Subject FW: trivia melayu yang sungguh berinformasi
Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya drpd 'Sahra' yg
bermaksud liar atau terbiar. Manakala penyanyi Siti Sarah pula
mendapat nama drpd bapaknya yg bernama Raisudin.
Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan manakala menghidu gam dan menghisap
dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa
maut.
Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun
bergayut di telefon sepanjang hayatnya manakala beruk dan monyet pula
tidak perlu bergayut semasa hendak menggunakan telefon.
Dalam secawan kopi terdapat lebih drpd 1,000 jenis bahan
kimia manakala di dalam sungai klang terdapat bahan kimia dan juga
sampah sarap. (as well as sungai gombak...)
Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina,
ia merupakan senjata merbahaya manakala kumpulan rap malaysia
Too Phat pula sinonim dgn yo..yo..ya auw..ya auww!!!
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan
30,000 telur setiap hari manakala Ratu Elizebeth pula boleh hidup
menjangkau usia 100 tahun.
Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang
hayatnya manakala maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali
shj.
Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan 4 kali
lebih berat badannya dlm masa 36 jam manakala limau yg paling kecil sekali
didunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kg. Limau.