Fakulti Pengajian Maklumat
Pintu memperolehi ilmu itu adalah dengan cara membaca. Budaya membaca wajib sentiasa dipupuk dan diberi galakan dimana juga manusia berada dan selagi mana manusia itu bergelar manusia. Tahun 1998 Dato� Seri Dr. Mahathir mengistiharkan tahun membaca diikuti dengan Tema Hari Guru mengistiharkan �Guru Pengasas Budaya Ilmu�. Budaya Ilmu walaupun asasnya adalah dari tabiat membaca buku tetapi penyuburan budaya ilmu adalah lebih luas daripada itu seperti dari pemerhatian, perbincangan dan pendengaran.
Tamadun Yunani seperti ahli falsafahnya bernama Socrates meletakkan ilmu sebagai keutamaan tertinggi dan menganggapkan segala kejahatan berpunca dari kejahilan, bagi mereka tanpa ilmu yang sebenar amalan baik adalah mustahil. Bagi tamadun Cina, istana mengiktiraf dan mengangkat seorang cendekiawan negara setelah melalui beberapa perperiksaan dan kemudiannya menjadi rujukan kepada pentadbiran negara. Mahzab Konfuciunisme Baru menekankan ilmu dalam bentuk amalan yang boleh dipratikkan. Bagi system sosial Hindu sistemnya lebih tertutup perkembangannya dipelopori oleh golongan agama terutama dari golongan Brahmin. Barat rata-ratanya memisahkan urusan dunia dengan akhirat dan ilmu adalah untuk tujuan teknologi, servival dan kadangkala lebih kepada mencari popularity. Etika dan peradaban manusia seringkali dilupakan, sebagai contoh terkini adalah isu pengklonan manusia yang melanggar tatasusila kemanusiaan itu sendiri. Ini digambarkan oleh seorang tokoh pemikiran islam moden iaitu Muhammad Iqbal yang menyebut:
�Jika tidak ditundukkan ilmu barat dengan kekuatan fizikalnya kepada Deen. Maka ia akan bersifat syaitan, jelas dan senang mereka melakukan semahu mereka�terpisah dari sumber agama�
Islam amat jelas ilmu yang haq itu adalah bersumberkan dari Al-Quran dan Sunnah Rassullah saw. Ini dibuktikan dengan wahyu Allah yang pertama mencabar semua makhluk di dunia dengan perkataan �Iqra� iaitu bacalah. Ilmu yang haq dan benar itu mestilah berpaksikan kepada Al-Quraan dan Sunnah Rassulullah saw. Takrifan yang masih relevan hingga kini tentang Ilmu yang dibawa oleh Fakhruddin al-Razi dan diperbaiki oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Alttas iaitu;
�Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ilmu adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu�
Kung Fu-Tse menyebut �Anda akan tersesat jika belajar tanpa berfikir; tetapi jika berfikir tanpa belajar, anda berada dalam bahaya�
Islam mewajibkan setiap umatnya menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Islam meletakkan orang berilmu amat tinggi di sisi Allah swt. Tamadun Islam mengangkat seorang ilmuan itu amat tinggi tingkatannya. Sejarah bagi seorang tokoh cendekiawan Islam itu tidak menjadikan dunia sebagai penghalang untuk mendapatkan ilmu dan hingga kehari ini pahala mereka sentiasa berterusan selagi mana ilmu mereka dimenafaatkan oleh manusia. Apakah tokoh muda mudi dan pelajar kita di zaman ini? Saya yakini semua telah mengetahui jawapannya. Menjadi lebih malang lagi jika sekitaran kehidupan pada hari ini tidak terpupuk dan tidak memberangsangkan dalam membudayakan ilmu. Bibit-bibit kerosakkan sesuatu tamadun itu bukan sahaja ilmu tidak disuburkan, muda mudi lebih cenderung kepada hiburan dan hidup bermasyarakat tidak lagi diutamakan. Mencari salah sesama sendiri dan menyuburkan perselisihan membawa rebah menjadi budaya masyarakat. Lebih-lebih lagi malangnya apabila pemimpin dan ilmuan sekadar mencari makan dan hanya tinggal berteori dan tidak berminat mengamalkan dan menyatakan kebenaran. Zaman itu Abdullah Munsyi mengungkapkan sebagai;
�Belalang telah menjadi (he)lang dan pepijat pun telah menjadi kura-kura, dan cacing pun telah menjadi ular naga�Maka jikalau hina dan bodoh sekalipun asal ada harta, nescaya akan pandai dan termulia: maka jikalau pandai dan termulia, tetapi jika tiada berharta nescaya terhina juga�
Tanpa ilmu akan timbul bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini akan banyak melahirkan kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia. Jalan ilmu ini adalah payah, rumit dan mahal; tetapi kejahilan lebih sukar dan mahal lagi untuk membayarnya.