TAHAP PENGGUNAAN E-JURNAL DI PERPUSTAKAAN UiTM JOHOR

(dated = Mac 2004)

by

Abdul Razak Abu

Che Zainab Hj Abdullah

Zailani bin Shafie



ABSTRAK

Maklumat sentiasa berkembang dan dalam pelbagai media serta bentuk. Masyarakat Universiti sentiasa dahagakan maklumat dan pihak perpustakaan berusaha untuk memenuhi selera maklumat penggunanya. Jurnal elektronik atau e-jurnal adalah alternatif kepada sember maklumat yang penting berasaskan perkembangan di dalam teknologi maklumat masakini.

Kajian ini mengupas serta menilai tahap penggunaan sumber maklumat elektronik ini dikalangan pengguna perpustakaan iaitu pensyarah serta para pelajar di UiTM Kampus Segamat. Kajian juga melihat kepentingan serta potensi e-jurnal di dalam proses pembelajaraan pelajar dan nilai pengajaran serta penyelidikannya kepada pensyarah.

Hasil kajian mendapati bilangaan penggunaan e-jurnal yang disediakan oleh pihak Perpustakaan agak tinggi bagi pensyarah tetapi masih rendah bagi para pelajar. Rata-rata responden berpendapat perkhidmatan e-jurnal adalah penting kepada mereka di dalam proses pembelajaran dan penyelidikan dan mencadangkan penambahan komputer serta judul e-jurnal sediada di Perpustakaan.


kembali

Hosted by www.Geocities.ws

1