Subject FW: Kejutan Pak Lah Memperakukan Kabinet Mahathir

AKHIRNYA Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dan memperakukan kabinetnya. Setelah bertempoh-tempoh selama sepuluh minggu dia telah melantik semula anggota kabinet lama pilihan orang yang digantinya, Mahathir. Setelah membuat rombakan kecil dia membawa masuk seorang loyalis Mahathir sebagai Menteri kewangan kedua. Tidak ada sesiapa pun dalam kabinet yang dianggotai menteri-menteri tunggul kayu yang digugurkan. Apakah ini kabinet idamannya? Segala rencana beliau yang digembar- gemburkan dahulu sudah pun mati kaku terus kematu. Inilah juga yang akan menghantui beliau untuk terus mencengkam kuasa selepas persidangan UMNO tahun ini nanti. Kalaulah ini kabinet impian, dia sudah lama boleh mengumumkannya, hanya beberapa hari selepas mengambil alih jawatan pada 1 November dahulu. Jelas dia tidak bebas bersendirian.

Dia sudah pun menggadaikan kerajaannya luar-dalam kepada si dalang yang bernama Mahathir. Itulah yang tidak boleh digoncangnya, lantas memperaku kegagalannya melakukan perubahan besar, seperti yang dilakukannya kepada Jawatankuasa Penaja Bahagian. Dia hanya mampu menukar segelintir portfolio sambil membiarkan yang lain tidak terusik. Dia telah melantik Menteri Pertahanan, Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebelum itu dia inginkan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhiyuddin Yassin, dengan impian bahawa perwakilan Johor akan memberikannya sokongan padu. Dia tidak inginkan Najib sebenarnya. Ketua Editor The New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad, telah dipecat kerana menulis dan bercakap akan perkara itu. Tetapi bukanlah satu rahsia yang Dr. Mahathir mahukan Najib di jawatan itu dan Paklah tidak berminat dengannya. Dato' Seri Najib telah memperkasakan tuntutannya sehebat mungkin. Dia sedar kalau dia tidak berbuat demikian sekarang ini, akan terlepas segala peluang itu. Lagi pun dia sudah membuat rencana untuk mencabar Paklah bagi jawatan Presiden UMNO seandainya dia tidak dilantik Timbalan Perdana Menteri. Sebenarnya Paklah boleh menyahut cabaran itu, tetapi dia tidak berbuat begitu. Kenapa agaknya?

Sejurus Najib dilantik, agensi berita dan media perdana telah bingkas memberikan sanjungan kepadanya dengan ada yang menyebut bahawa beliau adalah seorang ahli ekonomi terlatih di Britain. Itu adalah satu pembohongan kerana Najib pulang daripada universiti di Britain dengan tangan yang kosong. Dia naik mencanak dalam dunia politik kerana beliau adalah anak lelaki Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak, sejurus kematian ayahnya pada 1976. Sebalik jentera politik beliau yang memang kemas dan perkasa, dia tidak berapa berpengaruh sebenarnya.

Lagi pun Najib terkenal kerana putar-belit politiknya dan pembabitan isterinya dalam urusan perniagaan membabitkan Kementerian Pertahanan. Mahathir mahukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai membayar hutang budi. Ayah Najib, Tun Abdul Razak telah melindungi Mahathir semasa Tunku Abdul Rahman Putra memecat beliau daripada UMNO sejurus meledaknya rusuhan kaum 1969, di mana Mahathir telah mencabar Tunku secara terbuka. Penasihat Kewangan Mahathir kepada Kerajaan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, merupakan hanya satu-satunya muka baru. Dia telah dilantik sebagai senator dan Menteri Kewangan Kedua. Paklah berkata sebagai seorang senator, Tan Sri Mohamed tidak mempunyai kawasan pilihan raya untuk memeningkannya. Dia boleh disandarkan harapan untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah. Mampukah beliau bertugas begitu?

Inilah insan yang mencatatkan nama dalam kemelut perdagangan mata wang Bank Negara di mana lebih RM30 BILION (tetapi kerajaan hanya mengaku sebanyak RM13 billion) telah hangus di pasaran kewangan antarabangsa. Dia dikaitkan dengan Tun Daim Zainuddin. Kehadiran Mamak Bangla ini dalam kabinet Paklah adalah satu gambaran betapa tidak ada yang akan berubah. Cara negara ini hanyut semasa era Mahathir akan pasti berterusan. Mamak Bangla ini berada di jawatan barunya kerana kesetiaan beliau kepada dua orang penyamun yang bergelar Tun. Tidak ada yang akan berubah sebenarnya.

Paklah telah mengalihkan Tan Sri Muhiyuddin kepada Kementerian Pertanian. Perubahan yang lain ialah Dato� Effendi Norwawi ke Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Jamaluddin Jarjis kepada Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebagai kesan pertukaran jawatan Muhiyuddin. Urusan kerajaan berjalan seperti biasa, kununnya. Paklah berkata Jamaluddin puas hati dengan portfolio beliau yang baru. Tentulah, jika tidak beliau boleh digugurkan sahaja. Paklah boleh melakukan banyak perubahan, tetapi dia enggan berbuat begitu.. Zamannya yang menjanjikan perkara baru adalah satu ilusi semata-mata. Dia mempunyai beberapa bulan untuk menggegarkan imej lama tetapi dia enggan mengambil peluang itu. Akan tetapi, bagaimanakah dia boleh terjebak dalam perangkap yang dipasang oleh si dalang?

Mahathir naik angin apabila Paklah membatalkan kontrak landasan berkembar kepada syarikat kroninya, MMC-Gamuda. Ada berita angin mengatakan inilah yang mencetuskan satu ugutan, bahawa Mahathir mahu melepaskan segala jawatan yang diberikan kepadanya, termasuk peranannya sebagai penasihat di Petronas. Paklah dapat merasakan kesan ugutan itu dan terus akur untuk mengikut arahan. Para pemimpin UMNO percaya Mahathir belum lagi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO. Tidak pun ada surat yang menyusul janjinya untuk bersara. Kini, Paklah terpaksa menyusun langkah dan menyediakan satu pasukan menghadapi pilihan raya umum yang mesti diadakannya sebelum pemilihan UMNO pertengahan tahun ini.

Sepatutnya pemilihan UMNO itu diadakan tahun lalu, tetapi sengaja ditangguhkan ke pertengahan tahun ini kerana pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan. Walaupun Paklah kata dia mungkin mengadakannya tetapi apakah mungkin dia juga menangguhkan pilihan raya itu atas alasan yang sama. Paklah belum lagi menunjukkan kesan sebagai seorang Perdana Menteri yang berjaya, sedangkan masa adalah musuh ketatnya. Kabinetnya itu adalah satu bebanan besar kerana dia membiarkan suasana menguasai tindakannya.

Rupa-rupanya kelecehan Paklah adalah laksana gegaran banjaran gunung yang hanya mampu menyerlahkan seekor tikus. Sedangkan rakyat jelata menyandarkan harapan besar kepadanya.

kiriman: awin

Hosted by www.Geocities.ws

1