PENGENALAN
============

Di dalam dunia ini, kita hidup dengan berbagai-bagai makhluk tidak kira sama ada kita dapat melihatnya atau pun tidak. Pernahkah anda fikir di mana mereka tinggal. Di sini, saya akan selitkan maklumat yang tidak akan terdapat di mana-mana. Berkenaan jin, syaitan, makhluk halus dan juga khianat seseorang kepada sesama manusia.

Walaubagaimana pun janganlah terlalu percaya sangat sehingga lupa kepada tuhan yang mencipta kita iaitu Allah SubhanahuwaT'aala yang satu. Kerana ini mendatang syirik sehingga boleh membawa kekufuran. Saya harap serba sedikit ia akan menginsafkan kita daripada melakukan perbuatan mungkar dan di larang oleh Allah.
 


 
 

Bersetubuh Dengan Hantu Penanggal



KAJANG, Selangor. Sepasang suami isteri begitu terkejut apabila mengetahui anak perempuannya adalah hantu penanggal. Anak gadis yang dijumpai beberapa tahun lalu terus dijadikan anak angkat pasangan tanpa berfikir panjang. Kebetulan pada masa itu, mereka belum di kurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin. Di pelihara gadis itu seperti menatang minyak yang penuh. Segala keinginannya cuba di penuhi. Malah mereka merasa bangga setiap kali orang kampung memuji kecantikkan anaknya. Bukan setakat cantik rupa paras, malah budi bahasa anak gadisnya disenangi oleh penduduk kampung.

Namun segala rahsia mengenai gadis tersebut terbongkar apabila dia berkahwin dengan seorang guru muda yang mengajar di kampung terpencil setelah keluarganya berpindah ke situ. Kejadian itu di sahkan oleh Kak Mayang sendiri salah seorang pengamal perubatan tradisional. Cerita Kak Mayang, Syahid(bukan nama sebenar) berasal dari kota dan telah di tugaskan di sebuah kampung terpencil. Syahid, pemuda tampan yang pada mulanya tidak selesa tinggal di kampung yang masih mundur, di kelilingi hutan dan tiada kemudahan air paip. Meskipun ada api elektrik, itupun hanya beberapa buah rumah saja yang ada.

Dia seorang guru lepasan universiti. Setelah mengajar beberapa bulan, dia pun membeli sebuah kereta. Megahlah dia dengan kereta barunya. Ramai pelajar perempuan dan gadis di kampung itu berkenan padanya. Tapi,Syahid langsung tidak pandang sebelah mata. Dia tidak sudi berkawan dan bercinta dengan gadis kampung. Kalaupun dia mahu beristeri pasti dia akan pulang melamar gadis kota. Takdirnya pada satu hari satu keluarga berpindah tidak berapa jauh dari rumah sewanya. Pakcik dan makcik tua itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik, baik rupa parasnya. Berkulit putih, bertubuh kurus tinggi dan berambut panjang melepasi punggung. Pertama kali melihatnya jantung dan dada Syahid berdebar-debar tak menentu. Setiap saat, wajah dan diri perempuan itu terbayang di ruang matanya. Apakah dia sudah jatuh cinta dengan perempuan tersebut. Tidak mungkin. Dia mahu menolak kenyataan itu. Dia tidak mahu jatuh hati dengan gadis kampung.

Namun godaan perempuan anak jirannya itu terlalu kuat. Entah ilmu apa yang dipakainya pun dia tak tahu. Akhirnya, Syahid berkahwin dengan perempuan itu. Bininya memang kuat nafsu. Setiap malam pasti membuat dia terkapai kelemasan. Kenikmatan yang di perolehi dari bininya tidak pernah di rasai sebelum ini. Bininya benar-benar hebat di dalam kamar tidur.Setelah berkahwin dia jarang sekali menjenguk keluarganya di bandar. Dia rasa malas malah kaki pun seolah-olah berat untuk pulang ke rumah. Emak dan ayahnya juga tidak tahu yang dia telah berkahwin. Hanya orang kampung dan beberapa rakan setugasnya sahaja yang menghadiri majlis perkahwinannya. Macammanapun Syahid merasa bangga bila ramai orang memuji kecantikan isteri kesayangannya itu.

