Subject FW: PERIKSA IKAN SARDIN DALAM TIN !!!
KUANTAN : Persatuan Pengguna Pahang (PAC) di sini,akan merujuk tin ikan sardin yang mengandungi sejenis benda halus seolah-olah cacing kerawit ke Jabatan Kesihatan, Kuantan untuk pemeriksaan lanjut.Setiausaha Kehormat PAC, Saiful Abdullah, berkata pihaknya akan menghantar ke Bahagian Penguatkuasa untuk kajian dan tindakan undang-undang jabatan berkenaan."Walaupun jenama berkenaan terkenal di Malaysia tetapi ikan sardin itu boleh menjejaskan kesihatan berikutan isi kandungannya dipercayai mengandungi cacing."Kementerian terbabit juga perlu memeriksa tin berkenaan dari segi tarikh luput yang terlalu lama iaitu sehingga 2005,sepatutnya hanya boleh dihadkan enam bulan sahaja," katanya ketika dihubungi semalam.Menurutnya, pihaknya juga meminta supaya semua makanan di dalam tin perlu dihadkan selama enam bulan sahaja bagi memastikan makanan berkenaan selamat digunakan.
Katanya, jika dihadkan enam bulan, semua makanan di dalam tin adalah selamat untuk dimakan dan pengguna juga tidak berasa was-was dengan makanan berkenaan."Walaupun tin ikan berkenaan nampak baru tetapi isi didalamnya perlu diteliti dan perut ikan itu perlu dibasuh dengan bersih sebelum ditinkan. "Saya percaya perut ikan sardin berkenaan tidak dibasuh dengan bersih sebelum ditinkan dan ini menyebabkan cacing itu masih berada di dalam perut ikan berkenaan," katanya.Saiful berkata, PAC menasihati semua pengguna supaya memeriksa tarikh luput makanan di dalam tin sebelum memasak bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini. Menurutnya, pengguna perlu meneliti kandungan makanan berkenaan dengan cermat bagi mengesan benda asing yang mungkin terdapat dalam tin berkenaan. Katanya, orang ramai juga dinasihati supaya memasak makanan berkenaan dengan betul bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.Dalam laporan Harian Metro Sabtu lalu, seorang peniaga terkejut apabila melihat tin ikan sardin yang dijual di Kampung Balok mengandungi sejenis benda halus warna putih seolah-olah seperti cacing.Rogayah Mohamad, 36, yang berpengalaman berniaga lebih lima tahun tidak menyangka kejadian terbabit berlaku di kedainya
kiriman: awin