staf sokongan 
dan murid sekolah yang terlibat   dalam aktiviti politik anti-kerajaan dengan 
menghadiri perhimpunan haram, tunjuk perasaan, memiliki dan memperdengarkan 
rakaman pita pidato antikerajaan, serta menampal dan mengedarkan poster dan 
risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik.
2.     Sebagai kakitangan kerajaan, semua pegawai dan staf sokongan adalah 
tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang telah 
ditetapkan. Kakitangan kerajaan adalah dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan 
dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (the government of 
the day).
3.     Apa jua bentuk kegiatan berunsur politik yang dijalankan di pejabat, di 
kawasan sekolah ataupun di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali, 
termasuk perbuatan mencuba mempengaruhi pemikiran murid dengan fahaman politik 
anti-kerajaan. Sayugia dinyatakan bahawa pegawai dan staf sokongan yang didapati 
ingkar dengan larangan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan 
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Mana-mana murid yang didapati 
terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut 
peraturan yang ada.
4.     Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Ketua Jabatan, Pengetua dan 
Guru Besar adalah diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana 
pegawai, staf atau murid yang didapati bersalah mengingkari larangan yang 
dinyatakan di atas.
5.                 Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada 
semua pegawai dan staf sokongan di bawah pentadbiran Y.Bhg.Dato'/DatinTuan/Puan. 
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA�
 
DATO� DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH 
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
 
 BALIK KE ATAS
 

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR
Tel:03-2586900 
Fax:03-2535150

KP(BS)8591/Jld.XV/(12) 
23 Disember 1999
 
Semua Pengarah Pendidikan Negeri,
Y.Bhg. Dato'/Tuan,
 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.12/1999:
Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti
Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang 
penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan Dan Aktiviti di semua sekolah kerajaan. 
Semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan bahawa Buku Teks yang 
diperakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah wajib digunakan di semua sekolah 
kerajaan. Selain daripada itu, Buku Latihan dan Aktiviti Tahap Satu yang 
diperakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah juga wajib digunakan di sekolah 
rendah.
3.   Sehubungan dengan  itu,  pihak sekolah tidak seharusnya  atau 
sewenang-wenang menggunakan  buku teks atau buku kerja yang lain, kerana 
perbuatan sedemikian adalah bercanggah dengan peraturan-peraturan yang telah 
ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1993 tentang Penggunaan Buku 
Kerja Di Sekolah yang masih berkuatkuasa.
4.    Untuk makluman dan rujukan kepada semua Pengetua dan Guru Besar, 
bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas ini disertakan Senarai Judul Buku Teks 
Yang Diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Bagi Tahun 2000.
5.      Sejajar dengan arahan tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa 
tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap Pengetua atau Guru Besar yang 
didapati gagal mematuhi arahan ini.
6.    Kerjasama_Y.Bhg. Dato'/Tuan adalah diminta untuk memaklumkan kandungan 
pekeliling ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri masing-masing.
 
Sekian. terima kasih.
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA�
 
DATO� DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH 
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
 
 BALIK KE ATAS
 
BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J, 
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.
                      Tel : 03 - 2556900
                        Fax : 03 - 2535150
                        Kawat : ``PELAJARAN"
            
  KP8591/Jld.VIII(10)
            11 Oktober1995
    
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/1995 :
Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan 
oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas 
pelajar-pelajar seperti mana yang dilaporkan di media massa. Antaranya pelajar 
dijemur di tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, 
mencubit hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari 
dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak 
berperikemanusiaan.
2.Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat 
umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di 
bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan 
terselindung daripada penglihatan kita, misalnya pengucapan 
kata-kata yang kesat dan penyingkiran pelajar-pelajar dengan cara 
melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang talah digariskan bagi 
panduan pengetua, guru besar dan guru-guru.
3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk 
antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa 
untuk tatapan masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran 
dan maruah profession perguruan akan terus tercabar dan seterusnya 
akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan.
4.Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pengetua, 
guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah 
berdasarkan panduan-panduan seperti yang terkandung dalam :
      4.1 Panduan Am Disiplin Sekolah, Kementerian Pelajaran, 
          Percetakan Adabi, Kuala Lumpur 1981.
      4.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, 
          Kementerian Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan 
          Pustaka, Kuala Lumpur, 1988
      4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983 bertarikh 17 
          November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap 
          Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang 
          Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
            
5. Antara panduan yang dijelaskan ialah :
      5.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat 
          kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.
      5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti 
          berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi kesan 
          emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan 
          hendaklah dielakkan.
6.Diharap Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat 
Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru.
    
