![]() |
Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai,
Batu 3½, Bakri, 84000 Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia. Tel: 06-9865418 Email: [email protected] |

| 1. Memastikan sekolah ini mencapai kecemerlangan dari semua bidang. |
| 2.
Membolehkan sekolah mempunyai dokumen induk untuk menggambarkan aktiviti-aktiviti
yang akan
dijalankan dalam jangka masa lima tahun berdasarkan kepada keperluan-keperluan yang telah dikenalpasti melalui kajian-kajian yang dibuat. |
| 3.
Membolehkan sekolah menyediakan Rancangan Satu Tahunnya berdasarkan kepada
apa yang
telah disediakan dalam dokumen rancangan lima tahunnya. |
| 4.
Membolehkan guru-guru membentuk pola dan tabiat pemikiran yang sistematik
dalam menyediakan
rancangan yang berkesan, realistik, dan sesuai dengan objektif sekolah. |
| 5.
Memberikan peluang kepada guru-guru untuk melibatkan diri mereka secara
aktif di dalam urusan
perancangan sekolah ini. Ini dijangka akan meningkatkan lagi komitmen mereka terhadap kemajuan sekolah. |
| 6.
Mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan diharapkan ini
akan menghasilkan
'espirit de corps' yakni semangat kekitaan di kalangan mereka. |
| 7.
Mempertingkatkan jumlah bilangan 'celik huruf', 'celik komputer' dan 'celik
maklumat' di kalangan
pelajar. |
| 8.
Membolehkan murid-murid menerima pelajaran dalam pelbagai bentuk kegiatan
yang telah disusun
dan dirancangkan dengan teratur, termasuk pelajaran komputer. |
| 9. Mempertingkatkan lagi tahap pengurusan sekolah. |