PANDUAN AM SEKOLAH

 

ORGANISASI PENTADBIRAN

S.J.K.(T) GOPENG, 2001

PENGERUSI : PN. PHILOMENA LOURDSAMY GURU BESAR

NAIB PENGERUSI : EN. RAMLAN JAFERY MAT JOHAN GURU KANAN

JAWATANKUASA KEWANGAN

SETIAUSAHA : PN. S. SANTHA KUMARI

AJK : PN. TAN AI GUAT     PN. P. AGUSSAMAH      EN. RAMLAN JAFERY

JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM

SETIAUSAHA : EN. S. THIRUNAVUKKARSU (Panitia Pendidikan Moral)

AJK : PN. P. AGUSSAMAH (Panitia Bahasa Tamil)       EN. RAMLAN JAFERY (Panitia Bahasa Melayu)

PN. R. MARIMAH (Panitia Bahasa Inggeris)                    PN. S. SANTHA KUMARI (Panitia Kajian Tempatan)

EN. N. THARMARAJA (Panitia Sains)                           PN. J. PUSPHA RANI (Panitia Seni & Muzik)

EN. NAHINDRAN KUMAR (Panitia K Hidup & P.J&P.K)

PN. VIJIT MARY (Panitia Matematik)

JAWATANKUASA DISIPLIN & LEMBAGA PENGAWAS

SETIAUSAHA : EN. N. THARMARAJA

AJK : EN. S. THIRUNAVUKKARSU      EN. RAMLAN JAFERY              PN. VIJIT MARY

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN

SETIAUSAHA : PN. VIJIT MARY

AJK : EN. S. THIRUNAVUKKARSU                     SEMUA KETUA PANITIA

JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

SETIAUSAHA : EN. NAHINDRAN KUMAR

AJK : EN. S. THIRUNAVUKKARSU                                 EN. N. THARMARAJA

PN. R. MARIMAH                                                              EN. RAMLAN JAFERY

JAWATANKUASA BILIK GERAKAN

KETUA : EN. N. THARMARAJA                                     PEN. KETUA : PN. VIJIT MARY

AJK : PN. R. MARIMAH                PN. J. PUSPHA RANI

JAWATANKUASA SPBT

KETUA : PN. J. PUSPHA RANI                             PEN. KETUA : PN. R. MARIMAH

    AJK : SEMUA GURU KELAS

JAWATANKUASA KANTIN & RMT

SETIAUSAHA : PN. P. AGUSSAMAH

AJK : EN. RAMLAN JAFERY                         PN. W. VIJIT MARY

JAWATANKUASA KECERIAAN PEJABAT

KETUA : EN. N. THARMARAJA                             PEN. KETUA : PN. R. MARIMAH

AJK : PN. S. SANTHA KUMARI        EN. S. THIRUNAVUKKARSU               EN. NAHINDRAN KUMAR

JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID & PSS

KETUA : PN. VIJIT MARY                                          PEN. KETUA : PN. S. SANTHA KUMARI

AJK : EN. NAHINDRAN KUMAR

JAWATANKUASA KESIHATAN & LATIHAN KEBAKARAN

KETUA : EN. N. THARMARAJA                     PEN. KETUA : PN. P. AGUSSAMAH

AJK : PN. J. PUSPHA RANI

JAWATANKUASA LAWATAN & SUKAN SEKOLAH

KETUA : EN. RAMLAN JAFERY                             PEN. KETUA : EN. N. THARMARAJA

AJK : EN. NAHINDRAN KUMAR    PN. S. SANTHA KUMARI    EN. S. THIRUNAVUKKARSU 

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

SETIAUSAHA : PN. S. SANTHA KUMARI

AJK : EN. RAMLAN JAFERY        PN. J. PUSPHA RANI     EN. N. TAHRMARAJA   

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

KETUA : PN. S. SANTHA KUMARI                             PEN. KETUA : PN. J. PUSHPA RANI

AJK : PN. R. MARIMAH

PENYELARAS TV, ASTRO & RADIO PENDIDIKAN

KETUA : EN. NAHINDRAN KUMAR             PEN. KETUA : PN. R. MARIMAH

AJK : SEMUA GURU KELAS

GURU DATA / KOMPUTER SEKOLAH

KETUA : EN. RAMLAN JAFERY                                 PEN. KETUA : EN. N. THARMARAJA

: PN. TAN AI GUAT (Pembantu Tadbir)

 

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1. Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan akan kandungan Perintah Am dan arahan perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara .

