Sun Microsystems, Inc.
SirahOnline KDIM | BankSoalan 

- Halimatus Sa'diyyah
  Berkaitan :
- Rasulullah Dibedah
   
   

  

 

IKTIBAR DAN RENUNGAN

 

        Mengikut apa yang diceritakan oleh ahli sirah, rumah dan perkampungan Halimatus Sa'diyyah telah dilanda kemarau yang dahsyat tetapi kedatangan Rasulullah SAW telah merombak segala-galanya. Tanaman kembali subur menghijau, biri-biri dan unta yang kurus kering dengan hanya kulit yang melekat di tulang-tulang berubah menjadi binatang yang sihat dan gemuk berlemak. Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat Rasulullah SAW di sisi Allah SWT semasa Baginda masih bayi lagi. 

 

          Sebagai contoh penganugerahan Ilahi yang nyata kepada Rasulullah SAW ialah pengurniaan dan limpahan rahmat kepada Halimatus Sa'diyyah yang telah memelihara Baginda. Ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik dan ganjil. Tidakkah pernah kita meminta supaya Tuhan menurunkan hujan di musim kemarau dengan berkat para salihin dan berkat keluarga Rasulullah SAW agar do'a dan permintaan kita itu dikabulkan? Dan bagaimana pula kalau satu tempat itu Rasulullah SAW sendiri berada di dalamnya, maka perkampungan tadi sudah sewajarnya menerima ganjaran dan rahmat Ilahi yang telah sanggup menerima, memelihara dan menyusu Rasulullah SAW. Kehijauan rumput dan tanah menyubur adalah berkat Baginda Rasulullah SAW yang lebih berkesan daripada hujan.

 

          Kalau sebab-musabab itu di tangan Tuhan, maka sudah sewajarnya Rasulullah SAW mendahului segala sebab-musabab dan limpah kurniaNya. Lebih jelas lagi Rasulullah SAW ini adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Tegasnya Allah sendiri telah menyebut di dalam al-Qur'an : Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk 'alam sejagat." (al-Anbiya' : 107). 2          

 

 

 
       
Copyright � 2003 SirahOnline.cjb.net. All rights reserved.
KDIM. BankSoalan. Feedback


Hosted by www.Geocities.ws

1