Nama saya Mohd sayuti Bin Shamsuri. Saya berasal dari Parit Buntar Perak Darul Ridzuan dan dilahirkan pada 3 April 1971. Adalah anak sulung dari 9 orang adik beradik. Bapa saya bernama Shamsuri Bin Abdul Razak dan ibu bernama Khodijah Binti Sanusi.Semasa saya berumur 4 tahun, ibu dan bapa saya telah berpisah dimana selepas itu saya dipelihara oleh bapa dan adik (Rosli) dipelihara oleh ibu. Pada tahun 1977, bapa saya telah berkahwin dengan ibu tiri saya (Shamsiah Binti Mustaffa) dan ibu telah berkahwin pada 1981 dengan Safie Bin Dahani dan sekarang mereka tinggal di Feda Besaut, Sungkai, Perak. Hasil perkongsian hidup bapa dan ibu tiri saya, mereka dikurniakan 7 orang anak manakala ibu pula dikurniakan 8 orang anak (2 meninggal semasa kecil).

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu yang terletak kira-kira 4 km dari rumah. Semasa berumur 12 tahun, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah. Sekolah kami terpaksa menumpang di Sekolah Menebgah Gunung Rapat kerana masalah sekolah kami pembinaannya tergendala kerana masalah ekonomi dimasa itu. Kami hanya dapat berpindah ke sekolah sebenar di Bandar Seri Iskandar, Bota pada tahun 1988 dimana saya hanya sempat belajar disana selama setahun. Terlalu banyak kebanangan manis semasa di sekolah dahulu yang sukar dilupakan. Kawan paling rapat dengan saya disekolah dahulu adalah Tengku Azlan Shah dimana kami belajar di kelas yang sama dari darjah satu sehingga tingkatan 5.

Pada tahun 1989, saya memasuki Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Johor untuk mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik (DEP) Disana saya tinggal di asrama Kampung Merbau sebilik dengan Ismawi Bin Ismail (sekarang bekerja di Texas Instrument). Di tahun 2 saya berpindah ke UTM Jalan Semarak dan tinggal di asrama putere blok E (exellent). Di tahun 3 saya dan kawan-kawan menyewa rumah di No. 7, Lorong Keramat 8, Kampung Datok Keramat. Saya tinggal di rumah tersebut selama 4 tahun iaitu sehingga tahun 1995.

Setelah menamatkan pengajian diperingkat diploma, saya mendapat kerja di kilang Texas Instrument (M) Berhad di FTZ Ampang/Ulu Klang. Saya ditempatkan di bahagian Characterization Lab. Hampir 25 orang kawan-kawan semasa di UTM bekerja di kilang yang sama. Saya bekerja di sana selama setahun. Selepas tu saya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di UTM sehingga 1996.

Selepas habis belajar, saya terus bekerja di kilang membuat rod tembaga (Alpha Industry) di Johor Bahru selama 2 bulan sebelum saya dipanggil untuk menyertai Telekom Malaysia Berhad sebagai eksekutif di bahagian Telekom Multimedia (dahulunya dikenali sebagai NewCo dan kini dikenali sebagai TM Net Sdn. Bhd.). Semasa bekerja di telekomlah saya berkenalan dengan seorang wanita yang kini bergelar isteri saya dan ibu kepada dua orang puteri kami.

...............................................


 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1