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7 Bertanggung jawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. Kedatangan

2.1 Jadual waktu belajar mestilah dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani

Buku Kehadiran semasa dan sewaktu balik sekolah.

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-

sebab yang wajar. Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

3 Keluar Waktu Mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu

perkara yang tidak dapat

dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

3.2 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar.

4 Cuti

4.1 Cuti Rehat/ Cuti Penggal

4.1.1 Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP)0046SJ / A (30) bertarikh 24

Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi 1/3 daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit

4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah

disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan

ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji

4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang

mustahak.

4.3.2 Cuti tanpa gaji daripada kaki tangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti

rehatnya.

4.3.3 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 tahun bagi tiap-tiap genap setahun perkhidmatan tetapi tidak

melebihi 180 hari.

4.3.4 Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh di ambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.5 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cuti Sambilan

4.4.1 Cuti sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara

agamabagi tempoh tujuh hari

dalam setahun.

4.5 Cuti Keluar Negeri

4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mestilah mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila

isikan permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5. Pakaian

5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat Timur.

5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.

5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

5.4.1 Guru perempuan – seluat trek panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju terk, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

5.4.2 Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yaag sesuai. Kemeje T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit.

 

 

6. Perhubungan Sesama Guru

6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesinal yang baikdan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan agar dapat mewujudkan semangat kekitaan.

6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

7. Bilik Guru

7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggung jawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.

7.3 Guru tidak digalakkkan membenarkan pelajar berada di bilik guru tanpa sebab yang sesuai.

7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8. Perjawatan / Pengajaran

8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka bolehlah berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan atau Guru Besar.

9. Tugas

9.1 Guru akan diberi tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggung jawab.

9.2 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu dilaksanakan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, ia mesti sampai ke pengetahuan Guru Besar.

10. Buku Rekod Mengajar

10.1 Setiap guru akan diberi sebuah buku rekod mengajar dan bertanggung jawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar.

10.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebit hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah.

10.3 Buku rekod mengajar hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari terakhir persekolahan.

11. Jadual Kedatangan Pelajar

11.1 Setiap guru darjah akan diberikan sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggung jawab memasukkan maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

11.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditandakan pada setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir guru yang masuk pada waktu pertama hendaklah menandakannya.

11.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

11.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam satu minggu, ibi bapa pelajar hendaklah dihubungi secara bertulis.

11.5 Analisis mestilah dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Besar.

11.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik buku kedatangan pelajar.

12. Jadual Waktu

12.1 Guru darjah hendaklah menyediakan satu jadual waktu yang besar untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu mengajar yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

13. Keselamatan harta benda sekolah

13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerja sama sepenuhnya dalam menjaga harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada sengaja atau tidak sengaja hendaklah di bawa ke pengetahuan pihak sekolah.

14. Kebersihan

14.1 Setiap guru bertanggung jawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru darjah. Alatan yang digunakan ntuk membersihkan bilik darjah hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.

14.2 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggung jawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

 

15. Surat-Menyurat

15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

16. Surat Yang Diterima

16.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru tersebut hendalah mengambil tindakan dengan segera terhadap surat-surat tersebut.

16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri selepas diambil tindakan.

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya kepada guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah

16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.

16.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.

16.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

17. Pergi Ke Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah

17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah atas urusan peribadi.

18. Pelawat

18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual-penjual dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

19. Membeli Barang

19.1 Guru yang hendak membeli barang mestilah memohon kebenarang dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.

19.2 Borang itu mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/ Guru Kanan/ sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

19.3 Semua pesanan mestilah dibuat melalui borang pesanan tempatan.

19.4 Segala invois mestilah ditandatangani guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

20. Kegiatan Kokurikulum

20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat/ juru latih/ pembimbing kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

20.2 Guru mestilah berada bersama-sama dengan murid semasa sesuatu aktiviti dijalankan.

20.3 Sekiranya sesuatu perkara yang berlaku kepada murid dan ketika itu guru tiada bersama murid guru akan dipertanggung jawabkan sekiranya tiada mempunyai alasan yang munasabah.

