Radio UFM Uitm 93.6 Mhz 7 Pagi - 7 Malam

Relationship
 
 

JUJURKAH HUBUNGAN ANDA
31 PERKARA MENGENAI PEREMPUAN
SEKS DAN USIA
7 PANTANG MAK NENEK MASA BERDATING
RAHSIA MENAMBAT PEREMPUAN
10 PETUNJUK ANDA DI GODA WANITA
30 PERKARA KELUAR DATING
 


  JUJURKAH HUBUNGAN ANDA

        Apabila memperkatakan mengenai hubungan persahabatan antara lelaki dan wanita , ramai bertanggapan perhubungan itu adalah hubungan intim sepasang kekasih , walaupun secara kasarnya hubungan itu tidak mempunyai penghujung . Tidak semestinya kawan berlainan jantina di anggap kekasih . Ada lelaki yang lebih serasi berkawan dengan wanita dan begitulah sebaliknya.

        Hubungan sebagai sahabat ( tidak kira jantina ) adalah hubungan semulajadi sesama insan kerana lazim sahabat atau teman karib menjadi tempat meluahkan perasaan gembira, marah, tertekan dan teman untuk menangis. Kepercayaan kepada sahabat untuk menyimpan rahsia yang dikongsi bersama biasanya mengeratkan perhubungan.

Bagaimana pula hubungan anda bersama teman - teman anda ? Ikuti 14 kebaikan dan keburukan di dalam persahabatan bagi menilai sejauh mana keakraban perhubungan anda :
 
 

KEBAIKAN
  • Jujur di dalam menyatakan sesuatu - tanpa ada niat serong di sebaliknya .
  • Keikhlasan dalam memberi bantuan .
  • Bersedia untuk membantu dari segi kewangan atau tenaga / peka dengan masalah dan menjadi pendengar yang baik untuk menyelesaikan masalah.
  • Teguran yang membina - menyedarkan sahabat akan kesilapan yang dilakukannya .
  • Sanggup bersusah-payah meringankan beban yang di tanggung sahabat.
  • Menjaga sahabat daripada di fitnah atau di hina.
  • Sentiasa ingat-mengingati tentang dunia dan akhirat/sentiasa bersabar.
  • Dapat menyimpan rahsia / walau apapun berlaku.
  • Berkongsi kegembiraan - sentiasa meraikannya walaupun untuk perkara kecil.
  • Sentiasa berhubung walau jarak beribu-ribu batu.
  • Sama-sama berduka bila salah seorang di timpa bencana dan tidak akan meninggalkan sahabat keseorangan.
  • Tidak membohongi sahabat sendiri atau menyorok sesuatu perkara.
  • Tidak bertutur kasar walaupun sedang marah / bertolak ansur di dalam apa jua keadaan .
  • Memaafkan kesilapan yang berlaku dan mengalah.
KEBURUKAN
  • Bersikap hipokrit / berpura-pura.
  • 'Menikam sahabat dari belakang' - bertujuan menjatuhkan maruahnya.
  • Pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
  • Menjadi batu api antara sahabat dan pihak lain.
  • Berdolak-dalih untuk menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan mahupun tenaga dan terus menjauhkan diri bila sahabat kesusahan .
  • Memfitnahkan dan memalukan sahabat sendiri .
  • Menggalakkan perbuatan mungkar tanpa perasaan bersalah.
  • Menceritakan rahsia peribadi sahabat kepada orang lain/gosip.
  • Dengki dan berperasaan cemburu dengan kejayaan sahabat sendiri / tidak berpuas hati.
  • Malas berhubung walaupun masih menyimpan nombor telefon.
  • Mencari teman-teman lain untuk berhibur dan bergembira / melupakan teman yang pernah susah bersama.
  • Suka meninggi dan meriakkan diri / seolah-olah orang lain tidak bagus.
  • Ceweret yang melampau / terpaksa mengikut telunjuk / tidak boleh bertolak ansur .
  • Pemarah dan sukar memaafkan kesalahan sahabat.

