Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Nabi s.a.w sering berdoa
ketika sembahyangnya dengan berkata: yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku
memohon perlindungan kepadaMu daripada siksa kubur dan aku memohon perlindungan
kepadaMu daripada fitnah Dajjal. Aku juga memohon perlindungan kepadaMu daripada
fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepadaMu
dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada
Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang
wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena
beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia
akan mengingkari. [Bukhari & Muslim]