20.4 Pastikan ada guru yang akan membantu meyeberangkan murid melintas jalan sewaktu balik dari kegiatan kokurikulum.

21. Perhimpunan Sekolah

21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan.

22. Mesyuarat Guru

22.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru / taklimat /’contact time’. Kedatangan semua guru ke mesyurat tersebut adalah diwajibkan.

22.2 Guru diwajibkan juga menghadiri mesyurat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua Panitia.

23. Buku stok/ Inventori

23.1 Ketua Panitia bertanggung jawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.

24. Tanda Nama

24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.

25. Keahlian Kelab Guru/ PIBG

25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.

25.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesuyarat.

26. Arahan dan Pekeliling

26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan di dalam fail khas.

26.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

 

27. Penggunaan Alat-alat

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada guru yang bertanggung jawab.

27.3 Bertanggung jawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta dalam keadaan baik.

27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

28. Telefon

28.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja kecuali kecemasan. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi

29. Kunci

29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

29.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu atau almari peralatan, dia mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

29.3 Guru tersebut bertanggung jawab terhadap keselamatan bilik atau peralatan yang mempunyai kunci sepenuhnya.

30. Acara atau Majlis Sekolah

31.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

31.2 Guru mestilah mendapat atau memberi sebab atau alasan yang munasabah sekirang tidak dapat menghadirinya.

31. Kelas Tambahan Tahun 6

31.1 Semua guru yang dipertanggung jawab untuk mengajar di kelas tambahan tersebut mestilah hadir dan mengajar kelas tersebut.

31.2 Sewaktu balik guru hendaklah menyeberangkan murid melintas jalan di hadapan sekolah.

31.3 Guru hendaklah mencatitkan setiap aktiviti yang dijalankan dalam buku khas dan setelah itu buku tersebut hendaklah dihantar ke pejabat sekolah.

31.4 Sekiranya guru ingin menggantikan kelas tambahan pada hari tersebut dengan guru lain atau menundanya, guru tersebut haruslah memberitahu kepada Guru Besar terlebih dahulu dan seboleh-bolehnya sehari lebih awal.

PERATURAN SEKOLAH BAGI GURU-GURU

KEHADIRAN

Guru mestilah hadir di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sekolah bermula kecuali jika

ada sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.

Guru hendaklah berada di sekolah sehingga pukul 1.15 tengah hari kecuali pada hari ‘contact time’ dan hari Jumaat

Guru hendaklah menandatangani buku kedatangan guru yang disediakan di pejabat sebaik sahaja tiba di sekolah dan ketika tamat waktu persekolahan iaitu waktu balik.

Guru mestilah sentiasa berada di sekolah sepanjang masa

Guru hendaklah berada di dalam kelas yang ditugaskan mengajar atau menggantikan guru sakit/bercuti sepenuh masa. Kelas hanya boleh ditinggalkan jika ada hal-hal lain yang lebih penting dengan persetujuan Guru Besar.

Sesiapa yang hendak keluar dari kawasan sekolah mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar dan mestilah dicatatkan di dalam buku keluar kawasan sekolah.

Guru yang tidak dapat hadir bertugas dikehendaki menghubungi sekolah. Surat akuan doktor atau kebenaran bercuti mestilah sampai kepada Guru Besar untuk tujuan tersebut.

Guru mestilah hadir pada waktu kokurikulum/ kegiatan luar pada hari dan masa yang ditetapkan.

Guru/ pekerja yang datang lewat perlulah memaklumkan kepada Guru Besar sebab kelewatan.

 

PAKAIAN GURU

Guru mestilah berpakaian kemas sesuai sebagai seorang pendidik. Elakkan daripada memakai baju ‘T’ kecuali pada masa yang tertentu sahaja.

Untuk guru lelaki, kemeja tidak dilepaskan keluar , pakaian tidak ‘groovy’ dan tidak berambut panjang.

Guru perempuan tidak digalakkan memakai pakaian yang menjolok mata. Perhiasan muka yang melampau juga tidak digalakkan.

Untuk lebih memahami peraturan sila lihat buku rekod persediaan mengajar (surat pekeliling ikhtisas Bil 6/1985.

 

PERGAULAN

Guru hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama guru dengan tidak mengira agama atau pun keturunan.

