HOME l ABOUT US


 

PERMATA YANG HILANG

The Lost Jewel

 

SENI NAFKAH BATIN

Koleksi Ilmiah Islam,Tradisional Serta Moden

Khas Untuk

Bakal Pengantin Dan Suami Isteri

 

Bismillahirrahmannirrahim,

Mafhum firman Allah:

"Perempuan-perempuan itu ladangmu,

maka datangilah ladangmu sebagaimana

kamu kehendaki dan kerjakanlah(amalan)

untuk dirimu.Takutlah kepada Allah dan ketahuilah,bahawa kamu akan menghadapinya.

Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang beriman"

(Surah Al-Baqarah- ayat 223)

     Kebahagian rumahtangga adalah matlamat semua manusia.Bagi mencapai matlamat itu,berbagai    kajian,pendapat serta petua telah dikemukakan oleh manusia zaman-berzaman.Semua itu amat berguna sebagai panduan bagi bakal pengantin juga bagi yang telah pun mendirikan rumahtangga.

     Ilmu nafkah batin adalah satu ilmu yang luas.Ia bukan satu ilmu untuk keseronokan semata-mata tetapi adalah ilmu yang serius dalam usaha mencapai matlamat berumahtangga yang sebenar,iaitu bagi melahirkan zuriat pengganti yang bakal memimpin.Ia tidak harus dianggap sesuatu yang kotor. Ilmu ini tidak harus diabaikan.Bagi menyelaminya,ciri serta fungsi kejadian tubuh badan lelaki dan perempuan perlu diketahui dengan terperinci agar anggota yang digunakan bagi menjayakan nafkah batin dapat digunakan dengan berkesan.Kombinasi pengetahuan dari sumber Islam,bangsa melayu serta barat dapat menolong pemahaman yang lebih jitu.

    Perlakuan jima' dianggap oleh ramai orang sebagai perkara remeh yang tidak perlu dipelajari.Ini adalah anggapan   yang salah.Samada dari segi Islam,bangsa melayu atau seksologi moden,telah dinyatakan bahawa ia adalah ilmu yang penting dipelajari.Dengan mengetahuinya,maka nafkah batin dapat disalurkan dengan berkesan dan dihargai kerana mampu memuaskan naluri pasangan.Terdapat berbagai perkara,strategi serta rahsia jima' dari berbagi sumber yang patut dipelajari,dipilih mana yang sesuai serta diamalkan mana yang disukai.Yang paling penting ialah jima' menurut pendekatan Islam,diman ianya mempunyai pelbagai kelebihan dan ganjaran.

     Samada dari sumber tradisional atau moden,pelbagai teknik jima' telah diajarkan agar jima' itu dapat memberikan kepuasan,menjaga kesihatan tubuh,serta bersesuaian dengan kemahuan diri dan pasangan.Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah pancutan mani terlalu awal serta ketidakmampuan menerbitkan inzal isteri.Posisi jima',teknik berdayung serta pelbagai petua lain adalah penting diketahui bagi menawarkan pelbagai pilihan kepada pasangan,dan menyesuaikan dengan keadaan.

      Kesihatan tubuh badan serta minda adalah perlu bagi membolehkan prestasi tenaga batin terjaga.Faktor asas yang memberi kesan langsung ialah nafas,makanan serta riadah.Ramai yang tidak sedar bahawa faktor-faktor ini menyebabkan perubahan emosi,prestasi fizikal serta kemampuan mengendalikan mental.Tanpa menjaga faktor asas,prestasi tenaga batin akan menurun.Berbagai pengetahuan serta petua dari segi ini  diharapkan dapat menolang mengekalkan atau menjaga prestasi tenaga batin.Masalah lemah tenaga batin adalah masalah membimbangkan suami isteri.Sebab dan cara mengatasinya penting intuk diketahui.

     Hubungan kelamin yang baik adalah salah satu faktor terpenting keharmonian rumahtangga.Melalui isi buku ini,pembaca diharapkan dapat menghalusi cara melakukannya dan menjayakannya.

 

Berkaitan Buku:

Tajuk:Permata Yang Hilang

Terbitan:ADD-SELL Kota Bahru

Harga:RM15 (215m/s)

No ISBN:983-9074-00-8

Sinopsis buku:

   Sebuah buku yang mencatatkan falsafah,prinsip dan kaedah bagi menjayakan Nafkah Batin dengan    baik,fokusnya adalah terhadap pendekatan Islam dalam memenuhi tanggungjawab Nafkah Batin dan boleh dijadikan panduan praktis.Ia patut dibaca oleh semua bakal-bakal pengantin dan suami isteri sebagai salah satu usaha meniti kebahagiaan dalam dalam rumahtangga dengan menjayakan Nafkah Batin menurut cara yang selaras dengan kehendak Islam.Fakta-fakta buku adalah hasil rujukan lisan dan pembacaan dari pelbagai punca.

Buku ini juga memaparkan pendekatan tradisional berkaitan ilmu kelamin.Ini termasuklah petua-petua menjaga kesihatan,senaman,tenaga batin,kaedah-kaedah memulihkan prestasi jima' serta ilmu firasat yang biasanya diajarkan kepada anak-anak muda Melayu masyarakat tradisi.Pendekatan tradisional India dan Cina juga dicatat sebagai perbandingan.Kesemua ini berguna sebagai menambah pengetahuan dan boleh dijadikan bahan kajian mengenai praktis ilmu kelamin tradisional berbanding pendekatan Islam.

Buku ini juga mencatat mengenai hukum-hukum amalan mistik dalam ilmu kelamin yang berguna bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada pembaca tentang bahya praktis mistik terhadap aqidah.Ia juga bertujuan agar para pembaca menumpukan perhatian dan praktis terhadap ilmu kelamin kearah dan dengan cara yang diredhai Allah.

Semoga buku ini mendatangkan faedah yang banyak kepada pembaca dan yang bermanfaat dapat dipraktikkan  untuk tujuan keharmonian rumahtangga.

CEPAT DAPATKAN SEKARANG!!!

  Hanya dengan RM15 kami akan menghantar kepada anda buku "Permata Yang Hilang" terus ke pintu rumah anda.Begitu mudah dan wujudkan keharmonian dalam perhubungan anda!!!

JADI TEMPAHLAH SEKARANG UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA ANDA!!!

 

 

PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA!!!

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1