 
 



1.  Pilih wanita cantik walaupun tidak pandai sebab anda akan pandang dia siang malam setiap hari .
2.  Jangan kahwin wanita buruk yang bijak sebab anda akan hilang nafsu setiap hari.
3.  Pandai boleh di ajar , bijak tidak boleh di tegur.
4.  Kahwin jika cinta , cerai bila tiada kebahagiaan lagi.
5.  Jangan kedekut dengan perempuan tetapi ingat ..anda bukan di perbuat daripada duit .
6.  Jika anda muda , kacak dan tiada duit dia hanya cintakan ketampanan anda.
7.  Jika anda tua boyak tetapi ada duit , dia hanya cintakan wang anda .
8.  Orang obsess dengan kelulusan sebenarnya bukan pekerja yang berbakat.
9.  Di mulut TIDAK di hati YA.
10.Jangan jadi angau kerana perempuan , tidak berbaloi.
11.Hidup bukan untuk perempuan.
12.Lemah lembut tidak bererti wanita idaman.
13.Cepat perasan.
14.Tentukan anda mengawal mereka.
15.Jika tidak, anda kolonel ,dia jeneral.
16.Sergah dia sekali sekala supaya dia kenal langit tinggi rendah.
17.Boleh menghanyutkan dan membebankan.
18.Emosional dan tidak rasional.
19.Suka cemburu tapi melenting kalau dicemburui.
20.Suka bercumbu dan di cumbui ( mengikut mood )
21.Ada PMS, ikut pasang surut air laut.
22.Panik di waktu kecemasan dan mudah mengelabah.
23.Jimat dan boros dalam satu masa.
24.Suka membandingkan antara satu sama lain.
25.Cepat terpengaruh dengan iklan dan hasutan.
26.Suka berpegang kepada prinsip yang longgar.
27.Ingin selalu di puji.
28.Suka memperbesarkan perkara remeh.
29.Cepat terpengaruh dengan cinta.
30.Pendek akal.
31.Suka mengambil jalan singkat untuk menyelesaikan masalah.
 
 



 




        Sejak baligh lelaki mula mengenali seks. Mimpi basah yang sering di alami membuktikan berfungsinya alat sensual mereka. Keghairahan tentang seks semakin menggebu ketika berganjak remaja. Pantang melihat perempuan seksi, ghairahnya bagai di bakar api. Meningkat dewasa atau ketika berumur 20-an, adalah masa yang sesuai lelaki menikmati seks sebenarnya. Bagaimanapun, di usia ini kehidupan seks turut terganggu .Biarpun ghairah menggebu-gebu tetapi ada kalanya gagal mencapai puncak syahwat.

Pancutan Awal

    Lumrah alam pancutan awal menjadi masalah utama bagi lelaki yang pertama kali melakukan hubungan seks.

1.  Dalam hal ini, pakar terapi seks menyarankan agar ketika melakukan hubungan seks, anda hendaklah berhenti 'mendayung' sekiranya di rasakan telah tiba masa. Setelah itu, anda boleh menyambung kembali.

2.  Ketika sedang melakukan hubungan seks, jangan tumpu sepenuh perhatian kepadanya. Anda hendaklah mengalihkan perhatian kepada perkara lain terutamanya seluruh tubuh anda dan bukannya pasangan.

3.  Tarik nafas dalam-dalam ketika melakukan hubungan seks.

4.  Anda boleh mencuba posisi lain dan tidak semestinya pasangan sentiasa di bawah .

    Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah pancutan awal di sebabkan oleh beberapa hal seperti sering melancap, terburu-buru ketika jimak dan kurang pengetahuan tentang teknik-teknik dalam hubungan sensual. Oleh itu, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai hal ini menerusi buku atau bahan bacaan.
 

Perasaan Cemas

Perasaan cemas adalah perkara biasa bagi anak muda yang sentiasa bimbang tentang seks. Antara punca yang memupuk rasa cemas adalah kerana mereka tiada pengalaman dalam seks, baru mempunyai teman wanita, dan pernah mengalami masalah pancutan awal.

Seks yang baik bergantung kepada cara berjimak untuk mengurangkan kekecewaan. Masalah pancutan awal selalunya di hadapi oleh pengantin baru. Jadi, jangan hambarkan malam pertama anda dengan kebimbangan yang berterusan.

1.  Jangan terburu-buru sewaktu melakukan hubungan seks. Bagi pasangan baru carilah teknik yang memberi keselesaan dan sesuai dengan anda berdua.

2.  Berbincang dengan pasangan anda mengenai alat pencegah kehamilan.

3.  Jangan takut untuk menceritakan kebimbangan anda dan mintalah sokongan pasangan anda.Selalunya lelaki bimbang tidak dapat memuaskan nafsu isteri.