Sekian, terima kasih.
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k. 1.Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak
            Menteri Pendidikan Malaysia
             2.Y. B. Datuk Khalid b. Yunus
            Timbalan Menteri Pendidikan 
             3.Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn
            Timbalan Menteri Pendidikan 
             4.Ketua Setiausaha 
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             5.Timbalan Ketua Setiausaha I
            Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia
             6.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             7.Timbalan Ketua Setiausaha II
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             8.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             9.Semua Ketua Bahagian
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             10. Pegawai Perhubungan Awam
            Kementerian Pendidikan Malaysia
    
Ke Menu Pekeliling

�
BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J, 
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.
 Tel : 03 - 2556900
                                Fax : 03 - 2535150
                                Kawat : ``PELAJARAN"
                  
              KP8591/Jld.VIII(18)
            11 Oktober1995
    
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1995 :
Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau 
Badan Induk Sukan.

Saya ingin menarik perhatian Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan kepada surat Pekeliling 
Ikhtisas Bil. 7/1988 bertarikh 10 Mac 1988 mengenai Penyertaan Pelajar Dalam 
Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan.
2. Kementerian Pendidikan mendapati bahawa ramai pelajar sekolah 
yang melibatkan diri dalam pelbagai petandingan dan kejohanan sukan 
anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan. Oleh itu, terdapat 
pertandingan dan kejohanan sukan MSSM. Didapati juga pelajar 
mengikat kontrak untuk menyertai pertandingan atau kejohanan yang 
diadakan oleh Persatuan atau Badan Induk Sukan menyebabkan pasukan 
MSS Negeri dan MSSM tidak dapat menyediakan pasukan yang terbaik 
dalam pertandingan atau kejohanan yang disertainya.
3.Berikut adalah perkara tambahan kepada Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1988:-
             3.1 Pelajar sekolah tidak dibenarkan mengikat kontrak 
                 dengan mana-mana Persatuan atau Badan Induk Sukan untuk 
                 menyertai dalam sebarang pertandingan Liga yang dianjurkannya.
             3.2 Sekiranya pertandingan atau kejohanan sukan anjuran 
                 Persatuan atau Badan Induk Sukan bertembung 
            
4. Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan adalah diminta memaklumkan kandungan surat 
Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k. 1.Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak
            Menteri Pendidikan Malaysia
             2.Y. B. Datuk Khalid b. Yunus
            Timbalan Menteri Pendidikan 
             3.Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn
            Timbalan Menteri Pendidikan 
             4.Ketua Setiausaha 
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             5.Timbalan Ketua Setiausaha I
            Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia
             6.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             7.Timbalan Ketua Setiausaha II
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             8.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             9.Semua Ketua Bahagian
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             10. Pegawai Perhubungan Awam
            Kementerian Pendidikan Malaysia
    
Ke Menu Pekeliling

�
BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7, BLOK J, 
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.
 Tel : 03 - 2556900
                        Fax : 03 - 2535150
                        Kawat : ``PELAJARAN"
            

  KP8591/Jld.VII(18)
            19 Oktober1995
    
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/1995 :
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6

Sebagaimana Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan sedia maklum, selepas tamat peperiksaan 
UPSR, murid-murid khasnya di Tahun 6, kurang tertarik untuk datang ke sekolah. 
Untuk menarik minat murid-murid supaya terus hadir di sekolah, adalah 
dicadangkan pihak sekolah merancang faedah dan manfaat kepada mereka.
2. Bersama ini dilampirkan Lampiran A yang mengandungi 
cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak 
sekolah bagi memenuhi masa murid-murid dengan lebih bermakna.
3. Harap maklumkan dengan segera kandungan Surat Pekeliling ini 
kepada semua Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Dato'/Tuan.
    
