Home
Bersama Cikgu Noor
Bersama Abang Sham
Tentang Kami
Album
Tazkirah
Perbincangan
Artikel Komputer
E-Mail Anda
Pertanyaan

 

 

Perisian Komputer

Apakah bahasa komputer atau pengaturcaraan yang paling meluas digunakan sekarang.

Pada masa kini terdapat beberapa bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk membangunkan aplikasi-aplikasi yang baik antaranya ialah seperti Visual Basic, Delphi, C++, Visual C++, Visual J++ dan Java. Bahasa-bahasa yang disebutkan ini kebanyakannya adalah untuk sistem pengoperasian Windows sahaja, terdapat lagi bahasa-bahasa tertentu untuk sistem pengoperasian yang lain. Oleh kerana semakin banyak bidang-bidang perniagaan, pendidikan, perubatan dan sebagainya yang mengaplikasikan teknologi maklumat (IT) dalam operasi mereka, maka banyaklah perisian-perisian penyelesaian diperlukan. Ini membuka peluang kepada sesiapa yang kreatif, rajin dan berkemahiran untuk membangunkan aplikasi berkenaan. 

Adakah Java hanya untuk Windows sahaja? 

Bahasa Java sebenarnya bukan sahaja dapat digunakan untuk sistem pengoperasian Windows tetapi juga untuk lain-lain pelantar (platform). Java merupakan bahasa pengaturcaraan yang tidak bergantung kepada pelantar yang digunakan, oleh itu aplikasi yang dibangun menggunakannya boleh dijalankan pada semua sistem pengoperasian. 

Adakah bahasa pengaturcaraan Java sama seperti bahasa-bahasa yang sedia ada sekarang atau sebaliknya?  

Java agak berbeza dengan bahasa-bahasa yang sedia ada. Bagaimana pun ramai yang berpendapat, jika anda boleh menguasai bahasa C dan C++, maka senanglah untuk mempelajari Java. 

Pada pandangan anda apakah perniagaan yang boleh disertai dalam bidang IT atau untuk ambil bahagian dalam MSC. 

Industri teknologi maklumat sedang berkembang pesat, lebih-lebih lagi dengan usaha kerajaan mewujudkan projek MSC disamping pelbagai inisiatif yang diberikan kepada usahawan IT. MSC menawarkan pelbagai peluang perniagaan kepada mereka yang kreatif, inovatif dan pandai mengambil peluang. Selain daripada tujuh aplikasi perdana yang menjadi tunggak kepada MSC, terdapat juga `aplikasi penunjukcara' yang terbuka kepada sesiapa sahaja untuk terlibat membangunkannya termasuk individu. 

Anda juga mungkin boleh mewujudkan perkhidmatan penggunaan Internet seperti `cyber cafe', menawarkan perkhidmatan mengarang laman Web untuk syarikat-syarikat yang berminat, membuat persembahan berkomputer untuk promosi produk tertentu dan sebagainya. Sebenarnya terdapat maklumat dan idea-idea tentang perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan di dalam dunia IT boleh dicari menerusi Internet atau berbincang sesama pengguna Internet menerusi Newsgroup. 

Apakah aplikasi penunjukcara (demonstrator application)

Aplikasi penunjukcara merupakan aplikasi-aplikasi kecil yang lebih mengkhusus dan menjadi pelengkap kepada aplikasi yang lebih besar (aplikasi perdana MSC). Terdapat pelbagai contoh aplikasi ini yang boleh dibangunkan termasuk menghasilkan perisian untuk sesuatu sistem, menyediakan kandungan tempatan menerusi Internet, mewujudkan pengkalan data tentang maklumat pertanian dan sebagainya. 

Apakah yang dimaksudkan dengan EPOS?  

EPOS adalah kependekan bagi `electronic-point-of-sales'. `Point-of-sales' biasanya merujuk kepada terminal atau mesin pengira wang (seperti yang digunakan di kaunter-kaunter pusat membeli-belah). Oleh itu EPOS pula merujuk kepada terminal pengira wang yang menggunakan sistem elektronik ataupun berkomputer, yang mungkin dihubungkan ke sistem rangkaian komputer lain yang lebih besar (mungkin ke bilik kawalan, gudang stok atau sebagainya).

Microsoft Windows
95/98

Ketika menukarkan gambar di Desktop Themes, komputer memberikan ralat `This program has performed an illegal operation and will be shut down'. Bagaimana perkara ini terjadi.

Amaran `illegal operation' itu mungkin terhasil akibat kerosakan pada fail-fail yang berkaitan dengan aplikasi Desktop Themes. Untuk membaikinya, mula-mula lakukan pemeriksaan ke atas fail dan strukturnya dalam cakera keras (harddisk) menggunakan `Scandisk' atau `Norton Disk Doctor'. Jika langkah tersebut gagal untuk memperbetulkan keadaan, anda perlulah memasang (install) kembali aplikasi tersebut yang merupakan sebahagian daripada pakej `Microsoft Plus'. Agak sukar untuk mencari punca kerosakan seperti ini tetapi salah satu kemungkinannya ialah pemasangannya (installation) yang kurang sempurna. 

Bagaimana mengembalikan ciri-ciri autoplay untuk CD audio dan perisian lain.

