Selamat Datang Ke www.at2u.com Laman Niaga Anda........ Last update 13 Feb 2004








Text Box:   Maklumat Am

 

 

Text Box: Tanya Penasihat
 
Bagaimana kita ingin
menilai setiausaha syarikat yang baik ??
 
Bagaimana cara menukar setiausaha sekarang kepada yang lain ??
Text Box: Maklumat Penting
 

Surat Pekeliling Bil. 5 Tahun 2003
 Perlaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan.
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk meluas dan mempercepatkan perlaksanaan ePerolehan serta pembayaran melalui semua agensi Kerajaan Persekutuan.
Semua PTJ yang telah ePerolehan enable disyaratkan membuat pembelian terus daripada pembekal / syarikat yang telah ePerolehan enable dan mempunyai katalog bekalan / perkhidmatan dalam sistem ePerolehan. Semua pesanan tempatan hendaklah dikeluarkan melalui sistem ePerolehan. Pembekal / syarikat yang tidak ePerolehan enable dan tidak mempunyai katalog tidak dibenarkan membekal kepada agensi Kerajaan yang telah ePerolehan enable.
Selain Modul Kontrak Pusat dan pembelian Terus, modul Sebut Harga, dan Tender melalui sistem ePerolehan telahpun dilancarkan Bagi perolehan pembekal / perkhidmatan melalui sebut harga / tender yang tidak diuruskan dibawah sistem eperolehan, agensi hendaklah menghantar maklumat mengenaisemua keputusan sebuat harga / tender seperti di lampiran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. untuk dimasukkan ke dalam sistem eperolehan. Agensi lain boleh menggunakan maklumat tersebut untuk menguruskan perolehan secara sebut Harga / Tender di bawah sistem eperolehan Sistem ePerolehan ini juga sedang diintegrasikan dengan sistem eSPBK secara berperingkat untuk pembayaran secara elektronik. Mana-mana PTJ yang telah ePerolehan enable dan eSPBK enable hendaklah menggunakan tatacara perolehan dn bayaran yang di tetapkan untuk kedua-dua sistem ini.
Peraturan pembelian terus di bawah SPP Bil. 4 tahun 2002 dibenarkan sehinnga 31 Disember 2004. Kemudahan tersebut akan diperketatkan selepas tarikh tersebut di mana keutamaan akan diberi kepada mereka yang ePerolehan enable. Mana-mana pembekal / syarikat yang membelakangi peraturan di atas tidak akan diluluskan bayaran. Berhubung dengan connectivity, walaupun EG*Net telah di pasang, semua PTJ hendaklah memasang talian internet untuk kemudahan reduandancy. SPP ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua PTJ yang telah ePerolehan enable Sekian, Terima Kasih.
"Berkhidmat Untuk Negera" 

Up | Down | Top | Bottom

Text Box:  
MyKatalog.com
electronic marketing through the internet
( emagin™ )
 

    MyKatalog.com merupakan satu perkhidmatan Internet yang berkomited untuk menyediakan kepada perniagaan-perniagaan yang mempunyai e-dagang sebagai salah satu daripada pelan kerja mereka dengan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk mengurus, menyelenggara dan memaparkan produk dan perkhidmatan mereka.

    Syarikat ini beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak syarikat Internet Business Group Pvt. Ltd. 

   MyKatalog.com merupakan rakan kongsi pengurusan katalog emagin™: electronic marketing through the internet. emagin™ merupakan satu kumpulan syarikat yang fokus kepada aplikasi dagang elektronik yang akan memperbaiki rangkaian pemasaran dan pulangan pelaburan untuk semua jenis perniagaan.

    MyKatalog.com sebagai pemimpin dalam bidang pengurusan katalog elektronik dengan sistemnya yang fleksibel dan intuitif, membenarkan produk dan perkhidmatan dari spektrum industri yang luas diurus dengan mudah. 

    Intelligent Attribute Generator™ merupakan ciri utama sistem ini yang akan prom pengguna untuk memasukkan maklumat spesifik mengenai item-item mereka mengikut jenis item mereka. 

   Dengan berbuat demikian, sistem pengurusan katalog mampu menyediakan kepada para pembeli maklumat item yang konsisten bagi pelbagai pembekal. Ini membolehkan pembeli mudah membuat perbandingan dan jaminan semasa membeli sesuatu item. 

Commerce Dot Com dan ePerolehan telah memilih MyKatalog.com sebagai pembekal perkhidmatan pengurusan katalog kepada para pembekal.

Hosted by www.Geocities.ws

1