GUNAKAN TANPA WAS-WAS
 
   MENU>> Laman Utama :: Khidmat :: Produk :: Hubungi Kami :: FAQ
  
  JADILAH JUTAWAN YANG BERILMU
menawarkan kursus yang mudah dan senang untuk difahami selok belok perniagaan internet dgn modal yang minima.

MENCARI PRODUK DARIPADA MINYAK  ZAITUN?

 
View My Stats
 

MANA LAGI KALAU TIDAK DI seriolive.com

 
  buah zaitun
 

Kebanyakan kita mungkin tidak mengenali bagaimana bentuk buah zaitun. Kita biasa mendengar atau mengetahuinya paling tidak apabila kita membaca Al-Quran melalui surat At-Tin yang menyebut buah tin dan zaitun. Di dalam surah tersebut Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun. Apakah keistimewaannya buah tin dan zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya.

Riwayat dari Abu Dzar r.a ;

Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan.

Kemudian baginda SAW bersabda:

“Kalau aku perkatakan inilah dia, kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.” 

 
  pokok zaitun  
  Sejarah Buah Zaitun  
 
  • Greek dan Syiria adalah Negara yang terawal mengusahakan penanaman pokok zaitun lebih daripada 5000 tahun yang lalu.

  • Perkataan ‘olive’(zaitun) secara beransur-ansur berkembang bermula dari Greek, elaiwa kepada elia kepada maslina kepada olajbogyo kepada olivia dan akhirnya olive.

  • Manakala di dalam Al-Quran juga telah disebut di dalam surah At-Tin, iaitu zaitun.

  •  Di dalam bidang masakan, minyak zaitun telah digunakan sebagai minyak masak, pencelup roti dan kuah salad.

  • Kegunaan lain minyak zaitun termasuk sebagai losyen, sabun, perubatan, tonik rambut dan kulit, panau salap, minyak lampu pelita dan lain-lain lagi.

 

 
  Bagaimana Ia Berkembang Di Pasaran Dunia   
 
  •  Penanaman pokok-pokok zaitun ini telah berkembang ke Mesir, Lubnan, Liberia, Greece, Tunisia, Arab, Itali, Sepanyol dan Perancis- selain daripada buahnya yang diproses menjadi minyak, pokoknya juga berguna untuk tujuan pembinaan.

  •  Sekian abad lamanya, pokok-pokok zaitun ini telah di bawa ke Kepulauan Caribbean, Peru, Chile, Argentina, Brazil, Mexico dan akhirnya pada 1769 ke California, Amerika Syarikat.

 
  lakaran buah zaitun  
  Antara Lain Khasiat Buah Zaitun :   
 
  •  Membaik pulihkan perut.

  •  Mengeluarkan cacing.

  •  Menjadi penawar racun..

  • Minyaknya menghaluskan kulit.

  • Minyaknya melambatkan tumbuh uban.

  • Minyaknya apabila dicampurkan dengan garam boleh menghilangkan melecur terkena api.

 
   

                                                                                     

   MENU>> Laman Utama :: Khidmat :: Produk :: Hubungi Kami :: FAQ

hakcipta seriolive.com

Hosted by www.Geocities.ws

1