Sek.Men.Keb.Tun Perak,Muar

Berita Terkini

Sabtu, 8.June 2002 ( 9.00- 11.00 )

     Buat kali ke-2,Persatuan Seni Silat Sendeng SMK Tun Perak telah mengadakan mesyuarat semula bagi melantik semula jawatankuasa bagi melicinkan perjalanan persatuan.Mesyuarat ini berlangsung sejurus sahaja tamat sesi latihan silat yang diadakan di Astaka Sekolah.

Antara perbincangan kali ini tentang lawatan sambil belajar,tempahan baju persembahan,pemberitahuan laman web,ubahsuai papan kenyataan,jualan hari kantin sekolah,persiapan hari merdeka & persiapan menyambut Peserta Silat Sendeng dari KL.

Bagi menyambut kedatangan peserta sendeng KL,Pengerusi Silat Sendeng Muar (Cikgu Hj Mahfuz) bersetuju diadakan di Muar.Cadangan beliau,Seminar Sendeng FC perlu diadakan di Sekolah Bandar Maharani,Muar.Sementara itu,beliau juga akan mengadakan mesyuarat Pertubuhan Silat Sendeng Muar tidak lama lagi untuk melantik semula ahli-ahli jawatan kuasa baru agar warisan ini sentiasa aktif & bergerak dari semasa ke semasa.-sekian-

<<Back

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1