|
welcome to sinar ilmu site |
|
Kumpulan ini telah dicetuskan oleh Saudara Mohd Rafyiq bin Ramli, selaku pengerusi kumpulan yang bertujuan untuk meneruskan lagi kemahiran-kemahiran kefasilitatoran yang telah dipelajari semasa di universiti bagi membantu pelajar-pelajar sekolah tidak kira sekolah rendah atau menengah dalam mencapai kejayaan dalam akademik serta kemantapan diri mereka dalam sahsiah hidup seharian.Selain itu memudahkan pihak sekolah yang sentiasa mencari tenaga-tenaga fasilitator-fasilitator yang dapat membantu pihak sekolah melaksanakan program dan kursus yang dilakukan untuk pelajar-pelajar sekolah. Kumpulan Sinar Ilmu terdiri daripada siswa dan siswi dari IPT seluruh Malaysia serta para graduan yang telah menamatkan pengajian mereka. Mereka ini telah dilatih menjadi fasilitator semasa di dalam pengajian dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan program-program motivasi tidak kira sama ada dari segi akademik, kepimpinan mahupun kemantapan sahsiah. Diharap Kumpulan Sinar Ilmu akan mampu bersaing dalam bidang kepakaran ini, yang menjadi peluang kepada graduan IPT yang ingin berbakti dan membantu mencapai matlamat satu bangsa yang cemerlang, terbilang dan gemilang. -wassalam- |