Walaupun ramai orang pelik dengan bininya, tetapi tidak bagi Syahid. Dia sebolehnya tidak mahu mana-mana lelaki pun melihat bininya, bukan sahaja dia cemburu tapi takut lelaki lain merampas bininya nanti. Dia amat sayang dan cintakan bininya. Perasaan itu terbit setelah dia melakukan hubungan seks dengan bininya. Itulah yang anehnya. Tiba-tiba satu kampung gempar bila dua tiga orang perempuan bersalin mati kehilangan darah. Orang kampung merasa pelik dan hairan. Dari dua tiga orang sampailah ke sepuluh orang. Orang kampung mula resah. Mana-mana orang yang ada bini yang sedang sarat mengandung mula menaruh rasa bimbang. Orang kampung mula bermesyuarat dan menjalankan penyiasatan. Semuanya bersepakat menyatakan yang bini Syahid yang lawa itu punya angkara. Bila di beritahu pada Syahid, dia tidak percaya malah menafikan sekeras-kerasnya.

"Takkanlah bini saya itu hantu Pak Su. Dia manusia. Orang kata hantu tak ada kaki. Tapi bini saya ada kaki,"kata Syahid. "Cikgu, hantu banyak jenisnya. Jangan cikgu tertipu. Bila balik cuba perhati betul-betul semua gerak-gerinya," nasihat Pak Su seorang tua yang berilmu di kampung itu. Syahid terdiam dan bila pulang ke rumah jenuh di perhati gerak geri isterinya. Pun tiada yang pelik. Dia lihat isterinya begitu cantik serta sempurna. Seksi dan mengiurkan. Malah peha dan kaki bininya putih melepak. Makin di renung dia pula yang naik nafsu. Akhirnya malam itu dia terdampar di kerjakan bininya. Esok seorang lagi perempuan bersalin mati kerana tumpah darah. Bini Syahid di tuduh menjadi penyebabnya. Syahid bengang separuh mati.

"Lagi-lagi bini saya yang di tuduh. Kenapa tidak perempuan lain?", marah Syahid. "Sebab bini kau hantu penanggal", Pak Su terpaksa berterus terang. Syahid bingung. Beberapa orang kampung terlopong dan saling sesama sendiri. "Pak Su tak ada bukti tuduh bini saya begitu", Syahid menyinga kegeraman. "Kalau cikgu nak bukti Pak Su boleh tunjukkan.Tapi Pak Su kena tidur rumah cikgu. Macam mana?",tanya Pak Su. Bini saya tak suka orang luar datang rumah, apalagi tidur",ujar Syahid. "Kalau begitu cikgu jangan kunci pintu dapur, biar Pak Su masuk perlahan-lahan",terang Pak Su. "Pukul berapa Pak Su nak masuk?Lewat malamlah", pinta Syahid. "Iyelah, takkan Pak Su nak masuk awal pula. Pak Su faham", luah Pak Su tersenyum.

Akhirnya Syahid bersetuju setelah dipujuk oleh Pak Su dan orang kampung. Lagipun dia sendiri nak tengok apa itu hantu penanggal. Benarkah selama ini dia hidup, tidur dan bersetubuh dengan hantu? Eeee....tiba-tiba dia berasa seram. Tegak bulu romanya. Kenapalah sebelum ini dia tidak merasa sedemikian. Tatkala Syahid pulang petang itu, bininya sedang nyenyak tidur di kamar. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Pak Su. Hantu 'feel'nya gemar tidur di siang hari. Malam itu keluar merayau mencari mangsa, mencari darah segar. Bulu romanya meremang lagi. Lewat malam itu selepas dia bersetubuh dengan isterinya sekali lagi Syahid terdampar keletihan.