Sekian, terima kasih.
``BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k. 1.Y. B. Datuk Seri Mohd. Najib b. Tun Hj. Abdul Razak
            Menteri Pendidikan Malaysia
             2.Y. B. Datuk Khalid b. Yunus
            Timbalan Menteri Pendidikan 
             3.Y. B. Datuk Dr Fong Chan Onn
            Timbalan Menteri Pendidikan 
             4.Ketua Setiausaha 
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             5.Timbalan Ketua Setiausaha I
            Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia
             6.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             7.Timbalan Ketua Setiausaha II
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             8.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             9.Semua Ketua Bahagian
            Kementerian Pendidikan Malaysia
             10. Pegawai Perhubungan Awam
            Kementerian Pendidikan Malaysia
    
LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN
SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR UNTUK TAHUN 6
Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan cadangan dan 
pihak sekolah bolehlah memilih melaksanakannya mengikut kemampuan, 
kemduahan-kemudahan yang ada dan kedudukan sekolah.
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN 

1. Pelajaran Tambahan
2. Kegiatan-kegiatan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah
	2.1 Permainan-permainan olahraga, jimnastik, permainan-permainan 
            seperti mengcukil bakat, syarahan, pantun, muzik, nyanyian, 
            lakonan/drama, bahas, kuiz, karangan dan lain-lain.;
        2.2 Peraduan syarahan, kuiz, catur, bahas dan sebagainya;
        2.3 Rancangan ``Buku Hijau", berkebun, menternak;
        2.4 Khidmat gotong royong di sekolah seperti
            (a) Membersih dan mencantikan alam sekitar (environment) sekolah;
            (b) Mengecat perabot, membaiki harta benda sekolah, menyelenggara 
            perpustakaan.
        2.5 Tayangan filem-filem pendidikan, Radio/TV Pendidikan, Video.
    
3. Lawatan Sambil Belajar
Melawat tempat-tempat yang berfaedah dan menarik seperti:- 
       3.1 Kilang-kilang dan kawasan perindustrian;
       3.2 Ladang-ladang dan kilang-kilang getah, kelapa sawit dan 
           tempat-tempat lain yang sesuai;
       3.3Kolam air, kolam ikan, rancangan tali air;
       3.4Tempat- tempat ternakan, zoo;
       3.5 Pelajar-pelajar kerajaan, Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Mahkamah, 
           Balai Polis, Bomba, dan lain-lain;
       3.6 Hospital, pusat kesihatan, klinik-klinik dan lain-lain;
       3.7Ke sekolah-sekolah luar bandar dan sebaliknya;
       3.8 Tempat-tempat bersejarah, muzium;
       3.9 Institusi-institusi pendidikan dan latihan;
       3.10 Dan lain-lain.
    
4. Ceramah Keselamatan, Kemasyarakatan Dan Lain-lain
Mengundang para jemputan luar seperti ibu bapa/ahli PIBG, ahli Jemaah Pengurus 
Sekolah, Pegawai Polis, Pegawai Tentera, dan lain-lain untuk memberi ceramah 
yang ada kaitan dengan keselamatan, kemasyarakatan dan lain-lain.
Tajuk-Tajuk Ceramah Keselamatan, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain Yang Dicadangkan
i. Keselamatan (jalan raya, di rumah, di sekolah, air dan 
            lain-lain).
            ii. Pendaftaran kad pengenalan.
            iii. Pendidikan alam sekitar (Environment Education) pencemaran 
            dalam (pollution), ekologi dan lain-lain.
            iv. Perkhidmatan kemasyarakatan - rukun tetangga, kelab-kelab belia, 
            pertubuhan-pertubuhan sukarela dan lain-lain.
    