4.  Anda boleh mandi bersama sebelum melakukan seks bagi mengurangkan kebimbangan itu.

5.  Perpanjangkan masa asmara (foreplay) kerana bagi anak muda perasaan ghairah menyebabkan mereka tidak sabar untuk bersetubuh.

6.  Jangan terlalu serius tentang seks. Sebaliknya anggap seks sebagai suatu permainan yang patut di lakukan bersama-sama.

7.  Tarik nafas sedalam-dalamnya. Tenangkan diri dan jangan gelabah.

Jika langkah-langkah ini belum berkesan, anda jangan sesekali malu untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sakit tuan.
 

Bimbang Penyakit Kelamin
 

AWAS ! Kepada anak-anak muda , elakkan mengamal hubungan seks sebelum nikah. Jauhi sikap bertukar-tukar pasangan seks KERANA silap waktu anda akan di jangkiti sakit kelamin dan HIV. Walaupun anda boleh memakai kondom, ia bukan alat pencegah sakit kelamin dan HIV yang 100% berkesan.



 
 




        Apa kata kita pergi 'dating' ?  Dating adalah antara perkara paling 'best' untuk setiap manusia , dan ianya cara yang paling pasti untuk menghabiskan duit orang lelaki . Bagi yang senior seperti saya , dating memang seronok . Tambahan pula bila anda sudah acapkali berdating . Apapun , pastinya teramat ramai yang akan dapat merasai 'date' pertama dan juga bagaimana caranya untuk memperdodohkan diri sendiri.

        Jadi dengan tiada malu lagi , saya persembahkan kepada anda tujuh pantang kita orang lelaki semasa ber'dating' nanti . Kepada yang senior anggaplah ini sebagai khayalan memori silam . Kepada junior yang akan merasakan dating kali pertama , harap dapat sediakan 'highlighter' untuk membuat nota . Ingat tau !! . Kita sebagai lelaki perlu mengawal rentak semasa berdating,dan biarkan pasangan kita berasa bangga dapat di lihat di khalayak ramai dengan kita ! Oleh itu jangan sekali-kali ;

1 )  Lupa zip seluar semasa bertemu atau selepas 'Panggilan Alam'

Okeylah, mamat mana yang akan terlupa perkara yang teramat mudah sebegini ? Tentu anda tidak akan mengaku . Ini antara perkara terbodoh sekali yang pernah saya buat semasa berdating . Dan bagaikan jatuh di timpa tangga, pada ketika itu 'anak seluar' saya berwarna merah . Terang. Seterang-terangnya . Alasan saya bila date bertanya ? 'Err you peransan? Zip seluar nie bodoh sikit , kadang - kadang dia jatuh sendiri , I pun tak tahu la kenapa, bodoh betul! ' Bodoh lagi rasanya alasan saya . Teramat!

2 )  Luku kepala date anda semasa 'menguap'

Ada kawan saya ini, yang dating menonton wayang . Di dalam panggung, timbullah pula niat jahat dan miangnya . Perhatikan jika anda tahu senario begini : Mula - mula menguap sekuat-kuat hati lepas itu depakan tangan setinggi-tinggi dan sejauh mungkin akhirnya jatuhkan tangan diatas bahu gadis yang di sisi ! Sayangnya kawan saya kurang faham langkah-langkah ini. Hasilnya? Kepala datenya di tujah dengan sekuat hati . Akibatnya? Tinggallah seorang diri . Itulah akibatnya kalau niat miang mengawal hati .

3 )  Jatuhkan, pecahkan, rosakkan barang di sekeliling anda

Sebagai lelaki, pecah-memecah barang memang tabiat semulajadi . Namun ketika berdating tolonglah jangan, walaupun keinginan anda kuat . Ini banyak kali berlaku kepada saya . Saya pecahkan jug minuman di Pizza Hut. Selang beberapa minit saya terlanggar pula gelas saya. Kata orang tua-tua malang tidak berbau .Sudahlah malang, di tambah pula malu! Apa lagi yang pernah saya jatuhkan, pecahkan atau rosakkan ketika berdating ? Tong sampah, plet kereta, pintu tandas, telefon awam, telefon bimbit dan lain-lain lagi.