CD-ROM anda tidak melaksanakan `autoplay' mungkin kerana `setting'nya secara tidak sengaja telah diubah. Untuk memeriksanya, anda boleh dwiklik pada My Computer, ambil menu View - Options - File Types. Klik pada AudioCD kemudian klik Edit - Play - Set Default. Selesaikannya dengan klik OK. Kemudian pastikan juga peranti (device) CD-ROM dipaparkan dalam Settings -Control Panel -System -Device Manager. Dwiklik pada ikon peranti CD-ROM, di bahagian `Setting' pastikan pilihan `Auto insert notification' di tandakan.

Bolehkah komputer 386SX 33MHz dengan paparan monitor monochrome menggunakan Windows 95.

Sistem pengoperasian Windows 95 boleh digunakan pada paparan monitor monochrome tetapi oleh kerana anda menggunakan sistem 386SX, anda masih tidak dapat menggunakannya kerana keperluan minimum Windows 95 adalah sistem 386DX ataupun 486DX. 

Adakah sejenis virus yang menyerang melalui elektrik?  

Virus sebenarnya adalah satu aturcara komputer yang tersembunyi dan `berjangkit' melalui perlaksanaan aturcara atau arahan sistem tertentu, contohnya arahan untuk membaca, menyalin atau mengimbas fail. 

Secara praktikalnya virus tidak dapat merebak melalui elektrik kerana talian elektrik tidak mengalirkan data. Sebaliknya, virus merebak melalui penggunaan disket yang tidak terkawal seperti berkongsi disket dengan kawan, menggunakan disket di pusat/makmal komputer yang tidak dilindungi perisian anti virus dan menggunakan perisian cetak rompak. Ia juga boleh merebak melalui pemindahan terima (download) fail daripada Internet tanpa pengawasan anti virus. 
Tetapi sekiranya suatu hari nanti, kabel punca kuasa elektrik berupaya digunakan untuk penghantaran data, tidak mustahil virus boleh merebak melaluinya.

Setiap kali selepas menyimpan (save) dokumen dalam MS-Word 95, mesej `Have a nice day!' akan dipaparkan. Apakah ini sejenis virus dan bagaimana untuk mengatasinya? 

Ya, mesej tersebut adalah dari virus jenis Word Macro/Nice Day yang banyak menyerang dokumen-dokumen yang ditulis menggunakan Word. Untuk mengatasinya, anda harus mendapatkan perisian antivirus seperti Dr. Solomon, Pc-Cillin, Armour dan sebagainya. 

Bolehkah `Bad Sector' diperbaiki dengan mana-mana anti virus? 

Ia tidak boleh diperbaiki dengan perisian antivirus, namun jika anda merasakan ianya adalah akibat virus, anda boleh cuba mengesannya dengan perisian-perisian antivirus. 

Apa itu Linux ?

Linux adalah Operating System ( OS ) seperti juga MS-DOS, Windows 95, Windows NT dll. Linux juga dikenali sebagai 'UNIX Clone'. Secara teknikal Linux bukanlah UNIX, hanya cara operasinya 'seakan' UNIX dan ia dihasilkan oleh Linus Torvald dalam tahun 1991. Sejak itu ia telah berkembang pesat bersama kemajuan Internet keseluruh dunia. Linux telah dilesenkan dibawah GNU - General Public Licence.

Apa itu Operating System

Operating System atau Sistem Pengoperasian berfungsi sebagai pengantara diantara pengguna (manusia) dengan mesin (komputer). Arahan-arahan yang diberi oleh pengguna diterjemah oleh Operating System tersebut supaya dapat di fahami oleh komputer, dengan itu komputer seolah-olah faham akan arahan atau kehendak pengguna tadi dengan melaksanakan tugas atau arahan yang diterima tersebut..

Apa pula UNIX itu ?

UNIX juga merupakan OS, ianya adalah OS yang mempunyai ciri-ciri terbaik disegi keselamatan, pelbagai-guna dan digandingkan dengan Komputer berkapasiti tinggi. Ia pula mempunyai berbagai versi mengikut pengeluarnya. Ia pula agak rumit untuk dipelajari bagi kebanyakan pengguna yang baru mengenali komputer.

Mengapa Linux ?

Secara rengkasnya bolehlah dinyatakan sebagai berikut :

  • Linux boleh beroperasi pada komputer 386, 486 dengan RAM 4MB dengan prestasi lebih baik dari DOS dan Windows. Oleh itu PC lama anda samada 386 atau 486 masih boleh dimanfaatkan sedangkan Microsoft Windows 98 mencadangkan penggunaan Pentium 100 dengan RAM sekurangnya 16MB.

  • Linux diedarkan bersama 'source code' yang boleh dubahsuai oleh juruprogram bagi menjalankan tugas khusus yang dirancang bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kos Linux

  • Linux 'distribution' adalah percuma, boleh di download dari Internet. Ramai pengguna memilih untuk mendapatkan bantuan semasa penggunaanya, dengan itu mereka sanggup membayar sedikit bayaran perkhidmatan seperti yang disediakan oleh pelbagai syarikat seperti Caldera, Red Hat dan Slackware.

Sumber :

www.pertinam.cjb.net

Sign Guestbook

View Guestbook


Best viewed with IE 800x600
Copyright © 2003 Webmaster All rights reserved.

Hosted by www.Geocities.ws

1