Hari Pelanggan
ePerolehan 2003
Mendapat Sambutan
Menggalakkan!!
Hari
Pelanggan ePerolehan yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
bekas Perdana Menteri Malaysia di Kementerian Kewangan pada 27-31 Oktober 2003
telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para syarikat yang
berminat untuk membuat urusniaga dengan Kerajaan.
Ini
terbukti dengan jumlah kehadiran sebanyak 1,335 syarikat yang menghantar
wakil-wakil mereka untuk mendapat penerangan lanjut mengenai ePerolehan serta
mengetahui cara-cara untuk syarikat mereka bersedia dengan segera.
Di sini pihak
ePerolehan ingin mengucapkan terima kasih kepada pembekal yang hadir di Hari
ePerolehan ini dan juga sokongan yang diberikan dengan mengambil
langkah-langkah awal untuk bersedia menggunakan ePerolehan.