Subject FW:Laluan-laluan

Assalamu'alaikum...

10 LALUAN yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat kelak.

Bagaimana untuk memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR

  1. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
  2. Hindarkan perasaan irihati
  3. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
  4. Sucikan qadha' hajat dengan istibra

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

  1. Bersihkan diri dengan bertaubat
  2. Gembirakan hati orang Mu'min
  3. Bayar semula qadha' yang tertinggal
  4. Kasih sepenuh hati kepada Allah Ta'ala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NAKIR

  1. Mengucap dua kalimah syahadat
  2. Suka memberi sedekah
  3. Berkata benar
  4. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

  1. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
  2. Sucikan perkataan dan pakaian
  3. Bersyukur dengan yang sedikit
  4. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

  1. Jauhkan perkataan yang sia-sia
  2. Pendekkan cita-cita dunia
  3. Banyakkan puji-puji kepada Allah
  4. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

  1. Kasihilah aulia' Allah Ta'ala
  2. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
  3. Berpegang teguh dengna hukum syara'
  4. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

  1. Banyakkan membaca Al-Quran
  2. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
  3. Tinggalkan perkara yang maksiat
  4. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

  1. Kasihi orang yang soleh
  2. Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
  3. Merendahkan diri di antara semua makhluk Allah
  4. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

  1. Kasihilah Nabi Allah
  2. Kasihilah Rasulullah s.a.w.
  3. Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
  4. Banyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.

LALUAN BERTEMU ALLAH

  1. Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
  2. Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
  3. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
  4. Bencikan segala yang diharamkanNya

InsyaAllah...

Wassalam...

kiriman: awin

Hosted by www.Geocities.ws

1