Hadis dari Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: 
Seorang lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu 
dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang 
perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala 
puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina.

Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan 
meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai mula 
memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki 
itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku 
telah aku berikan kepada seorang yang kaya.

Aku akan bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai 
seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku! 
Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada 
seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia 
didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya:

Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu 
membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah 
kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana 
sedekahmu itu. [Bukhari/Muslim]



menu

Hosted by www.Geocities.ws