Jauhkan sikap tuduh-menuduh, kata-mengata atau merendah-rendahkan sesama guru.

Guru hendaklah bertolak ansur anatara rakan –rakan berhubung denagn tugas.

Sikap nasihat-menasihati natara satu sama lain hendaklah diamalkan.

Jangan bocorkan rahsia atau perkara sulit atau sensitif guru lain.

Elakkan bergurau sesama guru di tempat yang mudah dilihat oleh murid atau pelawat yang mana ia boleh menjatuhkan maruah guru.

 

PANITIA MATA PELAJARAN

 

Setiap mata pelajaran hendaklah ada Panitia mata pelajarannya. Guru Besar merupakan pengerusi kepada Panitia mata pelajaran. Guru Kanan mata pelajaran adalah dilantik sebagai ketua panitia.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

Semua mesyuarat hendaklah direkodkan(diminitkan) dan diedarkan untuk pengetahuan ahli-ahli berkenaan . Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sepenggal bagi membincangkan perkara yang berhubung dengan kemajuan pelajaran seperti Sukatan Pelajaran, rancangan mengajar, mengkaji kelemahan pencapaian murid,cara-cara mengatasi masalah P&P serta menjalankan kegiatan-kegiatan yang dirancang.

 

 

 

Antara tugas panitia ialah:

Menyusun, meyemak dan meminda rancangan pelajaran bagi semua darjah bila-bila masa difikirkan perlu.

Mengkaji, memilih dan mengesyorkan siri-siri buku teks dan bacaan yang sesuai untuk dipertimbangkan oleh pihak sekolah apabila dikehendaki dan mencadangkan buku-buku perpustakaan.

Mengkaji kelemahan-kelemahan murid-murid dalam mata pelajaran serta mencari jalan untuk mengatasinya.

Membincangkan peralatan-peralatan yang sesuai untuk menyediakan alat-alat bantuan mengajar sekiranya diperlukan.

Menganalisa keputusan-keputusan ujian dan peperiksaan dan mengambil tindakan wajar untuk membaiki keadaan jika perlu.

Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan panitia yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke

semasa.

 

BUKU REKOD MENGAJAR

Sila lengkapkan semua butiran/ maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan sempurna seperti

butir-butir di bawah:

Butir-butir diri guru

Sukatan pelajaran

Rancangan pengajaran tahunan, penggal, mingguan dan harian.

Jadual waktu kelas dan persendirian

Senarai buku teks

Markah ujian dan peperiksaan sekolah

Soalan-soalan ujian dan peperiksaan sekolah

Senarai buku panduan, tambahan, dan buku kerja

Senarai alat bantu mengajar

Buku Rekod Mengajar dikehendaki disediakan oleh guru pada akhir minggu itu untuk untuk minggu yang berikutnya (jumaat) dan dapatkan pengesahan semakan daripada Gur u Besar.

Buku Rekod Mengajar hendaklah di bawa bersama ke kelas semasa mengajar.

Sekiranya mengambil cuti sakit yang lama atau lain-lain, kirimkan Buku Rekod Mengajar ke sekolah untuk kegunaan guru ganti.

Buku Rekod Mengajar adalah hak sekolah. Di akhir persekolahan akhir tahun atau sebelum seseorang guru itu berkursus/bertukar sekolah, buku ini hendaklah diserahkan kembali kepada Guru Besar.

 

RANCANGAN MENGAJAR

Rancangan pelajaran merupakan pecahan sukatan pelajaran hendaklah disusun mengikut penggal dan tajuk dari yang senang kepada susah.

Rancangan pelajaran hendaklah disediakan mengikut tajuk-tajuk seperti di bawah:

Isi pelajaran

Objektif

Aktiviti

Alat bantu mengajar

Nilai-nilai murni yang diterapkan

 

RANCANGAN MINGGUAN

Rancangan kerja mingguan ini merupakan petikan dari rancangan kerja tahunan yang ditulis dengan lebih terperinci.

Rancangan minguan ini hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

Nama kelas

Mata pelajaran

Tajuk/kemahiran

Nilai murni

 

 

RANCANGAN HARIAN

Rancanagn kerja harian hendaklah ditulis tiap-tiap hari sebelum mangajar kelas yang berkenaan dan bukan sekali untuk seminggu.

