Subject FW: AIR ASIA - PENIPU

Cuma nak share sikit. Rasanya air asia ni penipu. Now days kan ada offer trip to penang for 1.99. Bull..... I've tried to register thru online. What happened, i was charged for 64.99 per person. At the end i have to pay nearly RM1000 for 4 person. plus the taxes and whats not.

Hmmm. Kita ingat nak bawa anak-anak ke penang sehari dua next year. suka-suka nak cuba. sebab RM1.99 tu terlampau murah sgt for air fare.

Tapi indah kabar dari rupa.

SEbarkan lah berita ni. Minta minta adalah hamba allah keluarkan kat newspaper. I ni pemaleh sikit.

ASM Semua:

Ha, betul tu, aku pun dah terkena. Just last week (16/10/03), buat booking, kononnya nak bawak adik ke Alor Setar next week for a quick getaway, maklumlah dah tua, sakit pulak, tak larat nak drive. Lagipun tambang cuma 9.99 (mula tu rasa pening lalat jugak, maklumlah... takkan kot 10 ringgit je ke Alor Star, (sedangkan dari Klang ke Shah Alam naik teksi pun dah 15 ringgit). Ingatkan dengan airport transfer and tax jadilah kot sorang 60 ringgit je. So tak pelah, pi lah jugak register,

takkan kot 10 ringgit je ke Alor Star, (sedangkan dari Klang ke Shah Alam naik teksi pun dah 15 ringgit). Ingatkan dengan airport transfer and tax jadilah kot sorang 60 ringgit je. So tak pelah, pi lah jugak register,

Tak puas hati, kot lah harga minyak kapal terbang dah naik tapi aku tak tau, sebab aku baca Tamil Nesan, aku pun pi ke travel agent, nak buat booking naik MAS lak. Lagilah murah, pergi balik ke AS cuma 230, and first class 330.00. Aku terus bayar. Pergi jahanam dengan Air Asia. Mangkok ayon betul. For their price, I could travel in a better class, and I said, to hell with Air Asia. Dah lah naik berebut rebut macam naik bas MARA pergi Sijangkang nun di Banting tu, kapal pula jenis fokker, kalau terlanggar awan, hilang kejap sakit arthritis aku ni, kalau dua kali langgar awan, aku yang akan terkeluar dari plane dan melanggar awan.

Sekali pikir, mana logiknya harga 9.99 ringgit ke Alor Star or 1.99 ke Penang? Kalau naik kereta dengan minyak lagi, tol lagi, berhenti makan lagi, hisap rokok lagi, maki orang keliling sebab bawak lebih had laju lagi, panas lagi, penat lagi, habiskan prepaid sebab telefon yang tersayang lagi, gedebak gedebuk, on the road jadi lebih kurang 200 ringgit sorang nak pi alor star. Maknanya berapa untung naik air asia?

Rupanya indah khabar dari rupa yang tak seberapa. Ingatkan kotlah dpt discount sebab orang tak travel masa bulan posa, rupanya lagi mahal. Inilah yang dikatakan, harapakan pagar, padi makan pagar! Harapkan air asia, air asia makan kita, sia sia!!! Hah, kita tukar nama dia ke Air

Sia Sia, dengan slogan, "Penerbangan Yang Indah Khabar dari rupa yang tak seberapa, sekali naik tak naik lagi, dan sediakan payung dalam kapal terbang, sebab kami punya tingkap ada bocor sikit, kalau hujan, masuk tempias"

Pirrah!

Asalamu'alaikum,

Memang benar, pengalaman naik Air Sia, indah khabar dari rupa. Teman bukan nak cerita pasal tambang! Tapi pengalaman "Everybody Can Fly!". Teman tak ada pilihan, sekarang dah jadi student, ingatkan nak travel ke Penang cara paling murah naik Air-Sia. Maka tempahan tiket dibuat melalui telefon dan charge pada Kad Kredit. Tambangnya? RM277.80 pergi balik. Tak dapat pun yang RM69.90 sebagaimana diiklankan!! Mungkin sebab tempahan bukan melalui internet. Tapi tak apa ambil jugalah, lebih kurang tambang MAS je!. Oleh kerana baru pertama kali naik Air Sia, sampai je kat Airport, teruslah beratur macam biasa kat ticket counter untuk ambil tiket sebab terlalu ramai orang! Maklumlah tambang RM9.99... mesti ramai orang punya!. Hampir setengah jam beratur, bila sampai turn teman, katanya teman tak perlu ambil tiket sebab dah confirm dan bayaran pun dah dibuat! Katanya terus saja check-in. Haru betul, lepas setengah jam baru dibagi tau? Kot ya pun, tampallah notis. Lepas tu beratur lagi sekali kat kaunter check in pulak!. Kali ni tunggu sampai empat puluh minit, tak sampai-sampai lagi giliran teman. Sebabnya? Orang berebut-rebut, potong que! Yang peliknya, ground staff (dengan T-Shirt merah dan seluar jeans yang macam bukan bekerja tapi nak bercuti tu....) pergi layan semua orang yang potong que! Lepas tu layan lama pulak tu!

Maklumlah.... mesra pelanggan. Habih tu dah nak boarding lebih kurang 15 minit, baru bukak satu lagi kaunter. Orang pun berebut-rebut macam anak ayam nak masuk kandang! Sampai dekat boarding gate, lain pulak ceritanya! Udahlah gate terperosok nun jauh! Sampai je kat situ, kena tunggu sekali lagi. Kali ni memang memalukan kerana semua orang berebut2 macam ayam masuk kandang. Maklumlah free seating, semua nak duduk depan dan dekat tingkap agaknya! Patut nya senior citizen dan anak-anak kecil masuk dulu, tapi yang sihat kuat dan muda pun berebut sekali tumpang masuk!! Kita yang nak jaga personaliti terpaksalah mengalah, makanya naik last sekali, duduklah kat pintu jamban!! Peristiwa-peristiwa ini sungguh memalukan. Orang naik kapalterbang rasa ada class, exclusive le sikit, tapi naik Air Sia ni macam nak naik bas kat kampung!. Bila tengok orang naik MAS, terpaksa sorok-sorok muka, malu! Takut-takut ternampak pulak kawan-kawan. Kalau kawan nakpak, gerenti kena kutuk setahun punya!

Tapi bila dah naik kapal terbang, lain pulak ceritanya. Di airport, stafnya pakai t-shirt, macam nak pergi jalan-jalan, Tapi air-stewardess?? punya le pakai seksi, skirt cuma tutup punggung je? Masya Allah, dua keadaan yang sangat berbeza. Di darat macam style kampung, dalam kapalterbang? rasa macam naik British Airways atau Qantas. Inilah pengalaman! Bukan apa cuma nak kongsi pengalaman je!! Biarlah kita bayar lebih sikit, TAPI ada kelas! Bila orang tanya, datang naik apa? Kapal terbang, orang respect!! Sekarang ni, ada soalan tambahan! Kapalterbang apa? Tu yang lecehhhh tu, jadi mesti jawab jangan sampai kena kutuk.

kiriman: awin

Hosted by www.Geocities.ws

1