Pekeliling Perbendaharaan
Pinjaman Perumahan
Tanggungjawab Ketua Jabatan

Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan :-
a. Satu Buku Daftar menyenaraikan kakitangan-kakitangan yang telah mengambil
Pinjaman Perumahan Perbendaharaan hendaklah disimpan. Daftar itu hendaklah
mengandungi juga maklumat-maklumat yang berikut:
i. Amaun pinjaman;
ii. Rujukan Dan Tarikh Kelulusan Pinjaman;
iii. Nombor Rujukan APG;
iv. Tarikh Mula Kuatkuasa APG;
v. Tarikh Tamat APG;
vi. Amaun Ansuran Bulanan;
vii. Tarikh Pinjaman Diselesaikan.
Maklumat diatas hendaklah direkodkan juga di dalam Buku Rekod Perkhidmatan
Peminjam.
b. Melaksanakan sepenuhnya Arahan Potongan Gaji (APG) yang dikeluarkan oleh
Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Potongan atas bayaran balik pinjaman perumahan
hendaklah dibuat selepas potongan-potongan KWSP dan Cukai Pendapatan. Jika
pelaksanaan APG ini tidak dapat dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan, Ketua
Jabatan hendaklah menyelesaikan tunggakan itu melalui potongan daripada gaji
Peminjam secara berganda. Contoh jika APG berkuatkuasa mulai Januari tetapi
potongan APG hanya dibuat mulai March maka tunggakan bulan-bulan Januari dan
Februari itu hendaklah diselesaikan melalui potongan gaji bulan April dan Mei
berturut-turut, disamping potongan atas ansuran bulan-bulan April dan Mei juga.
c. Jika baki gaji termasuk elaun Peminjam tidak mencukupi selepas
potongan-potongan atas KWSP dan Cukai Pendapatan maka Ketua Jabatan hendaklah
dengan serta merta melaporkan kedudukan ini kepada Pihak Berkuasa Memberi
Pinjaman.
d. APG hendaklah dicatitkan di dalam Sijil Gaji Akhir untuk membolehkan Ketua
Jabatan ditempat bertugas yang baru terus melaksanakan APG mengikut jadual.
e. Memberitahu kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman dengan serta merta jika
APG atas tidak dapat dilaksanakan.
f. Memberitahu dengan serta merta ke Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman, jika
Peminjam:
i. Bertukar alamat pejabat;
ii. Bersara atau meninggal dunia melalui Borang seperti di Lampiran 'C' Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/1978. Jika Ketua Jabatan gagal memaklumkan kepada
Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman 6 bulan sebelum Peminjam bersara atau tidak
langsung melaksanakan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/1978 itu, tindakan
surcaj mengikut Akta Aturcara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) boleh diambil ke atas
Ketua Jabatan yang cuai itu;
iii. Meninggalkan perkhidmatan supaya Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman boleh
membatalkan pinjaman atau menahan pengeluaran baki pinjaman selanjutnya. Jika
Ketua Jabatan gagal memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman bahawa
Peminjam telah meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh masa 3 bulan daripada
tarikh Peminjam meninggalkan perkhidmatan, tindakan surcaj di bawah Akta
Aturcara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) boleh diambil ke atas Ketua Jabatan yang
berkenaan itu.
iv. Diluluskan Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji;
v. Digantung kerja atau bankrap atau ditahan gaji kerana tindakan tatatertib;
g. Nombor Akaun Peminjam yang betul dicatitkan disetiap penyata bayaran balik
pinjaman Peminjam untuk mengelakkan bayaran itu dikreditkan ke akaun Peminjam
yang lain.
Tindakan surcaj mengikut Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan
1972) boleh diperakukan ke atas mana-mana Ketua Jabatan yang gagal melaksanakan
APG.
Ketua Jabatan tidak dibenarkan memberhentikan atau
menangguhkan pelaksanaan APG atau mengurangkan amaun potongan seperti yang
ditetapkan dalam APG. Tindakan seperti ini adalah dianggap serius yang mana
Ketua Jabatan yang berbuat demikian boleh dikenakan surcaj mengikut Akta Acara
Kewangan 1957 (Pindaan 1972).
Ketua Jabatan hendaklah menasihatkan Peminjam supaya membuat
bayaran-bayaran :-
i. Cukai Tanah;
ii. Cukai Pintu;
iii. Urusan pindahmilik harta di atas nama Peminjam dan seterusnya gadaian
kepada Kerajaan.
Ketua Jabatan hendaklah menasihatkan Peminjam supaya
tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan diri
mereka menanggung kesusahan berat kerana berhutang.