Rancangan harian ini merupakan petikandari rancangan mingguan yang lebih terperinci lagi dengan mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Kelas

Mata pelajaran

Isi/tajuk

Objektif

Alat bantu mengajar

Nilai murni

 

PERATURAN DAN LARANGAN SEMASA PROSES P&P

Seboleh-bolehnya elakkan daripada pengajaran yang bercorak rencana. Pengajarang yang baik adalah bercorak penerangan secara meluas. Elakkan juga daripada menyuruh murid membaca buku teks secar bergilir-gilir. Pengajaran yang digalakkan ialah yang berpusat murid tau bahan.

Guru digalakkan menggunakan lebih daripada satu kaedah agar pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.Banyakkan penggunaan alat bantu mengajar, janagn terhad kepada ‘kapur’ atau ‘bercakap’ sahaja.

Guru diminta masuk kelas tepat pada waktunya

Semasa mengajar guru tidak digalakkan duduk kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Semasa sesuatu aktivi di bengkel/padang guru hendaklah berada bersama-sama dengan murid.

Guru juga tidak dibenarkan menulis buku rekod semasa di dalam kelas atau semasa waktu mengajar.

Guru tidak seharusnya memeriksa buku rampaian/kertas ujian, mengisi markah ke dalam buku rekod atau buku kemajuan murid di dalam bilik darjah semasa waktu mengajar.

Guru tidak boleh membaca akhbar/majalah di bilik darjah semasa mengajar.

Guru yang bertugas dalam sebuah kelas hendaklah berada di kelas itu sehingga guru yang akan mengambil alih mata pelajaran datang.

Guru diminta memberi latihan sebanyak yang mampu. Semua latihan hendaklah disemak/periksa oleh guru dengan teliti.

 

MASA PERHIMPUNAN

Masa perhimpunan, guru hendaklah berdiri di hadapan murid-murid.

Guru bertugas dikehendaki memberi nasihat/teguran/galakan dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

 

GURU DARJAH KELAS

Menyediakan jadual waktu kelas dan salinan kepada Guru Besar. Jadual waktu kelas juga perlu dipamerkan dihadapan kelas.

Menyempurnakan jadual kedatangan murid dan menghantarnya ke pejabat pada waktu kedua.Buku ini juga mesti digunakan pada waktu kecemasan seperti kebakaran.

Memungut semua yuran murid, mengeluarkan resit dan menyerahkan wang yang dipungut dengan segera kepada Guru Besar dengan segera.

Menolong guru SPBT menyelesaikan urusa yang berhubung dengan kelas masing-masing.

Mengawasi kebersihan dan kesempurnaan bilik darjah.

Menyempurnakan kerja-kerja yang berkaitan dengan ujian/peperiksaan.

Mengawasi disiplin murid-murid.

Menggunakan perpustakaan bilik darjah.

Bekerjasama dengan guru lain dalam segala aspek yang berkaitan dengan kelas.

Memasukkan nama murid ke dalam buku pendaftaran.

Mengemaskini kad sulit 001 R(77), buku kesihatan.

Menyiapkan sijil berhenti sekolah. (guru tahun 6)

Menjaga kebajikan murid.

Melaporkan kepada Guru Besar / G.K. HEM tentang perkara yang tidak dapat di atasi.

Memastikan ibi bapa/ penjaga murid daripada Guru Besar terlebih dahulu sebelum berjumpa/mengambil anak-anak mereka dari kelas.

Menghubungi ibu bapa atau penjaga sekiranya terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa sebab.

Guru adalah dilarang menyepak, merotan, memukul, mencubit,atau menghukum murid-murid berdiri di atas kerusi/meja atau mendenda ketuk ketampi.

 

GURU BERTUGAS MINGGUAN

Guru bertugas mestilah ada di sekolah lebih awal dan merupakan guru terakhir meninggalkan kawasan sekolah.

Beliau dikehendaki memeriksa kawasan sekolah dan melihat supaya persekitaran adalah memuaskan sepanjang hari dan sebelum pulang.

Mengurus murid-murid yang perlu keluar dari kawasan sekolah dengan sebab-sebab tertentu.

Menguruskan murid-murid yang mendapat kemalangan di waktu persekolahan.

Mengendalikan perhimpunan pada waktu perhimpunan.

Mencatatkan laporan harian di dalam buku tugasan guru bertugas dan menyerahkan kepada Guru Besar /G.K. Pentadbiran.