4 )  Terlalu taksub dengan date anda , hingga terlupa alam sekitar

Supaya anda tidak akan terpijak, terlanggar atau terjerumus ke dalam antaranya : Najis binatang (najis anjing memang kebiasaan saya); Tiang elektrik, telefon atau tanda jalanraya (agak sakit, dan anda harus 'control' dan lakukan seperti tidak terlalu sakit atau tidak sakit langsung); Lubang (kalau terperosok, salahkan pihak lain kerana ianya bukan kebodohan anda); Jatuh tangga (kalau jatuh maka hilanglah kelakian anda, kerana hanya perempuan yang akan jatuh tangga, lelaki tidak sekali-kali , faham?)

5 )  Biar date anda yang membayar untuk tiket atau makanan atau minuman

Pantang yang ini untuk junior sahaja. Jika ada senior, sekali-sekala tidak salah untuk 'membenarkan' date anda membayar belanja dating . Banyak caranya! Contohnya sebentar tadi saya makan bersama Amiza. Pastikan duit anda di dalam dompet hanya ada beberapa ringgit . Alasannya ? Fikirkan yang paling kreatif. Yang terbaik untuk saya, tidak sempat singgah di ATM. Err,pastikan juga yang date anda berduit okay? Kalau tidak basuh pingganlah  anda berdua , atau diam-diam lari saja dari kedai makan itu .Anda pasti boleh melakukannya !

6 )  'Ayat" awek lain ketika ber'dating'

Saya faham naluri lelaki. Lelaki sebenarnya terlalu menghargai kecantikan. Tambahan pula yang di pandang itu memberi senyuman atau 'signal'. Susah bukan? Wanita kurang faham konsep ini. Tetapi jika ingin menggatal juga, buat begini. Lepaskan tangan yang di pegang, beri alasan ke tandas, dan kejar awek itu untuk nombor telefonnya. Bila di tanya dengan siapa, katakan saja dengan kakak, ibu pun boleh. Kemudian cepat cari date anda semula, katakan itu kawan lama, teman sekolah, sepupu jauh. Mudah saja....!

7 )  Date lebih dari seorang teman pada suatu masa

Ini adalah perkara yang paling sukar sebenarnya, terutama kepada mereka yang baru bercinta. Tetapi bagi yang senior, perkara ini tidak mustahil. Cabaran saya untuk anda, kalau anda berjaya, anda adalah lelaki yang terhebat antara yang terhebat. Anda layak di kowtow dan di tabik oleh kami semua! Rekod teman rapat saya, empat date dalam satu hari, cuma waktunya berlainan. Bolehlah. Rekod date saya dengan tiga wanita, pada waktu yang sama, dalam bangunan yang serupa. Tetapi dalam mimpi rasanya. Betul Amiza, dalam mimpi sahaja!

Jadi bagaimana?Anda sudah bersedia? Bagus! Ingat, yang paling penting adalah keyakinan supaya date seterusnya terjadi. Siapalah tahu kalau-kalau gerbang pernikahan pula menanti. Yang pastinya, Sebagai lelaki yang hebat anda harus pastikan kejayaan date anda kelak. Kami yang lain mengharapkan kejayaan anda. Nasihat saya yang boleh di guna silalah ambil. Yang lainnya saya tidak bertanggungjawab.

Akhir kata "Selamat Berdating" dan jangan nakal-nakal.
 
 



 
 




SENI MENAMBAT HATI PEREMPUAN. ITULAH YANG SEMUA LELAKI TERMASUK ANDA PERLU TAHU. BIASANYA KEBANYAKAN LELAKI SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA DALAM USAHA MENAMBAT HATI WANITA PUJAANNYA. BAGAIMANAPUN, WUJUD PENDAPAT YANG BERTENTANGAN DENGAN KEPERCAYAAN INI, KATA MEREKA ANDA TIDAK PERLU MENUNJUK-NUNJUK ATAU KATA LAIN BERSIKAP PIPI TERSORONG-SORONG UNTUK MENGATAKAN ANDA BEGITU BERNILAI UNTUKNYA.

Sebenarnya, wanita tidak mengharapkan anda melakarkan nama mereka di langit biru atau menempah iklan untuk menyatakan anda sukakannya. Tetapi yang pasti mereka mengharapkan anda melakukan beberapa perkara yang menggembirakan hati mereka.Maka, untuk menawan hati mereka bermakna tingkah laku anda harus halus dan tidak mengada-ngada.

