Surat Pekeliling 

Bil. 5 Tahun 2003

Perlaksanaan Perolehan 

Kerajaan Melalui Sistem 

ePerolehan

 

Surat Pekeliling 

Perbendaharaan 

(SPP) ini bertujuan 

untuk meluas dan 

mempercepatkan

perlaksanaanePerolehan

serta pembayaran 

melalui semua agensi 

KerajaanPersekutuan.

 

 Semua PTJ yang 

telah ePerolehan 

enable disyaratkan 

membuat pembelian terus daripada 

pembekal/syarikat yang telah ePerolehan 

enable dan 

mempunyai katalog 

bekalan/perkhidmatan 

dalam sistem ePerolehan. Semua pesanan tempatan hendaklah dikeluarkan melalui sistem ePerolehan. 

Pembekal/syariakt 

yang tidak ePerolehan 

enable dan  tidak 

mempunyai katalog 

tidak dibenarkan 

membekal kepada

agensi Kerajaan yang telah ePerolehan enable.

 

 Selain Modul 

Kontrak Pusat dan 

pembelian Terus, modul Sebut Harga, dan Tender melalui sistem ePerolehan 

telahpun dilancarkan

Bagi  perolehan  

pembekal/perkhidmatan 

melalui sebut 

harga/tender 

yang tidak diuruskan dibawah sistem eperolehan, 

agensi hendaklah 

menghantar maklumat 

mengenaisemua keputusan sebuat 

harga/tender seperti di lampiran kepada 

Commerce Dot 

Com Sdn. Bhd. untuk 

dimasukkan ke dalam sistem eperolehan. 

Agensi lain boleh 

menggunakan maklumat 

tersebut untuk menguruskan perolehan  secara sebut 

Harga/Tender di bawah sistem eperolehan

 

Sistem ePerolehan ini juga sedang diintegrasikan dengan sistem eSPBK secara berperingkat untuk pembayaran secara elektronik. Mana-mana PTJ yang telah ePerolehan enable dan eSPBK enable hendaklah menggunakan tatacara perolehan dn bayaran yang di tetapkan untuk kedua-dua sistem ini.

 

Peraturan pembelian terus di bawah SPP Bil. 4 tahun 2002 dibenarkan sehinnga 31 Disember 2004. Kemudahan tersebut akan diperketatkan selepas tarikh tersebut di mana keutamaan akan diberi kepada mereka yang ePerolehan enable.

 

Mana-mana pembekal/syarikat yang membelakangi peraturan di atas tidak akan diluluskan bayaran.

 

Berhubung dengan connectivity, walaupun EG*Net telah di pasang, semua PTJ hendaklah memasang talian internet untuk kemudahan reduandancy.

 

SPP ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua PTJ yang telah ePerolehan enable

 

Sekian, Terima Kasih.

 

"Berkhidmat Untuk Negara"

Hosted by www.Geocities.ws