 

GURU DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH

Menjadi penasihat kepada badan pengawas.

Bertanggung jawab memilih dan mengesyorkan nama murid untuk perlantikan pengawas kepada Guru Besar.

Mengadakan taklimat disiplin dari masa ke semasa serta nasihat ke arah peningkatan sahsiah dan daya kepimpinan pengawas.

Merancang dan menyusun aktiviti badan pengawas sepanjang tahun.

Memanggil dan menasihati murid yang melakukan atau melanggar peraturan sekolah. Mereka perlu diberi hukuman mengikut surat penurunan kuasa oleh Guru Besar.

Menyemak buku laporan pengawas, mengambil tindakan dan mengemukan syor kepada Guru Besar tentang peraturan sekolah dan sebagainya.

Mengkaji perkembangan disiplin sekolah dan berusaha meningkatkan tahap disiplin murid dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diberi oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

 

BUKU KEDATANGAN MURID

Buku kedatangan murid hendaklah diisi dengan lengkapnya oleh guru darjah.

Nama murid hendaklah diisi dengan lengkap mengikut abjad dan huruf cerai.

Kedatangan murid hendaklah ditanda setiap hari mengikut panduan yang terdapat di dalamnya. Elakkan daripada menyuruh murid mengisi jadual kedatangan.

Matikan jadual kedatangan murid tiap-tiap akhir bulan.

Jadual kedatangan hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan guru tidak dibenarkan membawa balik buku kedatangan murid.

Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab hendaklah diberikan surat peringatan kepada ibu bapa/penjaga .

 

BUKU DAFTAR/KEMASUKAN MURID

Nama murid hendaklah ditulis mengikut susunan abjad.

Butir-butir mengenai murid-murid hendaklah diselesaikan pada 31 Januari bagi guru tahun 1. Bagi guru darjah yang lain mengikut masa murid-murid baru ditukarkan ke sekolah ini.

Jangan menggunakan pemadam apabila sesuatu kesilapan dibuat, gariskan dan anda tangan disebelahnya.

 

BUKU LAPORAN/PROFIL

Semua murid mesti ada buku pelaporan.

Markah penilaian penggal mesti dicatatkan dalam buku laporan.

 

KAD REKOD DIRI (KAD 001)

Semua murid mesti ada kad 001.

Guru mesti isi semua butiran yang diperlukan.

Markah penggal mestilah dicatatkan dengan lengkap.

 

KEBERSIHAN DIRI

Murid-murid lelaki dilarang meyimpan rambut panjang.

Murid-murid perenpuan dinasihatkan supaya jangan menyimpan rambut lebih daripada paras bahu. Mereka yang berambut panjang hendaklah menjaga rambutnya dengan kemas sama ada ditocang atau diikat dengan riben.

Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan ‘cutex’.

Pakaian seragam digunakan mestilah sentiasa bersih.

 

BILIK-BILIK DARJAH

Setiap murid bertanggung jawab supaya kerusi dan meja yang dikhaskan untuknyatidak diconteng atau dirosakkan.

Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis dan menulis di papan hitam dengan tidak di suruh guru.

Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan bilik darjah. Guru darjah mestilah menyediakan senarai giliran bertugas untuk mempastikan kebersihan bilik darjah dijaga setiap masa.

Kosongkan bakul sampah sebelum balik.

 

KELAKUAN AM

Semua murid hendaklah memberi hormat kepada guru-guru baik di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Jika hendak keluar dari bilik darjah, murid-murid hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Murid-murid mestilah mematuhi semua perintah pengawas dan ketua darjah dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

Sebelum masuk kelas murid-murid mestilah mengetuk pintu terlebih dahulu. Bila di suruh masuk barulah masuk

Jika keluar dari kelas mestilah dalam keadaan berbaris.

 

PERATURAN KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN

Loceng isyarat akan dibunyikan panjang (loceng gila).

Apabila murid-murid mendengar loceng panjang, mereka hendaklah berhenti membuat kerja dan terus berbaris di sisi meja. Guru akan memberi arahan supaya segera keluar dalam satu barisan menuju padang sekolah mengikut jalan yang telah ditetapkan.

Murid-murid hendaklah bergerak cepat dan teratur, tidak berlari dan dalam keadaan senyap. Bercakap dan ketawa tidak dibenarkan semasa pergerakan ini.