Rahsia-rahsianya :

1.  Menepati Janji

    Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar bersama anda merasa bosan di sebabkan masalah yang kecil. Cuba elakkan
    menyakiti hati wanita kerana anda tidak patuhi janji yang di tetapkan. Jika anda membiarkan dia tertunggu-tunggu menanti
    kehadiran anda, ini akan menjejaskan 'mood dating' untuk keluar bersama anda.

2.  Jadilah Lelaki Yang Penuh Santun

     Sebaik sahaja anda sampai kerumahnya, tunjukkan tingkahlaku yang sopan. Elakkan menunggu dalam kereta dan menghon
     kereta sebagai tanda anda sudah sampai. Sebaliknya, jemputlah dia di pintu rumah atau kalau dia tinggal bersama keluarga,
     masuklah ke dalam rumah dahulu. Dan berjalanlah mengiringinya ke kereta anda.

     Tunjukkan anda menghargainya dan amalkan sikap "lady first". Dan jangan lupa ucapkan kata-kata pujian mengenai
     penampilannya Ketika bersama wanita, anda harus pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya
     terhadap anda. Benda-benda kecil ini mungkin tampak remeh dan sering di lupakan tetapi yang pasti wanita amat
     mengambil berat tentangnya.

3.  Tayangkan Minda Anda Dan Elakkan Kesilapan Bodoh

     Perkara paling genting ketika berdating dan bercinta adalah mengenal atau membaca pemikiran sesorang (iaitu anda dan Si
     Dia). Pastikan anda bebas menayangkan diri anda, khususnya pemikiran anda. Biasanya wanita mendefinasikan watak
     dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran.

     Antara cara melakukannya dengan mengheretnya dalam topik perbualan yang memberangsangkan dan tunjukkan anda
     mempunyai sifat kelakar dan boleh bercakap apa saja tajuk serta memiliki pendapat yang menarik dan boleh di pakai.
     Dan paling penting dia akan menganggap anda seorang berkarisma dan tidak pentingkan diri.

     Tunjukkan perkara yang anda arif sehingga Si Dia berasa terpegun melihat kebolehan anda. Jika anda tidak pasti tentang
     sesuatu perkara cuba membuka topik lain atau alihkan pandangannya ke lain agar tidak berlaku kesilapan bodoh.
     Wanita tidak suka masa "berdating" tidak di manfaatkan sebaiknya. Dan awas jika anda membuat jenaka, jangan
     sampai mononjolkan kebodohan diri.
 

4.  Bertemu Keluarga

     Sebagai lelaki yang berani harus bersua muka berjumpa keluarganya. Jika anda sudah berjaya memikat hati seorang
     wanita, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda
     berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan anda berkunjung kerumahnya dan membawanya keluar .

     Untuk mendapat markah lulus, anda perlu ingat dua perkara; pikat bapanya dengan kepandaian anda dan pikat
     emaknya dengan penampilan dan kesantunan. Ini bermakna anda perlu bersembang dengan penuh bijak bersama
     ayahnya, seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan anda ada 'otak' dan
     pujilah masakan emaknya.
 

5.  Tunjukkan Kemampuan

      Ramai lelaki bertanggapan cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang. Malangnya, wanita tidak menilai lelaki
      berdasarkan saiz dompet mereka ( Jika ada wanita sedemikian, adalah jenis yang pandang wang dan anda patut elak
      mendampingi mereka). Sungguhpun niat hati anda untuk melayannya bagaikan puteri tetapi anda harus berdiri di bumi
      nyata dan tanyakan soalan ini- Mampukah Anda?

      Sekiranya kewangan anda mampu memberinya dunia, silakan. Tetapi kepada yang tidak mampu, anda tidak perlu
      berbelanja di luar kemampuan. Misalnya elakkan menggunakan khidmat valet parking dan tidak perlu selalu mengajaknya
      keluar makan di hotel atau di restoran-restoran mahal. Biarlah Si Dia menghargai siapa anda dan bukannya menyukai anda
      kerana layanan yang anda tawarkan.

      Begitu juga dalam hal-hal yang lain seperti pemberian hadiah.

6.  Minta Izin

     Kami semua tahu anda cuba menunjukkan kepada Si Dia yang anda seorang yang baik. Justeru anda sering bertanyakan
     kepada Si Dia sama ada anda boleh lepak bersama-sama kawan anda, walhal anda sepatutnya hanya memberitahunya
     saja. Ya, jangan keliru. Perbuatan bertanya dan memberitahu adalah dua perkara berbeza.

