Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w 
bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu 
Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan 
dilakukan secara terang-terangan. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
Beberapa hari sebelum munculnya hari Kiamat, ilmu Islam dihapuskan, 
timbulnya kejahilan dan banyak berlaku jenayah terutama jenayah 
pembunuhan. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w 
bersabda: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul 
berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. 
Sahabat bertanya: Apakah jenayah yang dimaksudkan? Rasulullah s.a.w 
bersabda: Iaitu jenayah pembunuhan. [Bukhari & Muslim]

menu

Hosted by www.Geocities.ws