Sun Microsystems, Inc.
SirahOnline KDIM | BankSoalan 

- Sebelum Kenabian
  Berkaitan :
- Kewafatan 'Abdullah
- Kewafatan Aminah
   
   

  

 

IKTIBAR DAN RENUNGAN

 

        Rasulullah SAW dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah itu datuknya pula meninggal. Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah SAW hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa.

 

          Kesemuanya ini bukan berlaku secara kebetulan sahaja tetapi segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah SWT untuk masa depan Rasulullah SAW dan ini adalah sebahagian dari hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Rasulullah SAW ini adalah dari ilham dan latihan ibunya semasa menyusu ataupun hasil dari tunjuk ajar dari bapa dan datuknya, kerana datuknya 'Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan kaumnya, lebih-lebih lagi soal pembekalan makanan dan minuman untuk jama'ah haji adalah di bawah kelolaan dan tanggungjawabnya. Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan menurunkan warisan kepada cucu atau anak di bawah jagaan mereka. 

 

          Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada mereka yang engkar dan bertujuan jahat, kerana Rasulullah SAW telah dibesarkan dan dipelihara jauh dari jagaan dan peliharaan ibubapa. Demikian juga di masa Baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan bani Sa'ad. Selepas datuknya meninggal dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa saudaranya pula, Abu Talib.

 

          Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi dengan penolakan dan keengganan Abu Thalib menerima dan memeluk agama Islam, agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam usaha mengasuh Rasulullah SAW ke arah da'wahnya itu kerana semuanya ini merupakan plot perkembangan yang berkaitan antara satu sama lain yang membawa kedudukan dalam puak kepada kedudukan di dalam kaum dan seterusnya kepada penganjuran yang lebih luas dan pangkat kedudukan yang lebih tinggi. 

 

          Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan Rasulullah SAW hidup dengan keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang cuba memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Oleh itu segala-galanya tidak mendorongkan Baginda ke arah kepenganjuran, yang mana mungkin mengelirukan di antara KENABIAN dengan KEPENGANJURAN dunia yang akan disangka orang kelak sengaja dibuat-buat yang pertama (kenabian) demi untuk mencapai yang kedua (kepenganjuran). 2           

 

 

 
       
Copyright � 2003 SirahOnline.cjb.net. All rights reserved.
KDIM. BankSoalan. Feedback


Hosted by www.Geocities.ws

1