     Tetapi persoalannya di sini, mengapa anda memberi ruang kepada wanita yang baru anda kenali untuk mengawal hidup
     anda? mengenai apa yang patut anda buat dan tidak boleh buat? Dengar sini, anda sepatutnya bebasa melakukan apa yang
     anda suka asalkan dalam batasan tertentu dan bersebab. Tidakkah anda mahu wanita baru dalam hidup anda ini
     mempercayai anda dan memberi anda kebebasan yang anda patut kecapi (dan sebaliknya)tanpa perlu sering bertanya dan
     meminta izin setiap kali hendak melangkah keluar rumah? Ingatlah, dia bukan isteri anda! Bagaimanapun anda perlu
     bertanya dan minta izin jika perkara yang anda hendak lakukan membabitkannya. Umpamanya, meminjam barangannya
     dan mengajak dia menari kerana dia mungkin tidak mahu di tertawakan ketika menari kerana dia tidak tahu menari atau
     membawanya ke tempat yang mungkin kurang di senangi.
 

7.  Sedia Di Persalahkan

     Selalukah anda berkata " Ops...maaf, saya mintak maaf atau maafkan saya..." Terlalu kerap? Adakah ini bermaksud anda
     cuba menanggung segala tanggungjawab atau kesalahan jika berlaku sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan anda?
     Atau adakah anda berbuat demikian kerana mahu membuat Si Dia gembira dan tidak tertekan.? Jika jawapan anda Ya,
     pakar dating mengatakan adalah lebih baik anda memakai skirt dan Si Dia memakai seluar!

     Bertindak atau berlagak seolah-olah Si Dia itu teramat baik orangnya dan tidak melakukan sebarang kesilapan bukan
     bermakna anda seorang penuh dengan sopan santun. Ia adalah suatu senario yang amat bodoh dan menyedihkan, terutama
     jika anda membenarkan bentuk gaya kurang sihat ini masuk dalam perkahwinan anda. Kerana Dia akan sentiasa
     menyalahkan anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini. Oleh itu, jika dia turut bersalah dalam sesuatu
     perkara maklumkan dengan baik. Tetapi jika anda sememangnya bersalah, mengaku sajalah. Sebagai lelaki sejati, anda
     harus menunjukkan ciri-ciri lelaki sejati yang sopan dan berketerampilan. Jika anda tersilap, tidak perlu ego. Anda ucapkan
     saja " saya minta maaf ..." atau " maaf saya terlambat " . Anda mesti ada perasaan tanggungjawab dalam menjaga
     perhubungan. yang pasti, elakkan sikap menyalahi, tuduh-menuduh.
 

8.  Perkara Pokok

     Perkara pokok dalam perhubungan adalah kejujuran, keringkasan dan keikhlasan. Jika anda memiliki ketiga-tiga ciri ini
     tanpa perlu berlakun dan berpura-pura Si Dia pasti akan jatuh cinta dengan anda. Perlu di ingatkan, jika anda mahu
     menawan hati perempuan, tentukan anda tidak mengada-ngada dan tidak berperangai buat-buat.
 



 
 





Terdapat 10 petunjuk wanita sedang mengorat anda :
 

1.  Dia tidak senang duduk

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yan gtidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda awal ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana pintunya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini di tunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda(biasanya di kelab atau parti) atau secara tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan "Maaf !", itu adalah petanda yang perlu di beri tindakan segera.

2.  Tunjuk minat

Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memain-mainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikannya, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

3.  Dia mahukan kesinambungan

Mungkin sewaktu kali pertama berjumpa, anda tidak terus keluar dan menghabiskan waktu bersamanya. Anggaplah ia sebagai permulaan kepada perhubungan yang lebih intim. Jika dia mencadangkan untuk perjumpaan seterusnya, percayalah.... segalanya terserah kepada anda. Namun hati-hati,jangan tunjukkan yang anda juga terdesak untuk keluar dengannya. Berikan nombor telefon anda agar senang anda menilai kesungguhannya.

4.  Ingin mengetahui destinasi anda seterusnya

Pertemuan tidak di rancang biasanya singkat dan anda mungkin mempunyai tempat lain untuk di tuju. Jika dia beria-ria ingin mengetahui lokasi anda seterusnya, kemungkinan untuk anda terserempak lagi adalah lebih besar. Memang itupun helahnya.

