KURIKULUM

barkelip.gif (11170 bytes)

Program UPSR SJK(T)  merupakan usaha berterusan  pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil Gopeng  memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan ' budaya belajar' bagi melahirkan pelajar yang beilmu pengetahuan , bertanggung jawab dan berkeupayaan meningkatkan prestasi UPSR .

Oleh yang demikian pihak sekolah telah mengatur beberapa program   bagi membantu murid. 

PROGRAM KELAS BIMBINGAN PETANG

Program ini adalah bertujuan membantu menyediakan murid-murid menguasai pelajaran dengan baik.  Program ini merupakan sumbangan ikhlas guru-guru SJK(T) untuk mendekatkan   murid dengan program yang berbentuk perbincangan bagi mengatasi masalah yang timbul.  Seramai 30 murid yang terlibat.

Program ini dijalankan pada hari Isnin, Selasa, Khamis Jumaat selepas waktu   persekolahan iaitu 1.30 hingga 2.30 petang, dan hari Sabtu dari pulul 8.00 pagi hingga 12.30 tegah hari.

 

PROGRAM PERMUAFAKATAN  & PROJEK ANAK ANGKAT

Program ini dilaksanakan untuk mengembelingkan tenaga, komitmen, pengalaman dan kesungguhan guru, PIBG, ibubapa dan murid tahun 6 bagi meningkatkan prestasi murid dalam UPSR.

Satu ceramah keibubapaan diberikan kepada ibubapa dan penjaga manakala ceramah Motivasi Kendiri diberikan kepada murid-murid secara berangsingan pada waktu yang sama.  Di akhir majlis ini, murid-murid tahun 6 akan diserahkan oleh ibu bapa masing-masing kepada guru-guru sebagai ibu bapa angkat dan murid-murid melafazkan ikrar untuk memperolehi 7A UPSR.

 

KELAS TAMBAHAN CUTI SEMESTER

Tarikh Masa Nama Guru Mata Pelajaran
01.09.2000 7.50 - 10.10 CIK V. SUGANTHI BAHASA INGGERIS
10.30 - 12.50 ENCIK MOHAMAD KASSIM BAHASA MELAYU
02.09.2000 7.50 - 10.10 EN. S. NAHINDRAN KUMAR BAHASA INGGERIS
10.30 - 12.50 PN. W.VIJIT MARY MATEMATIK
04.09.2000 7.50 - 10.10 PN. S. PUNITHA BAHASA INGGERIS
10.30 - 12.50 EN. S. THIRUNAVUKKARSU MATEMATIK
05.09.2000 7.50 - 10.10 EN. S. NAHINDRAN KUMAR BAHASA INGGERIS
10.30 - 12.50 EN S. THIRUNAVUKKARSU MATEMATIK
06.09.2000 7.50 - 10.10 PN. J. PUSHA RANI BAHASA TAMIL
10.30 - 12.50 PN/ P. AGUSSAMAH SAINS
07.09.2000 7.50 - 10.10 EN. N. THARMARAJA SAINS
10.30 - 12.50 EN. N. THARMARAJA SAINS
08.09.2000 7.50 - 10.10 PN. J. PUSHPA RANI BAHASA TAMIL
10.30 - 12.50 EN. N. THARMARAJA SAINS
09.09.2000 7.50 - 10.10 PN. S. SANTHA KUMARI BAHASA TAMIL
10.30 - 12.50 PN. W. VIJIT MARY MATEMATIK
10.09.2000 7.50 - 10.10 PN. NORZILA SHARIFF BAHASA MELAYU
10.30 - 12.50 PN. NORZILA SHARIFF BAHASA MELAYU

Program ini bertujuan membantu murrid-murid yang tidak berkemampuan untuk mengikuti kelas tuisyen anjuran pihak swasta.  Selain itu, ianya juga berharap akan dapat memberi manafaat kepada murid dari segi membuat persediaan yang lebih sebelum peperiksaan UPSR

Tenaga pengajar diambil dari sekolah ini juga kerana  memikirkan kehendak , keserasian dan kemampuan guru sekolah ini.  Ia berlangsung seminggu 2 hari iaitu setiap satu sesi selama 2.20 jam.

 

MOTIVASI UPSR

Objektif utama adalah untuk mendedahkan murid dengan teknik-teknik menjawab soalan UPSR dengan betul dan tepat. 

 

len.gif (174308 bytes)

KE MENU ASAL

Hosted by www.Geocities.ws

1