Menghadapi Temuduga

 

Perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan semasa temuduga.

 

      Berjabat tangan dengan penemuduga dengan penuh yakin dan tunggu arahan penemuduga untuk mengambil tempat duduk

      Pakai pakaian yang bersesuaian, jangan pakai pakaian yang warnanya terang dan bagi wanita, jangan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan.

      Membuat sedikit kajian terhadap syarikat yang hendak disertai. Sebagai contoh seperti, Apakah produk terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut?

      Sentiasa mengikuti hal-hal semasa

      Sentiasa bersikap jujur dan menunjukkan akhlak yang baik

      Jangan jawab soalan hanya dengan sepatah perkataan sahaja

      Sentiasa bersedia untuk mengagak soalan yang akan diajukan seperti �Apakah kelemahan anda?� atau �Bagaimana anda boleh membantu syarikat Kami?�

       Jangan terlalu �demand�, anda masih tidak mempunyai pengalaman kerja yang cukup.

      Jangan tanya terlalu banyak soalan berkenaan dengan gaji, bonus dan kebaikan yang berada pada syarikat berkenaan.

      Sentiasa merendah diri dan bersikap jujur.

      Tunjukkan minat anda bekerja terhadap syarikat tersebut.

      Sentiasa nampak professional dan bermotivasi tinggi.

      Sentiasa sokong idea-idea yang anda keluarkan dengan pembuktian yang kuat.

      Jangan terlalu yakin pada diri sendiri.

      Jangan hanya berdiam diri terlalu lama apabila penemuduga mengajukan soalan kepada anda.

 

 

     
     
         
         
         
     
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
         
   
       

   Hakcipta Terpelihara � samperfive.com

 
Hosted by www.Geocities.ws

1