Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai,
Batu 3½, Bakri,
84000 Muar, Johor Darul Takzim,
Malaysia.
Tel: 06-9865418    Email: [email protected]

SEJARAH

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai telah ditubuhkan pada tahun 1938. Pada permulaannya, sekolah ini hanya mempunyai dua buah bilik darjah yang dibuat daripada papan dan daun nipah sahaja. Tenaga mengajar hanya 2 orang guru serta 60 orang murid. Sekolah ini pernah diberhentikan pada zaman pemerintahan Jepun, iaitu dari tahun 1942 hingga 1945 dan dibuka semula pada tahun 1946.

1960 - Membina sebuah pejabat guru dan dua buah bilik darjah.
1967 - Menambah 2 buah bilik darjah.
1970 - Membina 3 buah bilik darjah, sebuah kantin, sebuah tandas dan sebuah dewan papan yang kecil.
1991 - Membina sebuah dewan serbaguna, sebuah perpustakaaan  berhawa dingin dan satu blok bilik darajah 3 tingkat yang
           mengandungi 6 buah bilik darjah untuk menggantikan bangunan lama yang usang. Blok bangunan baru ini mula
           digunakan pada 29 Ogos 1993.
1997 - Membina 3 buah bilik darjah baru pada bulan November.
1998 - Diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Dato' Chuai Jui Ming pada 10.11.98 untuk menyertai Projek Sekolah Bestari.
1999 - bilik komputer berhawa dingin dengan 20 buah komputer baru telah disediakan dengan wang derma ahli PIBG,
           Jemaah Pengurus dan orang ramai.
         - Kelab komputer dimulakan pada bulan Januaari.
        - Projek Sekolah Bestari dimulakan pada bulan Jun.
2000 - Sebuah balai membaca didirikan.
2001 - Pusat sumber memasuki zaman bersistem komputer.
2002 - Dua buah bilik darjah dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin bertokok tambah. Pada masa yang
           sama, kantin juga diperbaiki demi keselesaan murid.



Hosted by www.Geocities.ws

1