Guruguru hendaklah memastikan semua murid sudah keluar sebelum mengekori pergerakan murid dan membawa buku kedatangan jika ada.

Murid-murid yang berada di tandas atau di tempat lain hendaklah segera ke padang berkumpul mengikut kelas masing-masing.

Semua guru. Kakitangan pejabat, pekerja sekolah dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan sekolah hendaklah berada di tempat berkumpul.

Kerani sekolah hendaklah menelefon bombadan membawa buku kedatangan ke tempat berkumpul.

Guru-guru yang sedang berehat di bilik guru atau di kantin hendaklah pergi ke tempat berkumpul dengan segera.

Di samping bergerak ke tempat berkumpul, semua guru hendaklah mengawasi pergerakan murid supaya pergerakan mereka teratur, senyap dan cepat.

Untuk mengetahui jalan-jalan yang patut dilalui semasa pergerakan kawad kecemasan kebakaran ke tempat berkumpul paparkan pelan laluan di dalam kelas dan papan pameran sekolah.

 

 

 

TERAS PENDIDIKAN KE ARAH WAWASAN 2020

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan pendidikan.

Bekerja dengan penuh tanggungjawab.

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.

Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan.

Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.

Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

Berpegang teguh kepada ajaran agama.

 

 

MATLAMAT / SEKOLAH

Untuk melahir dan membentuk insan yang baik, seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

MISI S.J.K.(T) GOPENG

Melahirkan insan cemerlang

Melalui pendidikan asas

Ke arah memenuhi Aspirasi

Agama, Bangsa dan Negara.

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga S.J.K.(T) Gopeng dengan penuh tekad berjanji akan menumpukan seluruh tenaga serta usaha kami untuk

Memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan dihayati dan dilaksanakan dengan sempurna.

Bersikap terbuka terhadap pandangan dan teguran semua pihak bagi kepentingan pendidikan.

Mengadakan perjumpaan berkala dengan ibu bapa untuk menyelaesaikan pelbagai masalah persekolahan murid.

Tidak menyalahgunakan kuasa, wang dan masa dalam perkhidmatan.

Mengamalkan sikap dedikasi dan penglibatan menyeluruh terhadap tugas dan tanggung jawab ‘profesion’.

Mengwujudkan iklim persekolahan yang bahagia melalui sekolah dan perkhidmatan penyayang bagi membantuk masyarakat prihatin dan penyayang.

Menentukan tiada murid buta huruf di sekolah ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

TINGKAHLAKU NEGATIF SEORANG GURU SEWAKTU DI BILIK DARJAH / KAWASAN SEKOLAH.

Selalu berdendam terhadap murid.

Meniggalkan kelas .

Sengaja lambat masuk kelas.

Menghukum murid dengan emosi.

Mengajar sambil duduk sahaja.

Memeriksa buku rampaian/latihan kerja murid/lembaran kerja/buku kerja dan kertas ujian sehingga terbiar mata pelajaran yang sepatutnya diajar.

Bersembang dengan guru lain di koridir, di dalam kelas atau tempat-tempat yang boleh mengganggu pelajaran dan aktiviti murid.

Membiarkan murid-murid berkeliaran tanpa kawalan.

Membiarkan murid-murid membuat kotor pada bangku, kerusi, meja, dinding atau papan hitam.

Membuat ringkasan mengajar atau alatan mengajar di dalam kelas pada waktu mengajar.

Mengilai, suka bercakap terlalu kuat atau melolong.

Makan atau minim sambil berjalan.

Bergurau secara berlebihan dengan murid.

Berkelahi dan bertengkar sesama guru di hadapan murid.

Berniaga sesama guru.

Berpakaian yang tidak sesuai dengan keadaan.

Meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau (Guru Kanan semasa ketiadaan Guru Besar).

Meminta murid-murid membeli makanan di kantin dan membawanya kepada guru semasa waktu belajar.

Mendiamkan diri semasa melihat murid –murid membuat kesalahan seperti :-

membuat bising

membuang sampah merata-rata

berpakaian tidak sempurna

menggunakan bahasa yang kotor

mengambil barang orang lain tanpa kebenaran

lain-lain yang difikirkan sesuai bagi melatih disiplin murid-murid.

Hosted by www.Geocities.ws

1