4.2
Elektrolisis
1. Elektrolisis ialah proses
penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik
mengalir melaluinya.
2. Arus elektrik boleh dialirkan melalui elektrolit dengan
menggunakan dua elektrod seperti
yang ditunjukkan dalam rajah.
3. Elektrod yang disambungkan
kepada terminal positif bateri dinamakan
anod, manakala
terminal negatif
dinamakan katod.
4. Semasa elektrolisis, ion negatif
akan bergerak ke anod. Oleh itu, ion ini dikenal anion.
5. Ion positif
akan bergerak
ke katod semasa elektrolisis. Ion ini dikenal sebagai kation.
6. Pembentukan unsur-unsur di anod dan di katod berlaku
apabila ion-ion menyahcas.
Misalan:
Dalam
elektrolisis sebatian AB lebur, AB,membebaskan ion-ion.
AB
"
An+ + Bn-
Di
anod
Ion Bn- menyahcas dengan membebaskan
n elektron dan membentuk atom B.
Bn-
"
B + ne-
Di
katod
Ion An+ menyahcas dengan menerima n
elektron dan membentuk atom A.
An+ +
ne-"
A
7. Proses elektrolisis melibatkan dua langkah.
Langkah
1
Pergerakan ion-ion
Ion-ion positif akan bergerak ke katod.
Ion-ion negatif akan bergerak ke anod.
Langkah
2
Nyahcas
Ion-ion positif menerima elektron.
Ion-ion negatif membebaskan elektron.
8. Misalan:
Dalam
elektrolisis plumbum(II) bromida lebur, plumbum(II) bromida dileburkan untuk
menghasilkan
ion-ion Pb2+ dan Br -.
Ion Pb2+ bergerak ke katod manakala
ion Br - bergerak ke anod.
Di katod: Setiap
ion Pb2+ menerima 2 elektron untuk membentuk atom plumbum, Pb.
Pb2+ +
2e- "
Pb
Di anod: Setiap
ion Br - membebaskan 1 elektron
untuk membentuk atom bromin, Br.
Br - "
Br + e-
Dua atom bromin bergabung untuk menghasilkan
satu molekul bromin
Br + Br
"
Br2
9. Dalam proses elektrolisis, tenaga elektrik dialirkan ke
dalam elektrolit bagi menghasilkan
tindakan balas kimia.
10. Oleh itu, semasa elektrolisis, tenaga elektrik
ditukarkan kepada tenaga kimia.
Asah
Minda
Penerangan
elektrolisis harus mengandungi 3 aspek utama:
-Ion-ion
yang hadir dalam elektrolit
-Pergerakan
ion-ion ke anod dan ke katod
-Nyahcas
yang berlaku di anod dan katod
Muka
Surat Seterusnya
- Sila klik di sini
Perkataan
atau frasa yang diwarnakan biru - frasa penting yang perlu diingat kerana
soalan SPM sering berpandukan isi tersebut.
Persamaan
yang diwarnakan ungu - persamaan kimia yang perlu dihafal kerana persamaan
tersebut
sering ditanya dalam peperiksaan SPM.