5.  Anda di perkenalkan kepada rakannya

Bermakna anda telah di terima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda di perkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya : "Ini aku punya", dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jika dipastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

6.  Dia men'jual' dirinya

Jika percakapan atau geraklakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang di beri petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuat anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki, sekurang-kurangnyauntuk hari itu.

7.  Bersikap terbuka

Biasanya, wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak meklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan di ceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya turut di ceritakan.

8.  Di matanya hanya anda

Di kelab-kelab atau parti, ada wanita yang hanya duduk menikmati suasana dan ada juga yang merayau-rayau seperti harimau mencari mangsa. Jika salah seorang kelihatan begitu tekun memerhatikan anda dan bertentang mata beberapa kali, bermakna dia menginginkan anda dalam dakapannya seperti mana diri anda di dakap oleh pandangannya.

9.  Membayangi anda

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja pergi, pasti dia mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

10  Anda diajak ke tempat lain.....

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaannya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai temannya(berapa lama tidak penting).Jika anda masih buta dengan petanda ini, mungkin anda patut ulang baca artikel ini dari mula.

Pesanan : Kepada anda yang masih lagi single/solo(bukan atas kemahuan), ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin lebih
               banyak yang yang perlu anda pelajari mengenai wanita.
 



 




1.  Pastikan duit cukup untuk belanja teman wanita.
2.  Sudah mengetahui di mana tempat ber'dating'.
3.  Penampilan mesti kemas bergaya.
4.  Kunyah gula getah atau ambil makanan berperisa pudina untuk elak nafas berbau.
5.  Seutas jam tangan untuk melihat waktu.
6.  Kenalpasti jenis kenderaan. Tidak sesuai naik 'kapcai' ketika cuaca panas.
7.  Memakai wangian dan deadoran supaya Dia menyenangi 'bau' anda.
8.  Tepati waktu yang di janjikan. Jangan terlewat kerana sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan.
9.  Ucapkan kata-kata manis ketika menyambut ketibaannya.
10. Jangan tergopoh-gapah dalam perbualan, dan jika ini kali pertama anda keluar bersama hindarkan berbicara mengenai
      kahwin.
11. Elak berbual tentang politik,kisah silamnya, bekas teman lelakinya atau perkara yang Dia tidak suka.
12. Jangan pula asyik bertanya perkara yang sama ketika berbual hingga timbul rasa 'boring'.
13. Pimpin tangannya sekali sekala ketika berjalan bersamanya terutama ketika menyeberang jalan.
14. Jika bertemu dengan rakan-rakan secara kebetulan, pastian tumpuan di berikan pada Dia.
15. Tontonlah filem yang anda berdua sukai ketika berdating.
16. Elakkan makan di tempat yang sesak dan Dia tidak sukai, dan pilih makanan kegemarannya.
17. Yang penting jangan mengambil makanan yang memberi kesan terhadap pernafasan seperti petai.
18. Ketika makan tunjukkan sifat yang sopan, jangan bersendawa kuat. Tutup mulut ketika sendawa dan sambung dengan
      alhamdulillah.
19. Sentiasa memberikan senyuman dan berada dalam suasana yang ceria.
20. Elakkan memandang wanita/gadis lain yang lalu lalang. Bukan apa, khuatir nanti hatinya terguris.
21. Hiburkanlah hatinya dengan perkara yang menyenangkan.
22. Renunglah matanya ketika berbual. Ini bermakna anda menghormatinya.
23. Sebaik bertemu, ucapkan kata-kata manis atau pujian tentang pakaian atau dandanannya.
24. Jangan sesekali berbual perkara yang buruk seperti mengumpat atau perkara lucah. Anda bukan budak-budak lagi.
25. Jika keluar pada waktu malam pastikan si dia pulang awal. Anda berhak menentukan masa untuk pulang. untuk lebih
      selamat hantar hingga ke depan pintu rumah.
26. Jika perlu hadiahkan satu benda yang bernilai sebagai tanda sayang dan pengalaman indah bersamanya.
27. Sebelum berpisah, ucapkan terima kasih.
 

Tekan Sini

 



 
Copyright © Seni Mentari

 

Hosted by www.Geocities.ws

1