Dia sedar bila di kejutkan oleh Pak Su dan beberapa orang kampung. Dalam kamar tidur yang samar itu semuanya terkejut apabila melihat bini Syahid tidur meniarap tanpa kepala. Jendela terbuka luas. Syahid sendiri terkejut bukan kepalang. Tanpa sedar dia terkencing dalam kain dan lututnya terketar-ketar. "Di mana kepalanya Pak Su", tanya Syahid kehairanan. "Kepalanya terbang mencari darah", bisik Pak Su perlahan. "Terbang cari darah", Syahid terkejut dan mahu rebah. Mujur cepat di sambar Pak Su. Selepas itu, Pak Su menjalankan kerjanya dengan membalikkan tubuh bini Syahid secara terlentang. Kemudian mereka menanti kepulangan bini Syahid. Bini Syahid terbang pulang hampir dinihari dengan rambut menggerbang dan perut merumbai. Dari jauh nampak seperti komet berekor dan bercahaya. Langsung terbang mesuk melalui pintu jendela yang terbuka luas.

Semuanya bersembunyi dalam gelap dan Syahid pula berpura-pura tidur. Bininya tertidur nyenyak. Benarlah bininya hantu penanggal. Menjelang pagi, bini Syahid telah berubah wajah dan posisi. Dari cantik menjadi hodoh. Wajahnya juga menghala ke belakang. Bini Syahid menjerit-jerit dan malu sebab orang dah tahu siapa dirinya yang sebenar termasuklah suaminya, Syahid. Pak Su bertindak menyuruh bini Syahid lari kedalam hutan atau di tikam dengan buluh runcing di tangannya. Pak Su tak mahu orang kampung di ganggu lagi. Kerana takutkan Pak Su, hantu penanggal itu pun terbang lari ke dalam hutan.

Syahid pengsan. Tetapi berjaya di pulihkan oleh Pak Su. Syahid kekal bertugas di situ sehingga dia ditukarkan ke kota semula. Pak Su akhirnya menjadi ayah angkatnya. Kini, barulah Syahid percaya akan kewujudan hantu walaupun zaman serba canggih. "Hantu penanggal atau penghisap darah ini biasanya kelihatan pada waktu malam dan mangsanya adalah wanita bersalin. Ia terbang dengan perutnya terburai. Boleh di usir dengan benda tajam seperti paku, duri, gunting, kacip dan ekor ikan pari-pari", akhiri Kak Mayang.
 



 
 

Tempat Tinggal Jin-Jin dan Syaitan



Jin-jin berada di semua tempat di dunia ini baik di daratan, lautan ( Segitiga Bermuda ) mahupun udara. Bilangan mereka pula lebih banyak daripada bilangan manusia. Namun, malaikat di ciptakan untuk membela manusia yang dikatakan lebih banyak pula dari golongan jin dan syaitan sungguhpun mereka tidak kahwin dan beranak seperti jin dan syaitan.

Jin-jin dan syaitan menempati tempat-tempat seperti berikut :

1.  Jin menghuni dan mendirikan sebahagian besar kota-kota serta pusat pemerintahan di atas air. Ada pula kota-kota dan
     pusat pemerintahan mereka terletak di bahagian tengah lautan yang dalam dan di sungai-sungai.

2.  Selain itu, mereka juga menghuni di padang-padang pasir luas dan tempat-tempat terpencil, gunung-gunung mahupun
     jurangnya termasuk pula gua-gua dan hutan-hutan.

3.  Ada sebahagiannya jin-jin tinggal di atas atap-atap dan bilik-bilik rumah yang di huni manusia.

4.  Ada sebahagian jin-jin yang lain pula yang menjadikan rumah-rumah kita sebagai tempat tinggalnya yang tetap baik di bilik
     mahupun di lorong-lorong rumah kita.

5.  Syaitan-syaitan pula banyak bertempat tinggal di bilik-bilik air, parit-parit dan longkang dan juga di tasik-tasik. Mereka
     juga amat suka hidup di telaga buta dan di tempat yang ada banyak kotoran dan najis. Najis-najis dan kotoran sangat
     menarik bagi mereka. Oleh kerana jika mereka mendengar azan maka mereka akan pergi jauh-jauh ke tempat berdekatan
     air.Mereka menutup telinga dengan kedua-dua tangan atau menutup kepala mereka. Bahkan ada di antara mereka yang
     bersembunyi di lubang-lubang jamban dan kotoran.


Anda mempunyai cerita mistik mahupun misteri.......? Untuk tatapan pembaca yang lain. Boleh hantarkan ke email [email protected]



 
 
 

Tekan Sini

 


Copyright © Seni Mentari
Hosted by www.Geocities.ws

1