Subject: Fw: Syarat kahwini Siti Nurhaliza

Citer ni mcm pernah dengar tapi lain version....Ramai Jejaka-jejaka masa kini tergila-gilakan seorang artis wanita bernama Siti Nurhaliza artis No1 Tanahair yang sedang dijulang keglamoran sehinggakan rumah artis wanita tersebut tidak sunyi dikunjungi pinangan dari berbagai-bagai pihak lelaki. Oleh kerana jejaka-jejaka yang datang meminang itu datangnya dari golongan yang kaya-kaya dan yang hensem-hensem belaka maka timbullah hasrat dihati Bapa Siti Nurhaliza agar mencari pasangan untuk anaknya itu dari seorang jejaka yang berani dan fanatiknya cinta sijejaka pada si Siti Nurhaliza kerana pada pendapatnya kalau jejaka tersebut hensem dan kaya tetapi tiada cinta yang sejati pada anaknya itu, maka ia tidak bermakna dalam hidup Siti Nurhaliza.

Maka dihimpunkan jejaka-jejaka tersebut dalam satu temujanji di tebing sebatang anak sungai yang dihuni oleh beribu-ribu buaya yang ganas-ganas belaka. Disitu bapa si Siti Nurhaliza meletakkan Siti Nurhaliza di seberang anak sungai yang memisahkah Siti Nurhaliza dengan jejaka-jejaka tersebut lantas mengumumkan syaratnya iaitu Barang sesiapa berjaya menyeberangi sungai yang dihuni oleh buaya yang ganas-ganas itu tanpa menggunakan sebarang peralatan untuk mendapatkan Siti Nurhaliza maka ia akan dinobatkan sebagai suami Siti Nurhaliza untuk selama-lamanya. Maka senyap sunyilah keadaan pada ketika itu dan tiada sesiapalah mampu atau berani menyeberangi sungai tersebut kerana bagi mereka untuk apa mengadaikan nyawa semata-mata untuk memiliki perempuan walaupun perempuan itu gadis idamannya.

Tiba-tiba dalam keadaan yang sunyi itu kelihatan seorang jejaka yang hensem dan berbadan tegap terjun kedalam sungai dan dengan pantas dan tangkasnya berenang meluru kearah Siti Nurhaliza di seberang sungai tersebut. Pada ketika itu sorakan demi sorakkan dari para jejaka kedengaran. Tanpa diduga jejaka itu berjaya menyeberangi sungai tersebut dan berlari ke atas tebing dengan pantasnya. "Tahniah anak muda anda dinobatkan sebagai suami Siti Nurhaliza" berkatalah bapak si Siti Nurhaliza dengan terharunya.

Tiba-tiba jejaka tersebut naik berang "Pak cik saya tak hairan dengan si Siti Nurhaliza tu, sekarang saya nak tahu siapa yang tolak saya kedalam sungai tadi?..?!!!!".

kiriman: awin

Hosted by www.Geocities.ws

1