Kadar Kelayakan Pinjaman
KADAR KELAYAKAN PINJAMAN
PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
1. ANGGOTA PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
|
KELAYAKAN |
AMAUN
PEMBIAYAAN MAKSIMUM |
|
1.1
Perdana Menteri |
RM
500,000.00 |
2. AHLI-AHLI PARLIMEN
|
KELAYAKAN |
AMAUN
PEMBIAYAAN MAKSIMUM |
|
2.1
Yang DiPertua Dewan Negara/Yang DiPertua |
RM
200,000.00 RM 130,000.00 RM 120,000.00 |
3. ANGGOTA PENTADBIRAN NEGERI DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
|
KELAYAKAN |
AMAUN
PEMBIAYAAN MAKSIMUM |
|
3.1
Menteri Besar/Ketua Menteri |
RM
400,000.00 |
4.Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia. Amaun kelayakan pinjaman perumahan adalah dipinda seperti berikut:-
|
Bil. |
Gaji Bulanan Hakiki (RM) |
Kelayakan Pinjaman (RM) |
|
a. |
3500 dan ke atas |
300,000 |
|
b. |
3000 ke 3499 |
250,000 |
|
c. |
2500 ke 2999 |
220,000 |
|
d. |
2000 ke 2499 |
200,000 |
|
e. |
1500 ke 1999 |
160,000 |
|
f. |
1200 ke 1499 |
130,000 |
|
g. |
1000 ke 1199 |
100,000 |
|
h. |
800
ke 999 |
80,000 |
|
i. |
600
ke 799 |
60,000 |
|
j. |
599
dan ke bawah |
40,000 |
Undang_undang
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULANWANG PINJAMAN
PERUMAHAN, 1971
Suatu Akta bagi memberikuasa supaya beberapa jumlah wang didapatkan sebagai pinjaman bagi maksud Kumpulanwang Pinjaman Perumahan bagi Persekutuan dan bagi membuat peruntukan berhubung dengan acara kewangan mengenai Kumpulanwang Pinjaman Perumahan bagi Persekutuan dan Negeri-negeri.
[ 3hb September, 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
|
1.
2. |
Bahagian 1 PERMULAAN Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulanwang Pinjaman Perumahan,1071 Bahagian II PEMBERIANKUASA MENGENAI PINJAMAN
|
Tajuk ringkas
Kuasa bagi mendapatkan pinjaman-pinjaman. Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulanwang Disatukan. |
[Bgh. III, S. 4-6]
4
Akta
42
|
Kumpulanwang Pinjaman Perumahan
Menggunakan wang kumpulan- wang
Pembayaran balik Pinjaman 62/57.
|
4.
5.
6. |
Bahagian III MENGGUNAKAN PINJAMAN Maka hendaklah dibayar masuk kedalam Kumpulanwang Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Ordinan Acara Kewangan, 1957 (kemudian daripada ini disebut "Kumpulanwang")
Wang Kumpulanwang hendaklah digunakan dan adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud
(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 13 (2) Ordinan Acara Kewangan, 1957 (a) wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang didapatkan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini serta faedah yang kena dibayar atasnya, hendaklah, tertaklok kepada perenggan (b), di bayar balik daripada Kumpulanwang itu: dan |
|
7.
8.
9. |
(c) Menteri Kewangan boleh membenarkan dibayar daripada Kumpulanwang Disatukan apa-apa bahagian daripada faedah mengikut sebahagian yang ditentukan olehnya yang kena dibayar dalam perenggan (a). (2) Jika wang yang ada dalam kredit Kumpulanwang itu tidak cukup untuk membayar balik kesemua wang yang didapatkan itu atau sebahagian daripadanya serta faedah yang kena dibayar atasnya, Menteri Kewangan hendaklah memperuntukkan daripada Kumpulanwang Disatukan dan membayar balik wang yang belum dibayar itu serta faedah atasnya. Menteri Kewangan boleh mengeluarkan arahan-arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini mengenai pengurusan dan pengendalian Kumpulawang itu.
Bahagian IV KUMPULANWANG PINJAMAN PERUMAHAN NEGERI
Ordinan No. 48 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1970 adalah dengan ini dimansuhkan. |
Menteri boleh mengeluarkan arahan.
Kumpulan-wang Pinjaman Perumahan Negeri.
Pemansuhan. |
AKTA 42
JADUL
(Seksyen 8)
|
Sebutan-sebutan
dalam bahagian III …
1. Persekutuan … … … 2. Parlimen … … … 3. Menteri Kewangan … … 4. Anggota perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam bagi sesuatu Negeri) 5. Wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang didapatkan di bawah peruntukan peruntukan-peruntukan Akta ini 6. Seksyen 13 (2) Ordinan Acara Kewangan 1957
|
Tafsiran
berhubung dengan pemakaian Bahagian III Kumpulanwang Pinjaman Perumahan
bagi sesuatu negeri Negeri Dewan Negeri Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri, dan bagi Sabah, Menteri yang bertanggungjawab atas kewangan dalam Negeri itu Anggota perkhidmatan awam bagi sesuatu negeri Wang yang merupakan hasil pendapatan di bawah kuasa undang-undang Negeri bagi maksud-maksud Kumpulanwang itu Seksyen 27 (2) Ordinan Acara Kewangan, 1957 |
Borang SPPP Borang SPPPI BUB SPPP BUB SPPPI
Contoh Borang
Surat Setuju1 (biasa)
Surat Setuju 2(bub)
Pekeliling Perbendaharaan 2001
BAYARAN BENCANA KERJA JAMUAN BERSARA PINDAAN GAJI ,ELAUN&PENCEN PINJAMAN kENDERAAN TAMBAHAN pINJAMAN kENDERAAN