|










|
|
PANDUAN MEMBELI KOMPUTER
Sebelum membeli komputer anda perlu
"menyiasat" ciri-ciri yang diperlukan: RAM (random-access memory),
kelajuan pemproses, keupayaan grafik, ruang cakera keras dan
sebagainya. Sebagai permulaan, lihat beberapa maklumat berikut.
-
Pilih kedai yang khusus,
kedai barangan elektronik, rangkaian jualan, pembina komputer
tempatan, tempahan melalui pos atau pengusaha internet, berdasarkan
perkakasan dan khidmat yang anda perlukan.
-
Beli hanya apabila anda
benar-benar perlu. Tidak kira berapa lama anda menunggu untuk
mendapatkan tawaran harga yang terbaik, dengan ciri-ciri yang sama,
harganya akan susut dalam jangkamasa enam bulan.
-
Buat keputusan ciri-ciri yang
anda perlukan berdasarkan apa yang akan anda buat dengan komputer
itu nanti. Sebagai contoh, jika anda merancang menggunakannya
untuk mereka grafik, bunyi dan video, anda memerlukan lebih banyak
RAM. Jika anda memerlukannya untuk membuat banyak kerja-kerja yang
"computational" (contohnya; mencari melalui pangkalan data yang
besar atau menonton video), anda akan memerlukan pemproses yang
berkuasa hebat.
-
Buat keputusan jenis komputer
yang anda perlukan, samada anda memerlukan komputer riba
(laptop), yang boleh dibawa ke mana-mana, atau komputer meja.
-
Pilih jenama komputer
berdasarkan kualiti, harga dan khidmat bantuan teknikal yang
ditawarkan.
-
Berdasarkan keperluan yang
anda suka dan tetapkan, anggarkan konfigurasi utama yang anda
perlukan, termasuklah pemproses (AMD atau Intel Celeron atau
Intel Pentium III/IV), kelajuan (900Mhz atau 1.0 GHz atau lebih),
jumlah RAM (64MB atau 128MB atau lebih) dan saiz pemacu keras (10 GB
atau lebih), dan monitor (15" atau 17" - CRT atau panel rata) .
-
Tentukan pemacu tambahan yang
anda perlukan: pemacu CD-ROM, DVD-ROM, perakam CD-RW, Zip dan
sebagainya.
-
Pilih persisian dan perkakasan
tambahan seperti modem, kad bunyi (sound card), kad video (video
card) dan pembesar suara.
-
Pastikan berapa banyak slot
kad dalaman (internal card slots) tambahan dan ruang pemacu
cakera yang anda perlukan bagi memberi lebih ruang untuk perluasan
atau peningkatan keupayaan komputer anda pada masa akan datang.
-
Tetapkan apakah perisian
pra-pasang (pre-installed) yang anda mahu atau perlukan.
Sekurang-kurangnya dapatkan sistem pengoperasian, seperti Windows,
program anti-virus, dan program pemprosesan kata (word processing),
spreadsheets dan pangkalan data.
-
Pilih jangkamasa jaminan atau
khidmat yang diliputi berdasarkan keperluan anda.
PERHATIAN!
-
Sentiasa mengambil tahu tentang
perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang
produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam
majalah-majalah atau melalui internet. Dapatkan maklumat tentang
apakah perkakasan dan perisian yang termasuk dalam model yang anda
inginkan dan jadikannya sebagai asas untuk membandingkan harga.
Tanya "apa yang kurang?", jika harganya lebih rendah.
-
Fahamilah bahawa RAM adalah
tempat sementara di mana komputer anda menyimpan data-data untuk
diproses. Walaupun lebih banyak RAM lebih baik, anda tidak perlu RAM
yang banyak jika anda menghadkan penggunaan komputer hanya untuk
membuat tugasan yang mudah (pemprosesan kata, memeriksa baki).
-
Permainan komputer memerlukan
banyak RAM; grafik dan bunyi memerlukan lebih lagi.
-
Pemproses masa kini biasanya
cukup laju untuk semua, melainkan aplikasi yang memerlukan lebih
kuasa, seperti streaming video.
Sumber :
http://www.teennet.com.my/art_92.html
|