Subject FW: Hajat Tak Kesampaian...

Ehhhh korang tak de dengar ke ceriter seorang wanita mati berkecai kerana digilis oleh lori. Tapi ni ceriter kisah wanita tu sebelum matiiiiii... surelah ceriter ni mesti masuk dalam buku Mastika nanti.... Ceritanye macam ni, orang tua-tua kata, dalam tempoh 40 hari sebelum kematian.... seseorang, dia akan mula menunjukkan reaksi yang aneh. Samelah macam pompuan ni, ader ke dia mintak handphone kat suaminya. Ceritanya b'mula pada malam yang sepi.... diikuti bunyi unggas dan cengkerik yang bersahutan. Si isteri pun dengan lemah lembut, "Bang,saya teringinlah nak pakai handphone, rasa kempunan sangat, abang belilah satu untuk saya" Jawab si suami tu, "apa yang awak merepek ni, manalah saya ader duit nak beli handphone, setakat gaji kerani macam saya ni..manalah cukup nak beli handphone. Lagipun awak nak buat apa dengan handphone tu, awak bukannya kerja,duduk kat rumah aje"

Si isteri tu apa lagiii, bercucuranlah air mata, sambil berkata, "sampai hati abang sanggup melukakan hati saya, saya tahu abang dah tak sayangkan saya lagi. Nanti saya dah tak ada baru abang tahu". Si suami tu lantas menjawab, "janganlah awak cakap macam tu, saya dalam dunia ni awak sorang aje yang saya paling sayang, nantilah saya kumpulkan duit dulu, bila dah cukup nanti saya belikan,ok" Si isteri tu pun terus mengucapkan terima kasih dan mencium tangan suaminya. Si suami rasa pelik sangat dengan siakp isterinya tu, tapi tak terluah perasaannya tu. Keesokan harinya, si suami tu macam biasalah nak pergi kerja. Sekali lagi si isteri tu buat perkara pelik yang tak pernah dilakukannya, dia mintak maaf pada suaminya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Suaminya memanglah rasa pelik...tapi dipendamkan ajer. Nak dijadikan cerita, pompuan tu keluarlah nak kedai. Rumah dia kat kawasan bandar so kereta sibuk memanjanglah. Tengah nak melintas tuuu...

POOOOOOOOOOOOOOOOONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN... Bunyi hon sebuah lori dan sekelip mata. Dummmmmmmmm.....

Astaghfirrullah halazim.....wanita yang hajatnya tak sempat ditunaikan itu menemui ajalnya di tempat kejadian...innalillahi wainnaillaihi rajiun.... Suaminya kelu, tergamam tak tahu apa yang patut dikatanya. Pada upacara pengkebumiannya, satu keajaiban sekali lagi berlaku, kerandanya berat, seberat-beratnya walhal, jenazah bukanlah seorang yang gemuk.

Namun setelah diangkat beramai-ramai, jenazahnya dapat diangkat jua ke tanah p'kuburan. Di tanah p'kuburan, sekali lagi, keajaiban berlaku. Jenazah seakan tidak mahu memasuki liang lahad, pelbagai cara dilakukan seperti meluaskan lagi lubang lahad namun masih gagal.Tok Imam, mati akal, dia pun terpaksa bertanya kepada suami arwah wanita tu walau pun tahu suaminya masih bersedih."ni,tok nak tanya sikit, arwah ni ada ke buat apa-apa kesalahan masa hidupnya?, susah ni,seksa jenazah dia ni". Jawab si suami dengan nada sedih,"ehhhh...setahu sayalah, isteri saya ni baikkk, tak pernah buat perangai, sembahyang pun tak pernah tinggal". "betul ke ni, cuba fikir betul-betul, dah lewat sangat ni, tak baik seksa jenazah lama-lama" Sambil berfikir....."oooooo baru saya ingat, arwah ni berhajat sangat nak pakai handphone, tapi tak sempat saya nak tunaikan", jawab si suami sambil tersedu. "laaaaaaa...patutlah pun...macam nilah, kau pergi beli handphone tu, lepas tu kita cuba kebumikan dengan handphone tu,insyaalah..... pergilah dia denagan aman....

Lantas si suami menjawab" baiklah tokimam, tapiiiii.." "tapi apa lagi?...pergilah cepat" jawab tok imam. "Tapi dalam kubur ada signal ke?"

"Celcommmmmm".Jawab tok imam.

kiriman: awin

Hosted by www.Geocities.ws

1