5. Pertunjukan 
	5.1 Kebudayaan
            i. Adat istiadat perkhawinan berbilang kaum/bangsa
            ii.Tarian-tarian asli dan moden kaum di Malaysia
            iii. Permainan seperti congkak, gasing, kompang dan lain-lain
            iv. Seni mempertahankan diri (martial arts)
        5.2 Pameran
            Pameran-pameran seperti hasil projek-projek yang disediakan
        5.3 Hari Pesta
   
6. Hobi-Hobi Berunsur Kreatif (termasuk Hobi Saintifik)
Karya-karya di perbuat daripada bahan-bahan seperti:
	    (a) Kayu
            (b) Tanah liat
            (c) Kertas
            (d) Kain
            (e)Plastik
            (f)Kaca/Tembikar
            (g) Logam
            (h) Batu
            (i)Daun-daun dan lain-lain
    
7. Rancangan Kegiatan Dakwah Islamiah
Untuk Murid Darjah 6 Selepas Peperiksaan UPSR
	7.1 Tujuan
	    (i)   Menyubur dan menjiwai murid-murid dengan ajaran islam sebagai 
                  benteng menyekat mereka dari tercebur di dalam perkara-perkara 
                  maksiat seperti dadah, judi dan sebagainya. 
            (ii)  Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah 
                  disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan 
                  berakhirnya peperiksaan UPSR.
            (iii) Mendedahkan kepada murid-murid ajaran islam yang murni sebagai 
                  satu cara hidup yang mesti diikuti di sEKOLAH.

KEMENU PEKELILING

LAMPIRAN I

PERUNTUKAN MASA KBSR BAGI SEMINGGU

MATA PELAJARAN

SK/SRK

SRJK(C) DAN (T)

TAHAP I

TAHAP II

TAHAP I

TAHAP II

1

2

3

4

5

6

1

2

3

4

5

6

Bahasa Melayu

450

450

450

300

300

300

270

270

210

150

150

150

Bahasa Cina/Bahasa Tamil

-

-

-

-

-

-

450

450

450

300

300

300

Bahasa Inggeris

240

240

240

210

210

210

-

-

60

90

90

90

Matematik 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210
Sains

-

-

-

150

150

150

-

-

-

150

150

150

Pend. Islam/Pend. Moral 180 180 180 180 180 180 150 150 150 150 150 150
Pendidikan Muzik 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Pend. Jasmani & Kesihatan 90 90 90 60 60 60 90 90 90 60 60 60
Pendidikan Seni 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Kemahiran Hidup

-

-

-

60

60

60

-

-

-

60

60

60

Kajian Tempatan

-

-

-

120

120

120

-

-

-

120

120

120

Perhimpunan 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30
Pilihan Guru Besar

30

30

30

-

-

-

30

30

30

-

-

-

JUMLAH 1350 1350 1350 1440 1440 1440 1350 1350 1350 1440 1440 1440

* Nota : Pilihan Guru Besar ialah penggunaan masa mengikut budi bicara Guru Besar

Jadual Pelaksanaan

Jadual Pelaksanaan mata-mata pelajaran KBSR adalah ditetapkan seperti berikut:

i. Sains
(mulai Tahun 4)
: Disember 1994/1995
hingga 1996/1997
ii. Kajian Tempatan
(mulai Tahun 4)
: Disember 1994/1995
hingga 1996/1997
iii. Matematik
(mulai Tahun 1 dan Tahun 4)
: Disember 1994/1995
hingga 1996/1997
iv. Pendidikan Islam
(mulai Tahun 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1999/2000
v. Bahasa Melayu
(mulai Tahun 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1999/2000
vi. Bahasa Cina
(mulai Tahun 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1999/2000
vii. Bahasa Tamil
(mulai Tahun 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1999/2000
ix. Pendidikan Moral
(mulai Tahun 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1999/2000
x. Pendidikan Seni
(mulai Tahap 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1995/1996
xi. Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
(mulai Tahap 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1995/1996
xii. Pendidikan Muzik
(mulai Tahap 1)
: Disember 1994/1995
hingga 1995/1996

KEMENU PEKELILING

Hosted by www.Geocities.ws

1