PRAKATA

barkelip.gif (11170 bytes)

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua warga guru S.J.K.(T) Gopeng dan kaki tangannya  kerana sekolah ini berjaya menghasilkan homepagenya sendiri.  Walau pun  ia tidak sehebat homepage yang lain tetapi sekurang-kurangnya ia  dapat memberi sedikit maklumat  dan gambaran mengenai perjalanan pengurusan sekolah, latar belakang sekolah serta kemajuan akademik.

Saya berasa bangga  kerana Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gopeng mempunyai staf akademik dan staf sokongan yang berdaya maju serta sering   berusaha meningkatkan kemajuan  diri bagi kepentingan pendidikan anak didik semua.

Iltizam ini seriring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang.

Semoga usaha ini dapat melahirkan insan  yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat serta negara.

 

Salam Sejahtera 

GuruBesar                                                                                                                                                                             SJK(T) GOPENG

 

len.jpg (45932 bytes)

KE MENU ASAL

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1